PAHALA MEMBANTU TETANGGA
DAN ANAK YATIM
Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji,
tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat
turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, "Berapa
banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?"
Jawab yang lain, "Enam ratus ribu." Lalu ia bertanya lagi, "Berapa
banyak yang diterima ?" Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima,
hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia
tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang
haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."
Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka
terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik
mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke
rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki
dan segera ia bertanya namanya. Jawab orang itu, "Muwaffaq." Lalu
Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah
engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?" Jawab
Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana
keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus diirham dari
pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalu aku berniat haji pada
tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium
bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi
ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita
jiranku itu.
Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak
yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari
makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar
di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk
masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu." Ketika
aku mendegar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil
wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya
menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim
yang ada dalam jagaannya itu. "Sebenarnya hajiku adalah di depan
pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.
Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa
membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya
apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim. Rasulullah
s.a.w. ada ditanya, "Ya Rasullah
tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk
syurga." Jawab Rasulullah s.a.w.,
"Jadilah kamu orang yang baik." Orang itu bertanya lagi, "Ya
Rasulullah, bagaimanakah akan aku
ketahui bahawa aku telah berbuat baik?" Jawab
Rasulullah s.a.w., "Tanyakan pada
tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau
benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau
sebenarnya jahat." |
PAHALA SEBANYAK BINTANG
DILANGIT
Suatu malam Baginda
Rasulullah s.a.w. dan
isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil
memandang keindahan langit ciptaan Allah
s.w.t. Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada
Rasulullah s.a.w., "Ya
Rasulullah s.a.w., pahala siapakah
sebanyak bintang-bintang di langit itu?". Di dalam hatinya
sayidatina Aisyah r.ha. menebak pahala sebanyak ini pasti pahala
bapaknya. "Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)",
jawab Rasulullah s.a.w..
Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut, lalu ia bertanya, "Ya
Rasulullah s.a.w. bagai mana dengan
bapakku?". Rasulullah s.a.w.
tersenyum kepada isterinya sambil
Rasulullah s.a.w. berkata, ketahuilah isteriku, satu hari
penghijrahan Abubakar (r.a.) bersamaku pahalanya lebih banyak dari
pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sampai hari kiamat.
|