RASULULLAH S.A.W. DAN WANG
8 DIRHAM
Suatu hari Nabi Muhammad
s.a.w. bermaksud belanja. Dengan bekal wang 8 dirham,
beliau hendak membeli pakaian dan peralatan rumah tangga. Belum juga
sampai di pasar, beliau mendapati seorang wanita yang sedang
menangis. Nabi Muhammad s.a.w.
sempatkan bertanya kenapa menangis. Apakah sedang ditimpa musibah?
Perempuan itu menyampaikan bahawa ia adalah seorang budak yang
sedang kehilangan wang sebesar 2 dirham. Ia menangis sangat takut
didera oleh majikannya. Dua dirham dikeluarkan dari saku
Rasulullah s.a.w. untuk menghibur
perempuan malang tersebut. Kini tinggal 6 dirham. Beliau bergegas
membeli gamis, pakaian kesukaanya. Akan tetapi baru beberapa langkah
dari pasar, seorang tua lagi miskin setengah teriak berkata, "Barang
siapa yang memberiku pakaian, Allah s.w.t.
akan mendandaninya kelak." Rasulullah s.a.w.
memeriksa laki-laki tersebut. Pakaiannya lusuh, tak
pantas lagi dipakai. Gamis yang baru dibelinya dilepas dan diberikan
dengan sukarela kepadanya. Nabi Muhammad
s.a.w. tak jadi memakai baju baru.
Dengan langkah ringan Nabi Muhammad s.a.w.
hendak segera pulang. Akan tetapi lagi-lagi
Nabi Muhammad s.a.w. harus bersabar.
Kali ini Nabi Muhammad s.a.w.
menjumpai perempuan yang diberi dua dirham tersebut mengadukan
persoalan, bahawa ia takut pulang. Ia khuatir akan dihukum oleh
majikannya karena terlambat. Sebagai budak saat itu nilainya tidak
lebih dari seekor binatang. Hukuman fisik sudah sangat lazim
diterima. Rasulullah s.a.w.diutus
di dunia untuk mengadakan pembelaan terhadap rakyat jelata. Dengan
senang hati Rasulullah s.a.w.
hantarkan perempuan tersebut ke rumah majikannya. Sesampainya di
rumah, Rasulullah s.a.w. ucapkan
salam. Sekali, dua kali belum ada jawaban. Baru salam yang ketiga
dijawab oleh penghuni rumah. Nampaknya semua penghuni rumah tersebut
adalah perempuan. Ketika ditanya kenapa salam
Baginda s.a.w. tidak dijawab,
pemilik rumah itu mengatakan sengaja melakukannya dengan maksud
didoakan Rasulullah s.a.w.
dengan salam tiga kali. Selanjutnya
Rasulullah s.a.w. menyampaikan maksud kedatangannya.
Rasulullah s.a.w. mengantar
perempuan yang menjadi budak tersebut kerana takut mendapat hukuman.
Rasulullah s.a.w. kemudian
menyampaikan, "Jika perempuan budak ini salah dan perlu dihukum,
biarlah aku yang menerima hukumannya." Mendengar ucapan
Rasulullah s.a.w. itu penghuni
rumah terkesima. Mereka merasa mendapat pelajaran yang sangat
berharga dari baginda Rasulullah s.a.w..
Kerana secara refleks mereka menyampaikan, "Budak belian ini merdeka
kerana Allah s.w.t.." Betapa
bahagianya Rasulullah s.a.w.
mendengar pernyataan itu. Rasulullah s.a.w.
sangat bersyukur dengan wang 8 dirham mendapat keuntungan ribuan
dirham, yakni harga budak itu sendiri.
Rasulullah s.a.w. berkata, "Tiadalah aku melihat delapan
dirham demikian besar berkatnya dari pada delapan dirham yang ini.
Allah s.w.t. telah memberi
ketenteraman bagi orang yang ketakutan, memberi pakaian orang yang
telanjang, dan membebaskan seorang budak belian."
Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada
masyarakat bawah akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan.
Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah
hadits Qudsyi. "Bahwanya
Allah menolong hamba-Nya,
selama ia menolong saudaranya." |