JAMBOEL.DA.RU SELAMAT DATANG DAN SEMOGA ANDA PUAS JANGAN LUPA ISI BUKU TAMU SERTA SARAN DAN KRITIKNYA |
![]() |
|
|
|
|
KUMPULAN PUISIKU
|
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Kisah
benar yg menyayat hati.. bagus utk tatapan bersama... Begitu
sedih sekali cerita ini....Zalim sungguh ya dunia punya dalam!! Aku
diberi nama Hitam. Pelikkan nama tu? Macam takde nama lain aje....
Sebenarnya aku pun cukup tak suka dengan nama tu..macam nama
gangster.. tapi..apa nak buat dah memang nama aku gitu...bersyukur
ajelah..Aku dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Memang malang
nasibku...tak seperti kawan-kawanku yang lain...ada ibu dan bapa.. Kadang-
kadang aku cemburu melihat mereka sekeluarga bergurau senda dan
bermesra...berkejar-kejaran dll . Syukurlah ada Pak Mat sekeluarga,
dapatlah juga aku menumpang kasih...Beliaulah yang menjaga aku sejak
kecil dan memberikan aku sepenuh kasih sayang. Ibuku meninggal dunia
kerana tak tertahan menanggung sengsara ketika melahirkan
aku..Mungkin kerana saiz aku yang agak besar. Macam anak gajah, kata
Pak Mat..Ayahku pula terkorban akibat kemalangan jalanraya. Menurut
cerita yang aku dengar..ayahku mati dilanggar kereta ketika hendak
melintas jalan.. Wallahualam..... Sekarang
aku sudah remaja...he..he..Seronoknya!!Seronoknya!! Seperti remaja
lain aku juga tak dapat lari perasaan ingin disayangi dan menyayangi...dan
perasaan ini aku peruntukkan khas..... untuk dia seorang.....Nurlida
namanya....orangnya cantik manis,lemah-lembut, sopan-santun..ahhhh..kira
perfectlah !! Come lote,..kata oghe Kelate..Hai kalaulah aku dapat
dia..tentu kawan-kawan aku jealous..Tapi masalahnya..itulah..dia
tu anak Pak Mat!! Jadi .terpaksalah aku pendamkan sahaja perasaan
aku ni sendiri...Lagipun aku sedar siapa diri aku ini..sekadar
menumpang... Kajang
pak malau kajang berlipat... kajang
hamba mengkuang layu... dagang
tuan dagang bertempat... dagang
hamba musafir lalu.... hai
sedihnya.... Semalam,...ahhh..semalam..merupakan
hari yang paling malang dalam hidupku. Bunga yang aku puja- puja
selama ini telah dirampas orang.!!Sewaktu aku sedang merayau-rayau
keliling kampung aku terserempak dengan si Nurlida..gadisku itu
sedang membonceng motosikal dengan Rosman..Cis...bukan main mesra
lagi...Cilaka!!! Binawe kau Rosman, kan ramai lagi perempuan lain
dalam kampung nie..kenapa awek aku jugak yang kau kacau..nanti kau
Nurlida, aku report kat ayah kau!! Malam
tadi aku tak senang tidur...memang sukar aku nak terima kenyataan
ini.. Tak sanggup lagi aku menengok muka gadis idaman aku
tu..melihat dia bermesra-mesra. Aku cemburu..cemburu!! Aku mesti
lari dari sini.. Ya,
itulah keputusan aku..aku nekad,..apa nak jadi, jadilah....aku mesti
keluar dari kampung nie!! Tapi kemana aku nak pergi?
KL?JB?..Yaa..KL..aku akan pergi ke KL. Biarlah aku membawa diri ke
sana.. Baru
sebentar tadi aku pergi berjumpa dengan kawan-kawan aku, nak ucapkan
selamat tinggal..Semua kawan-kawan aku menasihatkan aku agar jangan
lari. Terimalah kenyataan ini, aku dan Nurlida tak setaraf... Ya,
aku tahu..aku tahu, aku ni cuma seekor kambing,.... So
what?? Kambing tak boleh bercinta ke?ke? ke? heheheheehehehehe.......... :D |
Kanal Utama | Depan | Berita | Artikel | Konsultasi | Belanja | Mail | Milis | |
Info | Tentang kami | Kontak | Iklan | |
copy
right by jamboel.da.ru
sugestion and critic please send mail to me : totok_79@hotmail.com and guestiee@belantara.com