" Seandainya anda
masih juga menjalankan kerja
mengikut cara sepuluh tahun yang lalu ketika anda memulakannya,
ini bererti anda tidak lagi sesuai dengan kerja tersebut. Carilah kerja lain
"
( Mark Twain )
![]()
Isi || Tema || Bentuk || Bahasa || Nada
|| Perasaan || Bunyi
Keindahan || Mesej
|| Perbandingan
soalan 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8
![]()
NADA
Pendekatan
1. Pelajar-pelajar perlulah mempunyai pengetahuan untuk membincangkan tentang jenis nada yang terdapat dalam puisi yang disoal
2. Nyatakan jenis nada samaada murung, romantis, patriotik, sinis dan sebagainya.
3. Huraikan dengan mengemukan sebab atau alasan mengapa timbulnya nada tersebut.Nyatakan nada sajak " SUMPAH ANAK WATAN ( M/S 87 ) ", karya Adi Badiozaman Tuah dan kemukakan alasan mengapa anda mengatakan demikian
CADANGAN ISI JAWAPAN
Nada sajak tersebut ialah patriotik atau semangat
Alasan-alasannya:
- terdapat banyak kata-kata, ungkapan, atau barisnya yang mengambarkan tentang keberanian, semangat dan perjuangan
contohnya:
- kita hembus nafas panas api
- kita patah duri beracun
- kita bakar mereka
- Dengan ada ungkapan itu, pengucapannya jadi pantas dan lantang
- Dengan itu lahirlah sikap atau rasa cinta kepada tanah air
Telitikan sajak " SERULING ( M/S 98 ) " oleh Moechtar Awang kemudian jelaskan nadanya dan mengapa ada berpendapat demikian
CADANGAN ISI JAWAPAN
Nada sajak ini ialah romantis dan lembut
Alasan-alasannya:
- Penyajak banyak menggunakan perkataan, ungkapan atau baris yang lembut dan romantis
Contonnya:
- bunyi yang mengalir
- dicelah-celah jari pemain itu
- memercikkan pesona dan nestapa
- di tanah-tanah yang jauh
- Hasilnya pengucapan sajak ini jadi lembut, rendah dan perlahan
- Sehingga menimbulkan rasa insaf dan sedar betapa kecilnya manusia yang diibaratkan oleh penyair sebagai seruling itu jika dibandingkan dengan kuasa Allah.
PERASAAN
Pendekatan
1. Untuk menjawab soalan jenis ini para pelajar perlu tahu cara mengesan perasaan dan sikap penyair yang terdapat dalam puisi.
2. Pelajar-pelajar juga perlulah memberi huraian ringkas sebab lahirnya perasaan atau sikap tersebut.Telitikan sajak " DI KOLAM INI ( M/S 115 ) " nyatakan perasaan penyajak seperti yang digambarkan dalam sajak tersebut
CADANGAN ISI JAWAPAN
1. Sepi bila teringat atau terkenangkan desa atau kampung halamannya
2. Tenang dengan keindahan suasana senja dan kicauan burung
3. Sedih dan resah bila terkenangkan kenangan-kenangan lalu
4. Gembira bila teringatkan zaman kanak-kanak semasa di desa
5. Cinta kepada alam desa yang indah dan permai
6. Rindu dan seakan mahu memiliki semua kehidupan yang indah ituBaca dengan teliti sajak " SEPERTI HUTAN YANG TERBAKAR ( M/S 139 ) " karya Kemala, kemudian nyatakan perasaan penyajak seperti yang digambarkan dalam sajak tersebut.
CADANGAN ISI JAWAPAN
1. Sedar dan insaf akan diri sendiri terlebih dahulu amat penting untuk mengenali Allah yang mencipta seluruh alam
2. Ketabahan amat perlu bagi membolehkan sesuatu cabaran dihadapi dan di atasi dengan mudah untuk mencari kebenaran
3. Cintakan Allah dan mentaatinya perlulah ada dalam diri manusia.Teliti sajak " PADA WAKTU-WAKTUNYA ( M/S 119 ) " karya Dharmawijaya, jelaskan sikap penyair yang tergambar dalam sajak tersebut
CADANGAN ISI JAWAPAN
1. Kegelisahan, kesepian dan kehampaan boleh diatasi dengan semangat yang kuat
2. Kesedihan dan kedukaan mampu diatasi dengan kegigihan dan semangat padu disamping dengan fikiran yang tenang
3. Segala rasa sepi perlu pula dihadapi dengan cekal dan penuh rela. Dengan itu kerisauan akan dapat diatasi.
4. Kehampaan yang mengganggu kesentosaan dan ketenangan hidup hendaklah dihadapi dengan berani dan tidak perlu gentar menghadapinya
5. Semua keadadan yang berlaku itu adak telah ditakdirkan oleh Allah.
soalan 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8
![]()
![]()
Pendekatan
1. Pelajar-pelajar perlulah tahu membincangkan unsur-unsur bunyi yang membina sesebuah puisi
2. Antara isi-isi yang perlu dititikberatkan oleh pelajar bagi membincangkan unsur bunyi ini ialah:- rima atau bunyi akhir semua rangkap
- unsur-unsur asonansi dan alitrasi3. Terdapat beberapa kemungkinan bentuk soalan yang boleh disoal untuk menguji pelajar-pelajar berkaitan unsur bunyi ini, iaitu:
(i) Menghuraikan unsur bunyi
(ii) Meminta pelajar memberi definesi atau pengertian sesuatu unsur bunyi dan melengkapkan dengan contohnya sekali
(iii) meminta pelajar memberi fungsi / peranan unsur bunyi dalam sesebuah puisi4. Bagaimanapun apa yang jelas semua bentuk soalan tersebut memerlukan contoh sedutan daripada puisi yang disoal untuk menguatkan perbincangan .
Baca dengan teliti " PANTUN DUA KERAT ( M/S 7 ) ", jelaskan penggunaan unsur-unsur bunyi dalam sajak tersebut.
CADANGAN ISI JAWAPAN
1. Rima atau bunyi akhir pada semua rangkap pantun tersebut adalah sama
Contohnya: Rangkap satu, rangkap dua, rangkap ketiga hinggalah ke rangkap terakhir pantun tersebut adalah sama iaitu aa2. Rima tengah atau jeda atau sizura yang digunakan juga adalah sama iaitu aa
(i) Hujung bendul dalam semak
Kerbau mandul banyak lemak
(ii) Paku dulang paku serpih
Mengata orang dia yang lebih
(iii) Lain ulu lain parang
lain dulu lain sekarang
3. Unsur asonansi
(i) Siakap senohong gelama ikan duri
(ii) Kerbau kurus banyak tulang
(iii) Ratib-ratib buluh nipah4. Unsur aliterasi
(i) Kayu lurus dalam ladang
(ii) Goreng pisang goreng ubi
(iii) Orang tak hendak kami tak inginBaca dengan teliti sajak " DI TELAPAK IBU ( M/S 58 ) " oleh Thaharuddin Ahmad kemudian jelaskan penggunaan unsur-unsur bunyi dalam sajak tersebut.
CADANGAN ISI JAWAPAN
1. Rima akhir pada semua rangkap adalah sama
Contoh: Rangkap pertama, rangkap kedua, rangkap ketiga, rangkap keempat, rangkap kelima dan rangkap keenam sama, iaitu rimanya aaaa2. Rima akhirnya masih terikat dengan puisi lama atau puisi tradisi iaitu sama dengan rima syair .Contoh: Rangkap pertama, rangkap kedua, rangkap ketiga, rangkap keempat, rangkap kelima dan rangkap keenam
3. Unsur asonansi, contoh:
(i) Ibuku, bukankan rongga kalbu bonda
(ii) hendak membebaskan dah terniat
(iii) Dah datang masanya wahai putera4. Unsur Aliterasi, Contoh:
(i) Ibuku, bukakan rongga kalbu bonda
(ii) bahawa bondakan masih belum berdaya
(iii) menuju kemakmuran bersamaUnsur ASONANSI DAN ALITERASI merupakan unsur bunyi yang jelas kelihatan dalam sajak " SUSILA ( M/S 80 ) " karya Kemala ini. Apakah yang dimaksudkan dengan unsur-unsur bunyi itu dan berikan contoh-contoh berdasarkan sajak tersebut.
CADANGAN ISI JAWAPAN
MAKNA:
ASONANSI ialah persamaan atau pengulangan bunyi vokal iaitu a,e,i,o,u dalam baris yang samaCONTOHNYA:
(i) menyentuh tubuh kehidupan dan jantung manusia
(ii) menyusur pinggir kemanusiaan dalam timbang terima
(iii) sebuah lagu kesatuan yang padu meningkah gemaMAKNA:
ALITERASI ialah persamaan atau pengulangan bunyi konsonan seperti j,k,l,m,n dan sebagainya dalam baris yang samaCONTOHNYA:
(i) menyusur pinggir kemanusiaan dalam timbang terima
(ii) mengusap tiap teluk jiwa tak berantara
(iii) detik-detik yang manis menari menatang erti
soalan 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8
![]()
Isi || Tema || Bentuk || Bahasa || Nada
|| Perasaan || Bunyi
Keindahan || Mesej
|| Perbandingan
![]()
Serambi |
Diriku | Famili | Warung
| Koleksi | Link | Carian
Home || Up || Next