Karya
SANTAPAN
ROHANI
Makanan jasad sentiasa terpenuhi
ketika lapar terasa, diisi
sentiasa ...
Makanan rohani adakah dipenuhi
kerana laparnya tidak terasa
...
Makanan lazat sentiasa kau
rasa
perut kenyang dahaga hilang
rohanimu lapar tidak kau terasa
selalu terlupa mengisikan kekosongannya..
Rintihan rohani menanggung
lapar
selalu tak kau dengari dan
rasai
tidaklah kau penuhi memberinya
santapan ....
rintihan jasad perut laparmu
segera kau isi kerana kau terasa
kelaparannya
Jasadmu bahgia sentiasa dilayani
rohanimu derita sentiasa kau
pinggiri
keadilan tidak kau laksanakan
untuk diri sendiri
tidak kau turuti perintah Ilahi....
memelihara amanah yang diberi
pada diri
dua yang perlu dipeliharai
di dunia ini
jasad dan rohani yang bersatu
dalam diri...
memerlukan sentiasa makanan/santapan
...
Jasadmu untuk duniamu
rohanimu untuk akhiratmu
duniamu hanya sementara waktu
akhiratmu berkekalan hidupmu...
Perlu seimbang timbangan
perlu bijak menimbang berat
ringannya
jika berat duniawi rugi dan
sesalan di bawa
jika berat ukhrawi bahagia
dan berjaya selamanya..
Beruntunglah siapa mendapatnya
hadiah anugerah Ilahi ...
Syurga Firdausi ...
Ya Ilahi ... berilah
hambamu SyurgaMu
hindarilah hambamu NerakaMu
...
Amiin...
Nukilan: Noor Ainy M.
Y.
Melaka.
13 Februari 2000 - Jam 3.00
petang.
_______________________________________________________________
ke
laman utama ||| ke
laman biodata
ke atas
||| ke
laman ilmu agama