Karya

 

KOLEKSI 1 KOLEKSI 4
KOLEKSI 2 KOLEKSI 5
KOLEKSI 3 KOLEKSI 6
KOLEKSI 7 KOLEKSI 8
KOLEKSI 9 KOLEKSI 10
KOLEKSI 11 KOLEKSI 12
 
 
 
 
 
KISAH MALAM TAHUN BARU 2000
 
 
Tiap malam hari tahun baru..
maksiat melempah di mana mana di negaraku..
- kalaulah Tuhan murka... diturunkan bala..
alangkah siksanya semua..
- termasuk orang tak berdosa ditimpa sama..
 
 
TV online menyambut detik jam 12 malam tahun baru
sorak sorai dentuman bunga api meriah
pemuda pemudi berhimpitan tua muda tak kira bangsa
syaitan pun bersorak sama..
 
 
yang ramai sekali bangsaku melayu
tahun baru kali ini dalam bulan ramadhan mulia
jam 2 dan tiga pagi.. masih lagi ramai tak bergerak pulang
bersuka ria bertepuk tangan terhangguk terhenjut
mengikut paluan muzik ala barat dan hindi
hingga pagi entahkan bersahur atau bersolat
kerana sejak awal malam lagi telah berkumpul ramai
menunggu detik 12 malam tahun baru
 
 
segelintir anak bangsa melayu..
berpesta pada malam sambut tahun baru.. 2000
di manakah perginya rasa malu anak melayu..
bersopan berpakaian, menutup aurat seperti zaman dulu
dengan pakaian ketat, berseluar, membuka aurat
gadis melayu telah hilang ayu..
dengan berpasangan pemuda, ke hilir ke hulu
mengikut nafsu, tanpa tahu neraka menunggu
tanpa segan silu,
maksiat, noda dan dosa dilaku
 
 
Tiap pagi tahun baru, kondom bersepahan ditemu
oleh pekerja dewan bandaraya yang membersih bandarku
bagai satu budaya hina .. telah dicerita oleh akhbar/media
perilaku segelintir mereka....
alangkah malunya  .... kini ditambah pula
terjumpanya bersepahan tin tin arak di merata ...
menyambut tahun baru dengan kemurkaan Tuhan,
agama kau lupa.. nasihat orang tua kau persia..
telah hilang malu, segan dan takut, dosa menunggumu..
beginikah matlamat yang dicari olehmu...
mencampak diri ke azab neraka tiap malam tahun baru..
mengikut nafsu ... tanpa iman dan fikiran
lebih hina dari haiwan melata..yang tiada akal fikiran..
 
 
Insaflah anak bangsaku
tinggalkan amalan tak perlu
bersuka gembira biar berpada...
asal jangan sanggup gadai agama memburu neraka..
hindari amalan yang tidak diajar agama kita
sebaiknya hendaklah kita bersyukur bila rasa gembira tiba
bukan berpesta bak lupa dunia dan agama..
yang merugikan dirimu jua...
 
 
Tiadakah ada cara selain berpesta gila ..
setiap menyambut kedatangan tahun baru
yang menambah setahun umur berlalu..
di mana tiap nyawa hampir ke kubur
meninggalkan tempat teduhan di dunia..
 
 
Alangkah baiknya .. majlis kesyukuran diada
di masjid,  disurau, di rumah, malah di padang jua
dengan syarahan mengingati diri bertambah usia
untuk membuat amalan bekalan ke sana.. negara abadi kita...
bukan berpesta gila bagai hidup kekal lama..
 
 
Semoga satu hari nanti di negaraku..
majlis agama di mana mana menggantikan pesta gila
di malam menyambut kesyukuran tahun baru..
dan tiada lagi budaya .. bertepuk menari bak lupa diri
bahawa manusia dijadikan adalah untuk menyembah Ilahi
dan mengikut suruhanNya.. untuk hidup bahgia..
 
 
Semoga Allah kabulkan harapan murni ini...
agar negara kita sentiasa dicintai Ilahi ...
dan terpelihara dari bala ...
kerana rakyatnya patuh kepada Pencipta semesta ..
Allah Maha Besar...
yang berkuasa segala..
 
 
 
Aku hanyalah penulis alam
dari ilham mendatang kurnia Ilahi ..
jangan pula aku dimarahi
kerana ia adalah ...
untuk kebaikan hidup kita, manusia jua ..
amar makruf nahi mungkar
seru yang makruf, tegah yang mungkar
amalan dan tugas  kita di dunia..
manusia, sebagai khalifah Allah di bumi..
semesta ...
 
 
*****************
 
Nukilan : Noor Ainy M.Y, (Nurdina M.Y.)
Melaka..
2 Januari 2000 - jam 3.00 pagi.
______________________________________________________________
 
 
ANAKANDA ADI (MOHD RADHI)
 
 
Detik usiamu mencapai dewasa
selepas 12 tahun ditakdir kita berpisah
menyahut seruan agama... belajarlah
walau sampai ke negara china
kini bonda letakkan dirimu
di sekolah menengah arab .. di dua aliran
akademik dan agama ...
yang menjadi cita cita bonda sejak dulu ...
 
 
Bukan tidak mahu sentiasa bersamamu
belajar disekitar tempat kita sahaja
namun jauh disudut hati bonda
sejak lama telah tertekad dijiwa
ingin kau ... berguna untuk bangsa dan agama
bahagia dunia dan akhirat sama ...
 
 
Adi ... sedih hati bonda dan hatimu jua
perpisahan pertama kali kita yang lama
namun jauh di hati bonda merasa bangga
kau anakanda  yang menurut kata
demi kebahagiaan kita bersama
 
 
Adi ...  sehari dua kau hubungi bonda
suaramu seakan sedih ingin kembali ke rumah
untuk belajar di tempat kita sahaja ..
mungkin kau belum biasa hidup di asrama sekolah
hati ibu juga sedih berpisah denganmu nakanda
namun demi kasih sayang bonda untuk melihatmu
berjaya dan bahagia di dua dunia
inilah hadiah bonda untukmu yang berharga
memberimu ilmu dunia dan akhirat sama
semoga kau berjaya sebagai anak yang solleh ...
kecintaan Allah dan bonda ...
 
 
Adi ... hidup kita bukan sahaja di dunia
malah di akhirat adalah negara abadi kita
hidup yang sebenar adalah di sana
di sini kita hanya sebagai pengembara
memungut bekalan untuk kembali ke sana
bahagialah kita kalau bekalan cukup di bawa
deritalah kita kalau kurang/tanpa bekalan ke sana
untuk hidup yang panjang selamanya ...
 
 
Adi ... anakku,
demi kasih sayang ibumu
hadiah berharga telah ku serahkan padamu
pandailah kau menghargainya untuk masa depanmu
mutiara tetap berkilau walaupun berada di lumpur
berusahalah kau mencari mutiara berharga
jangan pula tersalah pilih
kaca disangka mutiara berharga ...
itulah pesan ibu untuk hidupmu
di dunia ... jambatan akhirat ...
akhirat penujuan kita semua
dunia hanya jambatan ke sana ...
carilah ilmu berharga untuk hidup bahagia
dunia dan akhirat ...
 
 
Semoga kau berjaya anakku,
semoga kau bahagia anakku,
itulah harapan ibumu
jua doa sentiasa buatmu ...
belajarlah dari ayunan buaian
hingga ke liang lahad...
ajaran agama kita yang mulia ...
 
******************************
Nukilan: Noor Ainy Md. Yusoff (Nurdina M.Y)
Melaka.
29 Januari 2000 (Sabtu) - jam 5.32 petang.
________________________________________________________________
 
 
Allahyarham Abang Sulungku Kasim
 
 
Sedih hatiku bila kau pergi
meninggalkan kami di sini
menyahut panggilan Ilahi
tanggal 30.11.1999 hari Selasa
sehari selepas pilihanraya negara kita
Allah lebih mengasihimu...
kau pergi dalam keasyikan beribadah
dengan tahajjud dan puasa 3 bulan rejab
sejak kembalimu dari ber umrah di mekah ...
kami merelai pemergianmu dengan penuh doa
agar rohmu dicucuri rahmat dalam ahli jannah...
 
 
Kau seorang yang baik budi pekerti
berperibadi berhemah tinggi,
mulia hati, senang menolong orang
tak pentingkan diri sendiri
sukar mencari ganti seperti dirimu
 
 
Kau abang yang sulung
sebagai guru ketika itu ...
membantu kami sekeluaga
sejak ketiadaan ayahanda
disamping ibu mencari rezeki
berusaha membuat kuih jualan
untuk penghidupan kami
kau menyekolahkan kami
adik adikmu hingga kami berjaya
penghidupan di dunia...
budimu tak ternilai untuk kami kenang
semoga Allah sahaja membalas kebaikanmu...
 
 
Keluarga dan anak anakmu
masih memerlukan kasih sayangmu
Kami kehilanganmu
yang masih inginkan bimbingan
dan bantuanmu
kaulah yang mengenalkan IT padaku
membina laman webku ini
mengajarku mengisikan laman ini
hingga dapatku berinteraksi ke seluruh dunia
menyuarakan isi hati dan berdakwah di sini
mengamalkan amar makruf nahi mungkar
kewajipan kita di dunia sebagai khalifah Allah
 
 
Malam hari kau selalu ke kuliah agama di masjid
dengan pena ditangan kau sentiasa menulis
apa yang diajar guru di kuliah itu
lalu kau isikan tazkirah di laman webmu pula
sebagai manfaat insan lain di dunia
sebagai juga peninggalan amal jariah untukmu
ilmu yang dimanfaatkan untuk insan...
amalan yang berterusan pahalanya
walau kau telah bersemadi di sana...
semoga kau bahagia abangku ...
bersemadilah dengan nur syurgawi...
doaku dan keluarga di dunia ini...
untukmu selalu kami iringi dengan
Al Fatihah .....
 
**********************
Nukilan,
Noor Ainy Md. Yusoff (Nurdina M.Y)
Melaka.
30 Januari 2000 (Ahad)
Jam: 10.53 pagi.
 
silalah ke laman web abang sulung saya ini..
http://www.oocities.org/Athens/Parthenon/5352/biodata.htm
 
atau gambar besar dan webnya yang dibuat oleh kenalan cyber.
 
http://www.oocities.org/SoHo/Den/5904/0kasim.html
________________________________________________________________
 
 
KE ATAS |||| KE LAMAN
KE LAMAN KARYA 8