![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
#VETERANCHAT | |||||||||||||||||||
[HOME] | |||||||||||||||||||
![]() |
|||||||||||||||||||
[User] | |||||||||||||||||||
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang renungan untuk di tatapi bersama sila email ke veteranchat@yahoo.com (Kesemuanya ini adalah hasil dari kiriman email yang diterima dan tidak diketahui siapa penulis asalnya... jadi kepada sesiapa yang nak duit royalti tu... mintak maaf jer lah... roti aku ada laa... ekekekekekek) |
|||||||||||||||||||
[Guestbook] | |||||||||||||||||||
[Cerita - English] | |||||||||||||||||||
[Cerita - Melayu] | |||||||||||||||||||
[Berita] | |||||||||||||||||||
Renungan ke dua belas; Sesungguhnya Allah S.W.T telah memuliakan Hari Jumaat dan Hari Jumaat mempunyai fadhilat atau kelebihan yang banyak antaranya seperti berikut: * Hari Jumaat adalah merupakan penghulu segala hari * Ia mempunyai kemuliaan yang agung di sisi Allah * Pada Hari Jumaat jugalah penduduk syurga diberi keizinan untuk menziarahi Allah * Pada Hari Jumaat akan berlaku kiamat * Pada Hari Jumaat Allah menciptakan Nabi Adam a.s. * Pada Hari Jumaat terdapat saat ijabah iaitu saat diperkenankan doa secara mutlak,sedangkan saat ijabah itu disamarkan pada semua hari * Hari istimewa bagi umat Islam, kerana diturunkan rahmat Allah dengan banyak * Hari pencuci bagi hari-hari yang ada di dalam seminggu * Sebaik-baik hari yang matahari itu terbit padanya * Allah akan membebaskan pada hari itu seramai 600,000 (enam ratus ribu) orang dari seksaan api neraka. * Sesiapa yang mati pada Hari Jumaat dan malamnya, terselamat dia dari fitnah yang adalah di dalam kubur. Sabda Nabi s.a.w., Maksudnya: Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya ialah Hari Jumaat. Pada hari itu dicipta Adam, pada hari itu dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu juga dikeluarkan dari syurga. (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a) Penghulu segala hari di sisi Allah ialah Hari Jumaat, ialah hari yang lebih agung daripada Hari Raya Korban dan Hari Raya Fitrah. Sedang pada hari itu mempunyai 5 keutamaan seperti berikut: 1. Pada hari itu Allah mencipta Adam 2. Pada hari itu Nabi Adam diturunkan dari Syurga ke bumi 3. Pada hari itu Nabi Adam diwafatkan 4. Pada hari itu terdapat suatu saat, setiap hamba yang memohon sesuatu pada saat itu pasti Allah mengurniakannya, selagi tidak memohon perkara yang berdosa atau memutuskan tali silaturahim. 5. Pada hari itu juga berlakunya Hari Kiamat. Dan setiap malaikat muqarrabin, bumi, angin, gunung dan batu tidak dapat melainkan mereka memohon tentang kelebihan Hari Jumaat. (Riwayat al-Syafi'i daripada Sa'ad bin 'Ubadah) Maksudnya: Tidak ada seorang muslim yang mati pada Hari Jumaat atau pada Malam Jumaat melainkan Allah memeliharanya dari fitnah kubur (Riwayat Ahmad daripada Ibnu Umar) Hari Kelepasan Bagi Umat Islam Orang Yahudi menjadikan hari kelepasannya hari sabtu, dan menganggapnya sebgai hari yang mulia di sisi bangsa Yahudi. Orang nasrani (Kristian) menjadikan hari ahad hari kelepasannya dan menganggapnya hari yang mulia di sisi kaum nasrani. Maka Orang Islam pula menjadikan hari kelepasannya Hari Jumaat dan menganggapnya hari yang mulia di sisi umat Islam. Di sini hendaklah umat Islam bersikap tegas dalam menentukan hari kelepasannya itu; janganlah terikut-ikut dengan bangsa yahudi ataupun kaum nasrani. Sesungguhnya Allah s.w.t menjadikan Hari Jumaat itu hari yang mulia bagi Umat Islam yang dikhaskan supaya dimuliakan pula oleh mereka. AMALAN YANG DIGALAKKAN Sayogialah kita memuliakan Hari Jumaat dengan berbagai-bagai amal bakti. Pada hari itu kita disunatkan melakukan perkara-perkara kebajikan antaranya: * bersedekah kepada golongan yang memerlukan bantuan seperti fakir, miskin, anak yatim, janda-janda yang merana dan lain-lain * membantu pelajar yang terkandas dalam pelajaran. * membimbing dan membantu golongan remaja yang lemah iman dan rosak akhlak mereka. * menderma untuk membangun dan membina tempat-tempat ibadah, sekolah, taman pendidikan, rumah sakit dan lain-lain. * mengadakan hubungan silaturahim, perdamaian dan lain-lain lagi. |
|||||||||||||||||||
[Link] | |||||||||||||||||||
[Renungan - English] | |||||||||||||||||||
[Renungan - Melayu 1] | |||||||||||||||||||
[Renungan - Melayu 2] | |||||||||||||||||||
[Renungan - Melayu 3] | |||||||||||||||||||
[Renungan - Melayu 4 ~ 5] | |||||||||||||||||||
[Renungan - Melayu 6] | |||||||||||||||||||
[Renungan - Melayu 7] | |||||||||||||||||||
[Renungan - Melayu 8] | |||||||||||||||||||
[Renungan - Melayu 9] | |||||||||||||||||||
[Renungan - Melayu 10] | |||||||||||||||||||
[Renungan - Melayu 11] | |||||||||||||||||||
[Renungan - Melayu 12] | |||||||||||||||||||
[Renungan - Melayu 13] | |||||||||||||||||||
[Renungan - Melayu 14] | |||||||||||||||||||
[Renungan - Melayu 15 & 16] | |||||||||||||||||||
[Renungan - Melayu 17 & 18] | |||||||||||||||||||
[Renungan - Melayu 19 & 20] | |||||||||||||||||||
[Album Gathering] | |||||||||||||||||||