" Kesalahan orang muda adalah kerana mereka berpendapat kebijaksanaan itu
tidak memerlukan pengalaman. Dan kesalahan orang tua ialah mereka berpendapat
pengalaman itu tidak memerlukan kebijaksanaan. "

( Bernard Shaw )

Isi || Tema || Bentuk || Bahasa || Nada || Perasaan || Bunyi
Keindahan || Mesej || Perbandingan

TEMA / PEMIKIRAN

Soalan 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || 11

wb01059_.gif (1899 bytes)

Pendekatan

1. Pelajar-pelajar perlulah membuat pernyataan tentang tema atau pemikiran puisi yang disoal
2. Pernyataan tema atau pemikiran yang dinyatakan itu hendaklah dihurai berdasar isi atau maksud puisi yang disoal.
3. Ketika membuat huraian, gunakan bahasa biasa supaya mudah difahami.
4. Jawapan yang diberi hendaklah ringkas, jelas dan padat.

CONTOH SOALAN 1

Baca dengan teliti sajak " SALJI HITAM ( M/S 82 ) " oleh Usman Awang dan nyatakan tema atau pemikiran sajak tersebut

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Tema atau pemikiran sajak ini ialah tentang perjuangan iaitu perjuangan masyarakat kulit hitam (Negro) di Amerika Syarikat yang tertindas. Mereka kemudiannya bangkit berjuang untuk menegakkan keadilan.

2. Sajak ini juga memaparkan tentang masalah hak asasi manusia, iaitu kaum kulit hitam yang telah diperlakukan sebagai hamba abdi dan ditindas secara berleluasa oleh masyarakat kulit putih.

3. Bila bilangan mereka bertambah ramai, mereka mula bangkit untuk berjuang bagi menentang dan menghapuskan penindasan dan perkauman.

CONTOH SOALAN 2

Apakah tema atau pemikiran yang digarapkan oleh Zam Ismail dalam sajak " DI SINI DI TANAH INI ( M/S 94 )

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Tentang rasa cinta dan sayangkan tanah air atau tanah kelahiran tempat kita lahir dan dibesarkan.

2. Tanah air inilah telah memberi rezki dan kehidupan kepada semua rakyat.

3. Tapi ada juga diantara kita yang lupa pada jasa yang telah diberikan oleh tanah air serta tidak menumpahkan kasih sayang kepadanya tapi perasaan kasih sayang itu tertumpah kepada negeri lain yang terlalu asing bagi mereka.

4. Penyair menyeru kepada yang mempunyai sikap dan perasaan sedemikian agar sedar dan insaf serta perlulah tanamkan rasa sayang kepada tanah air ini.

5. Penyair juga menyeru kepada mereka yang menaburkan fitnah dan mengeluarkan hasutan yang memburukkan tanah air kepada generasi muda supaya membuang sikap demikian

6. Bagi penyair, mereka yang taat dan setia kepada tanah airnya adalah sikap yang paling berharga, mulia dan akan dikenang sampai bila-bila.

 

wb01059_.gif (1899 bytes)

Home || Up || Next

BENTUK DAN STRUKTUR

Soalan 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || 11

wb01059_.gif (1899 bytes)

Pendekatan

1. Terdapat dua jenis soalan yang perlu diberi perhatian oleh pelajar-pelajar bagi soalan struktur atau bentuk ini, iaitu:

- Meminta para pelajar menghurai bentuk, dan
- Meminta para pelajar membuktikan bentuk

2. Bagaimanapun isi bagi kedua-dua jenis soalan struktur atau bentuk ini adalah sama cuma cara pendekatan sahaja yang berbeza.
3. Antara isi-isi yang perlu dititikberatkan oleh pelajar bila dikemukakan dengan soalan jenis ini ialah:

- jenis bentuk
- bilangan bahagian puisi yang disoal ( jika ada )
- bilangan rangkap puisi itu
- bilangan baris
- kesaimbangan baris
- rima akhir

HURAIAN BENTUK

CONTOH SOALAN 3

Telitikan " PANTUN AGAMA ( M/S 11 ) " kemudian huraikan bentuk pantun tersebut.

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Mempunyai empat rangkap
2. Terdiri daripada empat baris serangkap
3. Baris pertama dan kedua adalah pembayang maksud atau sampiran
4. Baris ketiga dan keempat adalah maksud.
5. Jumlah perkataannya sama banyak iaitu 4 perkataan sebaris
6. Jumlah sukukatanya juga sama iaitu antara 8 hingga 12 suku kata sebaris
7. Rima akhirnya berbentuk abab iaitu bunyi akhir baris pertama sama dengan baris ketiga dan bunyi akhir baris kedua sama dengan baris keempat.

CONTOH SOALAN 4

Telitikan " SYAIR YATIM NESTAPA ( M/S 21 ) " kemudian nyatakan bentuk syair tersebut.

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Terdiri daripada 27 rangkap.
2. Semua rangkap mengandungi empat baris
3. Semua baris dalam rangkapnya adalah maksud.
4. Jumlah sukukata pada setiap baris ialah antara 8 hingga 12 sukukata.
5. Rima akhirnya adalah sama iaitu aaaa iaitu bunyi akhir semua baris adalah sama/sekata/seragam

CONTOH SOALAN 5

Huraikan bentuk " FASAL KEEMPAT, GURINDAM DUA BELAS ( M/S 38 ) "

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Mengandungi enam rangkap semuanya.
2. Semua rangkap terdiri daripada dua baris
3. Rima akhirnya sama iaitu aa
4. Jumlah perkataan sama banyak iaitu 4 perkataan sebaris
5. Jumlah sukukatanya juga sama iaitu antara 8 hingga 12 sukukata.

CONTOH SOALAN 6

Baca dengan teliti sajak " SELAMAT HARI RAYA ( M/S 56 ) " oleh Kasmani Haji Arif, kemudian huraikan bentuk sajak tersebut

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Terdiri daripada sepuluh rangkap
2. Jumlah baris setiap rangkap sama, iaitu tiga baris serangkap. Atau berbentuk terzina.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris adalah sama, iaitu dua patah perkataan sebaris.
4. Jumlah sukukata dalam setiap barisnya pula tidak sama, antara empat hingga tujuh sukukata.
5. Rima akhirnya tidak sama. Rima akhir rangkap 1 hingga 4 ialah abb manakala rima akhir pada rangkap 5 hingga 10 pula ialah abc.
6. Kedudukan rangkapnya juga tidak sama atau tidak sejajar. Keadaannya berselang-seli. Rangkap pertama adalah sama atau sejajar dengan rangkap 3, 5, 7, dan 9. Manakala rangkap 2 sama atau sejajar dengan rangkap 4, 6, 8 dan 10.
7. Kesimpulannya bentuk sajak ini ialah bebas dan tidak terikat dengan puisi tradisi iaitu pantun atau syair.

CONTOH SOALAN 7

Telitikan sajak " SEBATANG KARA ( M/S 89 ) " karya T. Alias Taib, kemudian buat satu huraian tentang bentuknya.

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Sajak ini terbina daripada tiga rangkap.
2. Semua rangkapnya terdiri daripada tujuh baris. Atau dikenali sebagai sextet.
3. Jumlah perkataannya tidak sama atau tidak seimbang. Baris-barisnya terdiri daripada 1, 2, 3, 4 perkataan.
4. Jumlah sukukatanya juga tidak sama, iaitu antara 3 hingga 9 sukukata.
5. Rima akhirnya juga tidak sama atau bebas. Contohnya:

Rangkap 1 : abcdeaf
Rangkap 2 : abcdeef
Rangkap 3 : abcbdec

6. Kesimpulannya, sajak ini ialah sajak bebas dan tidak terikat dengan mana-mana puisi tradisi.

CONTOH SOALAN 8

Baca dengan teliti sajak " SEMALU ( M/S 122 ) " oleh Zurina Hassan, kemudian huraikan bentuk sajak tersebut

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
2. Jumlah baris setiap rangkapnya tidak sama. Rangkap 1 terdiri daripada 6 baris serangkap. Rangkap 2 terdiri daripada 7 baris serangkap. Rangkap 3 terdiri daripada 4 baris serangkap. Rangkap 4 pula terdiri daripada 3 baris serangkap.
3. Jumlah perkataannya tidak sama atau tidak seimbang iaitu antara 2, 3, 4 perkataan.
4. Jumlah sukukatanya juga tidak sama iaitu antara 4 hingga 14 sukukata.
5. Rima akhirnya juga tidak sama atau bebas. Contonnya:

Rangkap 1: abcbdd
Rangkap 2: aabcdec
Rangkap 3: abaa
Rangkap 4: abb

6. Kesimpulannya bentuk sajak ini ialah bebas dan tidak terikat dengan mana-mana puisi tradisi.

CONTOH SOALAN 9

Telitikan sajak " PERTAMA DAN TERAKHIR ( M/S 66 ) " karya A.Samad Said, kemudian, huraikan teknik penciptaan sajak di atas dari segi:

(i) Rangkap dan baris
(ii) Rima

CADANGAN ISI JAWAPAN

( i ) Rangkap dan baris

1. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.
2. Jumlah barisnya tidak sama.
3. Rangkap 1, 2, 3, dan 4 mengandungi 6 baris serangkap atau berbentuk sextet. Rangkap 5 terdiri daripada 3 baris serangkap atau berbentuk terzina.
4. Panjang pendek barisnya adalah seimbang atau sama iatu terdiri daripada 3 perkataan dengan jumlah sukukatanya antara 7 hingga 11 sukukata.

( ii ) Rima

1. Rima akhirnaya tidak sama atau bebas.
2. Rangkapnya seperti berikut

Rangkap 1 : aabccd
Rangkap 2 : aabccb
Rangkap 3 : aabaab
Rangkap 4 : aabccb
Rangkap 5 : aab

MEMBUKTIKAN BENTUK

CONTOH SOALAN 10

Berdasarkan sajak " KE MAKAM BONDA ( M/S 61 ) " karya Usaman Awang:
                   (a) Apakah bentuk sajak di atas? Mengapa anda berpendapat demikian?

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Sajak di atas berbentuk tradisi atau mirip kepda puisi lama iaitu pantun dan syair.
2. Ketujuh-tujuh rangkapnya terdiri daripada empat baris menyerupai pantun dan syair.
3. Jumlah perkataannya sama iatu 4 perkataan sebaris dan sama dengan puisi tradisi, pantun dan syair.
4. Jumlah sukukatanya juga sama atau seimbang iaitu antara 8 hingga 12 sukukata seperti sukukata puisi lama.
5. Rima akhirnya juga sama atau terikat seperti rima akhir pada pantun dan syair.Contohnya:

Rangkap 1 : aaaa
Rangkap 4 : aabb

6. Jelaslah yang sajak di atas adalah berbentuk tradisi seperti bentuk pantun dan syair.

CONTOH SOALAN 11

Telitikan sajak " AKHLAK ( M/S 120 ) " oleh Shafie Abu Bakar, kemudian jawab soalan berikutnya:
" Sajak di atas berbentuk bebas dan tidak terikat dengan mana- mana puisi lama pantun atau syair."
Dengan memberi contoh-contoh tertentu buktikan pernyataan di atas.

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Kedua-dua rangkap sajak di atas mempunyai jumlah baris yang tidak menyerupai puisi lama baik pantun atau syair.
2. Rangkap 1 terdiri daripada 7 baris dan rangkap 2 pula terdiri daripada 9 baris. Ianya berlainan dengan pantun dan syair yang kebiasaannya mempunyai 4 baris pada semua rangkapnya.
3. Jumlah perkataan pada semua barisnya juga bebas tidak sama seperti pantun atau syair yang terikat dengan 4 perkataan sebaris. Contohnya:

pecahan batu diri ( 3 perkataan )
teruji oleh ketukan ( 3 perkataan )
terpendam di dasarnya ( 2 perkataan )
dengan amalan syariat jauhi mungkar ( 5 perkataan )

4. Sukukatanya juga tidak sama dan seimbang seperti sukukata pantun yang terikat antara 8 hingga 12 sukukata. Misalnya:

inti yang keluar dari ( 7 sukukata )
terpendam di dasarnya ( 7 sukukata )
mengapa tak digilap menjadi gemerlap ( 13 sukukata )
dengan amalan syariat jauhi mungkar ( 13 sukukata )

5. Rima akhirnya juga bebas dan tidak sama seperti puisi lama yang terikat dengan skima rima abab atau aaaa. Contoh rima akhirnya:

Rangkap 1: abbccbb
Rangkap 2: aabcdefgh

6. Jelaslah yang sajak di atas adalah berbentuk bebas dan tidak terikat dengan mana-mana puisi lama baik pantun mahupun syair

 

Soalan 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || 11

wb01059_.gif (1899 bytes)

Isi || Tema || Bentuk || Bahasa || Nada || Perasaan || Bunyi
Keindahan || Mesej || Perbandingan

wb01059_.gif (1899 bytes)
Serambi | Diriku | Famili | Warung | Koleksi | Link | Carian
Home || Up || Next