#VETERANCHAT
[HOME]
[User]
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang renungan untuk di tatapi bersama sila email ke veteranchat@yahoo.com
(Kesemuanya ini adalah hasil dari kiriman email yang diterima dan tidak diketahui siapa penulis asalnya... jadi kepada sesiapa yang nak duit royalti tu... mintak maaf jer lah... roti aku ada laa... ekekekekekek)
[Guestbook]
[Cerita - English]
[Cerita - Melayu]
[Berita]
Renungan ke lima belas;

Tertarik & Menarik

Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersaamanya ke dalam neraka? Nauzubillah..

1. Ayahnya - apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak2 perempuannya di dunia.  Dia tidak memberikan segala keperluan agama spt. mengajar solat, mengaji dsb.  Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia shj maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2. Suaminya - apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.  Bergaul bebas di pejabat, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan lelaki yg bukan mahram... apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim etc solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3.  Abang2nya - apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abg2nya jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

4.  Anak lelakinya - apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari ISLAM, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.  Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar

Renungan ke enam belas:

Kelebihan sujud menurut perspektif sains perubatan

Kadangkala mungkin kita akan merasa kurang selesa sekiranya imam sujud terlalu lama, tetapi tahukan anda bahawa sujud ada rahsia & 1000 hikmah yang tersembunyi.  Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia2 malahan setiap ciptaanNya itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangka oleh akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk:
1) Sujud fizikal sepertimana perlakuan ketika bersolat
2) Sujud spiritual berbentuk merendahkan diri dan hati terhadap perintah Allah

Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah  serta menggalakkan kita sujud lama.  Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita. 

Menurut DR. Mohd Osman Nasir, antara hikmah sujud ialah:
1. Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing)
2. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya
3. Berafas ketika sujud akan mengembalikan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya, membetulkan pundi peranakan yang jatuh, melegakan sakit hernia, mengurangkan senggugut ketika haid, melegakan bahagian paru2 dari ketegangan, mengurangkan kesakitan pada appendiks, sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan belakang tubuh, meringankan bahagian Pelvis, memudahkan tidur, menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut dan punggung ketika sujud dan bangun darinya,
memastikan otot kuat dan elastik serta kelicinan perjalanan darah yg baik, buah dada (wanita) mudah berfungsi untuk menyusu dan terhidar dari penyakit, mengelakan obesiti, mengembalikan organ peranakan ke tpt asal, otak menerima byk bekalan darah dan oksigen, mengelakkan pendarah otak (apoplexia rupture of blood vessels and arte ioseclerosis of cerebrum
4. merasa rendah diri di hadapan Pencipta, serta mengikis sifat sombong, riak, takabur
5. kesan sujud jua diakui oleh agama dan fahaman lain seumpamanya Sikh, Buddha, dan Yoga.
[Link]
[Renungan - English]
[Renungan - Melayu 1]
[Renungan - Melayu 2]
[Renungan - Melayu 3]
[Renungan - Melayu 4 ~ 5]
[Renungan - Melayu 6]
[Renungan - Melayu 7]
[Renungan - Melayu 8]
[Renungan - Melayu 9]
[Renungan - Melayu 10]
[Renungan - Melayu 11]
[Renungan - Melayu 12]
[Renungan - Melayu 13]
[Renungan - Melayu 14]
[Renungan - Melayu 15 & 16]
[Renungan - Melayu 17 & 18]
[Renungan - Melayu 19 & 20]
[Album Gathering]