#VETERANCHAT
[HOME]
[User]
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang renungan untuk di tatapi bersama sila email ke veteranchat@yahoo.com
(Kesemuanya ini adalah hasil dari kiriman email yang diterima dan tidak diketahui siapa penulis asalnya... jadi kepada sesiapa yang nak duit royalti tu... mintak maaf jer lah... roti aku ada laa... ekekekekekek)
[Guestbook]
[Cerita - English]
[Cerita - Melayu]
[Berita]
Renungan Enam:
>>>>               Ada seorang makcik janda menjadi jiran aku sewaktu aku masih bujang sampailah aku berkahwin.  Rumah beliau betul-betul bersebelahan dengan rumah aku.  Makcik ini ada seorang anak sahaja iaitu lelaki.  Di rumah itu dia duduk dengan anak dia dan juga 3 orang anak-anak saudara.  Sepanjang berjiran dengan dia, aku dapati dia seorang yang peramah, ceria, aktif, baik degnan jiran-jiran dan disenangi orang.  Pendek kata dia jadi macam kami punya informer tempat kami mendapat maklumat terkini.  Hobby makcik ini berbasikal ke mana saja sama ada ke kedai, surau, klinik atau tempat-tempat lain yang tak begitu jauh.
>>>>               Kalau dah anak-anak saudara dilayan dan dimanja macam anak sendiri, engkau orang boleh bayangkan macamana layanan dia pada anak tunggal kesayangannya.  Dah tentu diberi sepenuh kasih sayag bagai menatang minyak yang penuh. 
>>>>                Suatu ketika sampailah saat-saat anak terunanya akan berkahwin.  Hati girang bukan kepalang nak menyambut menantu pilihan permata hati.  Tambahan pula dia tak ada anak perempuan.  Dia berazam akan mengasihani menantu sepertimana dia kasih akan anaknya sendiri.  Menantu pilihan anak berkulit putih, ada rupa dan memang berkenan di hati. 
>>>>                Majlis perkahwinan diadakan sebaik yang mungkin.  Biar duit yang disimpan secara berjimat-jimat habis asalkan senang hati anak dan menantu.  Dia sanggup berhabisan kerana itulah satu-satunya anak yang dia ada di dunia ini.
>>>>                Selepas berkahwin maka si anak pun membawa si ibu kesayangan tinggal bersama mereka di tempat lain.  Maka tinggallah anak-anak saudara di rumah lama tu.  Si ibu betul-betul rasa bahagia kerana tiba-tiba aje dapat seorang anak perempuan.  Siang malam dia berdoa agar rumah tangga anak-menantu akan kekal bahagia hingga ke anak cucu. 
>>>>                Harapkan panas hingga ke petang, tiba-tiba hujan turun di tengah hari.... dalam diam-diam rupa-rupanya menantu membenci si ibu.  Tak tahu kat mana silapnya walaupun dia telah berusaha sungguh-sungguh untuk menawan hati menantu.  Di rumah anak sendiri dia bukan lagi seorang ibu tapi dah jadi babu kerana anak menantu bekerja dan malam baru nampak muka.  Setiap kali masak menantu tak pernah jamah.  Menantu lebih rela masak lain dari makan masakan si ibu.  Nak bermesra dengan cucu-cucu pun menantu selalu jeling.
>>>>                Lama-lama si ibu perasan... anak sendiri dah banyak berubah.  Kasih sayang yang selama ini diberikan kepada si ibu dah semakin hilang.  Anak menantu pergi holiday bawak besan tapi dia ditinggal keseorangan kat rumah.  Hidup si ibu semakin tertekan, hari demi hari dia dibenci.
>>>>                Suatu hari anak panggil ibu untuk berbincang.  Anak buat cadangan supaya ibu balik kampung agar boleh jaga rumah pusaka yang dah lama terbiar kosong tak berbela.  Setidak-tidaknya badan akan sihat bila bercucuk tanam kat keliling rumah.  Ibu yang berjiwa halus segera dapat menangkap maksud yang tersirat di hati anak... kehadirannya di situ tak disenangi. 
>>>>                Bagai nak luruh jantung si ibu.  Bersungguh-sungguh ia mengawal perasaan agar nampak biasa dan tengan.  Si ibu pun bersetuju nak balik ke kampung halaman.
>>>>                Di sepanjang perjalanan naik bas ke kampung air mata si ibu jatuh bercucuran.  Hancur luruh hatinya dek perbuatan anak menantu yang tidak menghargai pengorbanannya selama ini.  Dengan titik peluhnya juga lah dia membesarkan anak dan menyekolahkannya hingga menjadi orang yang berjaya.  Dia sangka anak menantu dapat menjaganya sewaktu sakit pening... tapi semua impiannya berkecai. 
>>>>                Di kampung .. si ibu belajar semula menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling sebab dah bertahun-tahun hidup kat bandar.  Dia duduk seorang diri di rumah itu.  Walaupun dekat dengan saudara-mara tapi hatinya terasa kosong kerana sering teringatkan cucu-cucu dan anak menantu. 
>>>>               Masanya banyak di habiskan di surau bagi mengubatkan hati yang sepi.  Duit pencen arwah suami yang dia terima tiap-tiap bulan dia suruh anak saudara dia simpan kat bank.  Siang-siang dia dah cakap kat anak saudara dia yang duit tu nanti akan digunakan buat bayar upah budak tu jaga dia bila dia dah uzur nanti. 
>>>>               ...(3 Julai 200))  pagi tadi aku dapat berita yang jiran aku tu dah tak ada lagi.. Kematian Allahyarhamah hanya disedari selepas 14 jam dia meninggal.  Itupun bila dia tak keluar rumah sampai tengahari.  Bila anak-anak saudara panggil tak ada jawapan lalu dia orang pun pecah pintu.  Bila masuk aje terpandang jasad beliau yang dah kaku terlentang atas lantai dengan telefon terletak atas dada dan buku telefon kat sebelah tepi.  Setelah diperiksa oleh doktor didapati Allahyarhamah diserang tekanan darah tinggi.  Mungikin sewaktu dia sakit dia cuba nak telefon saudara-mara tapi tak sempat. 

Kesimpulan:  Hanya anak yang buta mata & hati sanggup ketepikan ibu-bapa kerana isteri atau suami.  Tak baik macamana sekalipun mereka tetap darah daging kita.  Jangan buang mereka kerana tanpa mereka kita tak akan ada kat dunia.  Ingat... kalau kita buat mende nih pada mak bapak kita.. tak mustahil anak-anak kita buat perkara yang sama pada kita.
[Link]
[Renungan - English]
[Renungan - Melayu 1]
[Renungan - Melayu 2]
[Renungan - Melayu 3]
[Renungan - Melayu 4 ~ 5]
[Renungan - Melayu 6]
[Renungan - Melayu 7]
[Renungan - Melayu 8]
[Renungan - Melayu 9]
[Renungan - Melayu 10]
[Renungan - Melayu 11]
[Renungan - Melayu 12]
[Renungan - Melayu 13]
[Renungan - Melayu 14]
[Renungan - Melayu 15 & 16]
[Renungan - Melayu 17 & 18]
[Renungan - Melayu 19 & 20]
[Album Gathering]