" Seorang
ibu yang baik sekalipun, sewaktu-waktu mungkin juga
menjadi tidak sabar ketika menghadapi kanak-kanak
yang tidak menurut perintah atau engkar.
Semua manusia tidak selalunya hidup dengan idea-idea kita.
Walau bagaimanapun kanak-kanak selalunya bersikap sabar
terhadap kegagalan-kegagalan kita, selagi dia tahu kita ingin menolongnya
dan dia akan memaafkan segala-galanya. "
( Dr. Winifred de Kok )
![]()
Isi || Tema || Bentuk || Bahasa || Nada
|| Perasaan || Bunyi
Keindahan || Mesej
|| Perbandingan
![]()
Pendekatan
1. Pelbagai bentuk perbandingan yang mungkin diungkapkan. Antaranya, termasuklah perbandingan:
- Tema dan persoalan
- Struktur atau bentuk
- gaya bahasa
- unsur atau nilai:- Pengajaran
- Bunyi
- kemanusiaan dan sebagainya
2. Pelajar-pelajar perlu mempunyai pengetahuan aspek perbandingan yang dikehendaki oleh soalan
3. Jawapan yang dikemukakan perlulah memperlihatkan perbandingan
4. Tumpukan kepada aspek persamaan dan perbezaan
5. Beri contoh-contoh yang sesuai bagi menguatkan isi perbincangan.
6. Jawapan mestilah ringkas, padat dan tepat .
Baca dengan teliti " PANTUN LAPAN KERAT ( M/S 17 ) " dan " FASAL KEEMPAT, GURINDAM DUA BELAS ( M/S 38 ) " kemudian bandingkan
(i) isi atau maksudnya.
(ii) ciri-cirinya
CADANGAN ISI JAWAPAN
(i) ISI ATAU MAKSUDNYA
Pantun Lapan Kerat
1. Bersyukurlah kepada Tuhan dengan apa yang telah diberi dan ditakdirkan. Kiranya Tuhan telah menetapkan kehidupan kita susah, menderita dan terpaksa menerima bantuan dan pertolongan daripada orang lain maka terimalah kenyataan itu dengan penuh kerelaan hati.
2. Orang yang tidak setia dalam berkasih dan tidak sanggup menghadapi cabaran bolehlah diibaratkan sebagai mengenggam bara api dan bila terasa bahang panasnya akan dilepaskan begitu saja.
Fasal Keempat, Gurindam Dua Belas
1. Janganlah bercakap bohong kerana bila sekali kita berbohong selamanya orang tidak akan mempercayai kita
2. Orang yang akan mendapat kecelakaan dalam hidup ialah orang yang tidak mahu membaiki kelemahan dan kekurangan diri sendiri.
3. Elakkan diri daripada bersikap bakhil kedekut kerana sikap sedemikian boleh dianggap sebagai merompak hak orang lain.
4. Bila sesorang itu sudah berjaya dalam hidup dan berpangkat janganlah bersikap angkuh dan sombong
5. Sesiapa yang celupar, biadap dan kasar tutur-katanya maka mulutnya bolehlah diibaratkan seperti ketur yang digunakan sebagai tempat membuang segala kekotoran
6. Kita biasanya sukar untuk mengetahui kesalahan dan kelemahan diri sendiri. Bila ada orang lain yang nampak kesalahan dan kelemahan diri kita menegur kesalahan kita terimalah teguranya itu.
(ii) BENTUKNYA
1. Pantun Lapan Kerat mempunyai dua rangkap manakala Gurindam Fasal Keempat, Gurindam Dua Belas terdiri daripada enam rangkap.
2. Kedua-dua rangkap Pantun lapan Kerat terdiri daripada 8 baris sedangkan semua rangkap Gurindam Fasal Keempat, Gurindam Dua Belas terdiri daripada 2 baris serangkap
3. Baris pertama hingga keempat setiap rangkap Pantun Lapan Kerat adalah pembayang dan baris kelima hingga kelapannya pula adalah maksud Tapi kedua-dua baris dalam rangkap Gurindam Fasal Keempat, Gurindam Dua Belas adalah maksud.
4. Jumlah perkataan pada semua baris dalam Pantun Lapan Kerat adalah sama iaitu 4 perkataan sebaris manakala jumlah perkataan gurindam Fasal Keempat, Gurindam Dua Belas tidak sama iaitu antara 4 dan 5 patah perkataan sebaris.
5. Jumlah sukukata dalam setiap baris bagi Pantun Lapan Kerat adalah sama iaitu antara 8 hingga 12 sukukata. Ini berbeza dengan gurindam Fasal Keempat, Gurindam Dua Belas yang sukukatanya tidak sama iaitu antara 8 hingga 14 sukukata.
Bandingkan sajak " KITA MAINAN WAKTU ( M/S 92 ) " dengan sajak sajak " TIDURLAH, ANAK ( M/S 127 ) " dari aspek:
(i) Bentuk
(ii) Bahasanya
CADANGAN ISI JAWAPAN
(i) Bentuk
1. Kedua-dua sajak tersebut adalah berbentuk bebas.
2. Sajak Kita Mainan Waktu terdiri daripada dua rangkap manakala sajak Tidurlah, anak pula terdiri daripada tiga rangkap
3. Jumlah baris kedua-dua sajak tersebut juga tidak sama. Sajak Kita Mainan Waktu mengandungi 10 baris sedangkan sajak Tidurlah, anak pula 22 baris semuanya.
4. Kedua-dua rangkap sajak Kita Mainan Waktu mengandungi 5 baris bagi setiap satu rangkapnya, manakala sajak Tidurlah, anak pula rangkap pertamanya terdiri daripada 11 baris, rangkap kedua pula 8 baris dan rangkap ketiga 3 baris serangkap.
5. Bilangan perkataan kedua-dua buah sajak juga tidak sama atau tidak seimbang. Sajak Kita Mainan Waktu mempunyai bilangan perkataan 3, 4, 5, dan 6 patah perkataan sebaris. Sajak Tidurlah, anak juga mempunyai bilangan perkataan 3, 4, 5, dan 6 patah perkataan sebaris.
6. Bilangan sukukata kedua-dua sajak ini juga tidak sama atau tidak seimbang. Sajak Kita Mainan Waktu, sukukatanya antara 7 hingga 11 sukukata, manakala sajak Tidurlah, anak pula mempunyai sukukata antara 5 hingga 14 sukukata.
7. Bentuk rima akhir kedua-dua sajak mempunyai persamaan. Kedua-dua sajak tersebut menggunakan tidak sama atau bebas. Rangkap pertama sajak Kita Mainan Waktu memakai rima abcde dan rangkap kedua pula abcbd. Manakala sajak Tidurlah, anak, rangkap pertamanya memakai rima abcdbedefee, rangkap kedua pula abcdeebf dan rangkap ketiganya abc.
(ii) bahasa
1. Kedua-dua sajak tersebut menggunakan bahasa yang berkesan dan sesuai dengan pemikiran dan maksud yang ingin disampaikan oleh penyajaknya. Bagaimanapun sajak Tidurlah, anak agak lebih mudah difahami kerana pemakaian bahasa biasa dan tidak punyai perlambangan.
2. Pemilihan kata sajak Tidurlah, anak agak lebih puitis, dan indah jika dibandingkan dengan sajak Kita Mainan Waktu. Pemilihan kata Kita Mainan waktu banyak menggunakan kata-kata biasa,contoh:
penyempurnaan, sayang, mengucap dan sebagainya
( Tidurlah, anak )
bermain, pasir, usia, bersih dan sebagainya
( Kita Mainan Waktu )
3. Bagaimanapun ungakapan atau rangkaikata yang digunakan bagi kedua-dua sajak tersebut ternyata puitis, indah dan berkesan, contoh:
mendaki batu-batu berlumut ( baris 3 )
mengembalikan usia kecil ( baris 4 )
setelah diri dimiliki waktu ( baris 10 )( Kita Mainan Waktu )
penyempurnaan hari ( baris 3 )
benua warna dan mimpi ( baris 16 )
panas penuh yang berbunga di kulit ( baris 19 )( Tidurlah, anak )
4. Unsur personafikasi terdapat pada kedua-dua sajak, contohnya:
matahari akan menghantar malam
( Kita Mainan Waktu )
malam yang datang pada padang permaiananmu
( Tidurlah, anak )
5. Unsur metafora juga terdapat pada kedua-dua sajak ini. Bagaimanapun sajak Tidurlah, anak agak lebih ketara dalam pemakaian unsur ini, contoh:
jarak waktu ( Kita Mainan Waktu )
padang permainanmu
kapal buih getah
benua warna
pengimbang cahaya
bundar waktu ( Tidurlah, anak )6. Unsur pengulangan juga terdapat dalam kedua-dua sajak ini, contohnya:
waktu, dan, kita ( Kita Mainan Waktu )
tidurlah, malam, hari, dan ( Tidurlah, anak )7. Singkatan atau sinkof juga kedapatan pada kedua-dua sajak ini, contoh:
tak ( Kita Mainan Waktu )
tak ( Tidurlah, anak )8. Unsur semile hanya terdapat pada sajak Kita Mainan Waktu
contohnya:
bagai anak ketam yang bebas ( Kita Mainan Waktu )
![]()
Isi || Tema || Bentuk || Bahasa || Nada
|| Perasaan || Bunyi
Keindahan || Mesej
|| Perbandingan
![]()
Serambi |
Diriku | Famili | Warung
| Koleksi | Link | Carian
Home || Up
|| Next
This page hosted by
Get your own Free
Home Page