TANDA-TANDA KIAMAT
Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu
kami sedang berbincang, tiba-tiba datang
Nabi Muhammad s.a.w. kepada kami lalu bertanya, "Apakah
yang kamu semua sedang bincangkan.?"Lalu kami menjawab, "Kami sedang
membincangkan tentang hari Kiamat." Sabda
Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan
terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
· Asap
· Dajjal
· Binatang melata di bumi
· Terbitnya matahari sebelah barat
· Turunnya Nabi Isa a.s.
· Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
· Gerhana di timur
· Gerhana di barat
· Gerhana di jazirah Arab
· Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat
pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya
sejak Nabi Adam a.s. sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa
sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya
Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis
perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku
selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan
bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula
keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung,
telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di
kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata
yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa
a.s.dan cincin Nabi Sulaiman a.s.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang
beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang
yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir,
maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. a.s. di negeri Syam di menara putih, beliau akan
membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa a.s. akan menjalankan syariat
Nabi Muhammad s.a.w.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini
merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan
besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang
dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini,
bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut
Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Nabi Muhammad s.a.w. telah
bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan
tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga
dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan
riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan,
orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar
lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa
di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya
bentuk sahaja, Al-Quran hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka
mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut
Asma Allah. Orang-orang yang paling
buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul
fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua
yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.,
"Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang
dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta
rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada
agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih
rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam
masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng
dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan
bukan kerana takutkan Allah, maka
kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat." |