#VETERANCHAT
[HOME]
[User]
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang renungan untuk di tatapi bersama sila email ke veteranchat@yahoo.com
(Kesemuanya ini adalah hasil dari kiriman email yang diterima dan tidak diketahui siapa penulis asalnya... jadi kepada sesiapa yang nak duit royalti tu... mintak maaf jer lah... roti aku ada laa... ekekekekekek)
[Guestbook]
[Cerita - English]
[Cerita - Melayu]
[Berita]
Renungan ke tujuh belas;

"Dan barangsiapa yang di anugerahi al-hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak". ( AL-BAQARAH : Ayat 269 )

ISTERINYA SEORANG KHUNSA
==========================
Semasa Khalifah Ali r.a. memerintah maka terjadilah suatu peristiwa yang tidak pernah terjadi sebelumnya. Seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita khunsa (memiliki dua alat jantina). Si suami juga menghadiahkan seorang jariah kepada isterinya. Setelah beberapa lama maka isterinya yang khunsa itu melahirkan anak. Selepas itu tiada berapa lama timbul pula nafsu berahi wanita khunsa ini terhadap jariahnya. Akhirnya jariah inipun melahirkan anak juga.

Masyarakat menjadi gempar dan peristiwa ini terus tersebar hingga sampai kepada pengetahuan Khalifah Ali. Khalifah terus menghantar seorang pakar untuk mengesahkannya. Ternyata wanita khunsa ini mengalami haid seperti perempuan serta keluar mani dari dua alat kelaminnya. Dia boleh dijimak oleh suaminya serta dapat pula menjimak jariahnya. Untuk menentukan jantina sebenar wanita khunsa ini Khalifah Ali tidak ketandusan akal. Beliau menghantar pakar untuk menghitung tulang rusuk wanita ini.

Hasilnya ternyata tulang rusuk sebelah kiri kurang satu dari kanannya. Khalifah Ali menetapkan bahawa wanita khunsa ini adalah lelaki. Alasannya kerana ALLAH menciptakan Adam yang tinggal keseorangan di dalam syurga, ALLAH lalu mengambil satu tulang rusuk sebelah kiri Adam dan diciptakan Hawa daripadanya. Oleh sebab itu tulang rusuk sebelah Adam telah kurang satu. Khalifah Ali lalu memisahkan perkahwinan wanita khunsa ini dengan suaminya kerana ianya dianggap tidak sah.

Renungan ke lapan belas

4 IBU UTAMA

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : Ada 4 dipandang sebagai ibu iaitu :
1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.
3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang yang tidak melakukan sholat pada waktu:-
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesehatan / kekuatan
Maghrib : Tidak diberi bantuan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Al-Quran: Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.
[Link]
[Renungan - English]
[Renungan - Melayu 1]
[Renungan - Melayu 2]
[Renungan - Melayu 3]
[Renungan - Melayu 4 ~ 5]
[Renungan - Melayu 6]
[Renungan - Melayu 7]
[Renungan - Melayu 8]
[Renungan - Melayu 9]
[Renungan - Melayu 10]
[Renungan - Melayu 11]
[Renungan - Melayu 12]
[Renungan - Melayu 13]
[Renungan - Melayu 14]
[Renungan - Melayu 15 & 16]
[Renungan - Melayu 17 & 18]
[Renungan - Melayu 19 & 20]
[Album Gathering]