" Apakah erti jeritan pertama bayi yang baru dilahirkan?
Sebaik-baik bayi itu dilahirkan, dia terdengar jeritan bumi, langit dan air, ' kami ada. '
Lalu bayi itu pun turut menyahut, ' Aku pun ada '. "

( Rabinnard Togore )

wb01059_.gif (1899 bytes)

Isi || Tema || Bentuk || Bahasa || Nada || Perasaan || Bunyi
Keindahan || Mesej || Perbandingan

UNSUR KEINDAHAN

Soalan 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6

wb01059_.gif (1899 bytes)

PENDEKATAN

1. Pelajar-pelajar perlu mempunyai pengetahuan tentang aspek bahasa dan unsur bahasa.
2. Pelajar-pelajar juga perlu ada pengetahuan tentang unsur-unsur bunyi yang memberi nilai keindahan kepada sesebuah puisi
3. Setiap aspek bahasa dan unsur bunyi yang dihuraikan perlulah diselitkan contoh-contoh yang sesuai daripada puisi yang di soal.
4. Jawapan tidak perlu melerek tapi perlulah menepati dengan kehendak soalan.

CONTOH SOALAN 1

Baca dengan teliti SAJAK " KEDUKAAN ( M/S 104 ) " oleh Ahmad Salju kemudian bincangkan unsur keindahan yang terdapat dalam sajak tersebut.

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Pemilihan kata atau diksinya indah, tepat dan berkesan, contoh:

(i) memunggah sepi
(ii) sepi memamah
(iii) memecah kekalutan

2. Susunan kalimat atau baris-barisnya puitis dan indah, contoh:

(i) angin kemarau yang lemah
(ii) memecah kekalutan dan keletihan
(iii) seperti bunga yang kehilangan cahaya

3. Penggunaan unsur personafikasi, contoh:

(i) memunggah sepi dari setiap pelayaran
(ii) menunggu bayang malam
(iii) memecah kekalutan dan keletihan

4. Penggunaan unsur semile, contoh:

(i) Jadilah seperti pelabuhan
(ii) seperti bunga yang kehilangan cahaya

5. Penggunaan unsur pengulangan kata dan rangkaikata untuk menguatkan maksud

-Pengulangan kata

Contoh: sepi, lagu, malam

-Pengulangan rangkaikata

Contoh: yang kehilangan ( rangkap 3 )

6. Penggunaan imbuhan "ke...an" untuk menghasilkan kelembutan

Contoh: kekalutan, keletihan, kehilangan, kedukaan, keteguhan

7. Penggunaan awalan "me..." untuk menimbulkan kelembutan

Contoh: menunggu, memunggah, menanti, memecah, membiarkan, memamah, menawan, dan menikam

8. Pengunaan akhiran "nya" menambahkan lagi keindahan dan kemerduan pada sajak ini disamping bunyi akhirnya sama iaitu aaaaa

Contoh: cahayanya, sayapnya, nadanya, bintangnya, bulannya ( rangkap 3 )

9. Penggunaan unsur asonansi, contoh:

(i) memunggah sepi dari setiap pelayaran
(ii) tetapi ia juga nikmat bagi yang insaf

10. Penggunaan unsur aliterasi, contoh:

(i) memecah kekalutan dan keletihan
(ii) membiar sepi memamah

11. Pengunaan nada lembut dan romantis sesuai dengan pernyataan kedukaan yang cuba digarapkan oleh penyajak.

CONTOH SOALAN 2

Telitikan sajak " LAGU KIUNG PINGGIR SAWAH ( M/S 107 ) " karya Siti Zainon Ismail kemudian huraikan unsur keindahan yang terdapat dalan sajak tersebut.

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Pemilihan kata atau diksinya indah, tepat dan berkesan, contoh:

musim semi, ranjang, rawan. mengulit

2. Susunan kalimat atau baris-barisnya puitis dan indah, contoh:

(i) dendang katak hijau
(ii) ketemu bulan di bawah ranjang
(iii) dalam rawan kemana bintang

3. Penggunaan unsur personafikasi, contoh:

(i) mentari pagi mengulit mimpi
(ii) kicau nuri menyapa
(iii) dendang katak hijau

4. Penggunaan unsur metafora, contoh:

(i) kasih angin
(ii) nyanyian rimba

5. Penggunaan unsur pengulangan kata dan baris untuk menguatkan maksud

-Pengulangan kata
Contoh: musim, lewat, kiung

-Pengulangan baris
Contoh: kiung oh! kiung

6. Penggunaan dan penekanan vokal "i" menambahkan lagi kelembutan dan keindahan  sajak ini

Contoh: wangi, musim semi, padi, jadi seri, seluruh hati, hidup sendir, apa peduli dan lain-lain

7. Penggunaan unsur asonansi, contoh:

(i) cari kekasih yang lari ( vokal i )
(ii) semalam kenapa dikenang ( vokal e )

8. Penggunaan unsur aliterasi, contoh:

(i) mengulit mimpi ( konsonan m )
(ii) sayang nyanyian rimba ( konsonan n )

9. Pengunaan nada lembut dan romantis sesuai dengan pernyataan ketenagan, kedamaian dan keindahan suasana alam di pinggir sawah yang cuba digarapkan oleh penyajak

CONTOH SOALAN 3

Baca dengan teliti sajak " ANJUNG TUJUH BALAI ISTANA SELAMAT DATANG PADUKA TUAN ( M/S 114 ) " oleh Zaihasra kemudian huraikan unsur keindahan yang terdapat dalam sajak tersebut

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Pemilihan kata atau diksinya indah, tepat dan berkesan, contoh:

cindai, untai, tinta

2. Susunan kalimat atau baris-barisnya puitis dan indah, contoh:

(i) bunga penyeri
(ii) keserasian dan keakraban
(iii) mimpi manis

3. Penggunaan kata-kata sambut-bersambutan, contoh:

(i) sanjung menyanjung
(ii) salam berjabat kata bersambut

4. Penggunaan unsur personafikasi, contoh:

(i) utara selatan sanjung-menyanjung
(ii) kota dengan kecekalannya
(iii) menghimpun hasrat dan keberkatan

5. Penggunaan unsur metafora, contoh:

(i) halaman purba
(ii) tugu semangat
(iii) cermin kewibawaan

6. Penggunaan unsur hiperbola, contoh:

(i) membuahkan mimpi manis
(ii) menanam bunga intelek sepanjang laluan

7. Penggunaan unsur pengulangan kata yang bersifat anafora untuk menguatkan maksud

Contoh: tebarkan, tujuh (rangkap 2)

8. Penggunaan bahasa dalam atau bahasa istana, Contoh:

cindai, tengkolok, daulat

9. Penggunaan unsur asonansi. Contoh:

(i) tujuh anjung, tujuh tanjung ( vokal u )
(ii) hari ini di halaman purba negeri tercinta ( vokal i )

10. Penggunaan unsur aliterasi. Contoh:

(i) tujuh tengkolok ikatkan janji ( konsonan t )
(ii) membuah mimpi manis ( konsonan m )

 

Soalan 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6

wb01059_.gif (1899 bytes)

MESEJ / PENGAJARAN

wb01059_.gif (1899 bytes)

Pendekatan

1. Pelajar-pelajar perlulah memahami isi atau maksud sesuatu puisi terlebih dahulu.
2. Jawapan yang diberi perlulah berunsurkan nasihat, mendidik atau mengajar.
3. Beri contoh kiranya diminta.

CONTOH SOALAN 4

Baca dengan teliti sajak " PEMBERSIHAN ( M/S 99 ) " oleh Rahman Shaari kemudian nyatakan pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut

CADANGAN ISI JAWAPAN

Pengajaran:
1. Menjaga kebersihan alam sekitar adalah tanggung jawab bersama.

2. Kemajuan fizikal, kebersihan dan keindahan alam sekitar tidak ada ertinya jika nilai peribadi dan budaya yang murni diabaikan.

3. Kerana kepentingan-kepentingan tertentu kita tidak sepatutnya menghalang golongan miskin daripada mencari rezki.

4. Pembangunan fizikal dan material perlulah sehaluan dengan nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan.

CONTOH SOALAN 5

Telitikan sajak " APA DITAKUTKAN PADA MALAM ( M/S 78 ) " karya A. Ghaffar Ibrahim kemudian nyatakan apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penyair.

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Manusia perlulah tabah dan jangan mudah berputus asa untuk mencapai apa yang dicitakan

2. Tidak ada kejayaan yang boleh dicapai dengan mudah tanpa menempuh cabaran dan dugaan

3. Manusia tidak perlu takut dengan kekecewaan dan kegagalan. Malah semua itu boleh dijadikan asas dan panduan untuk lebih berhati-hati untuk terus mengejar cita-cita

CONTOH SOALAN 6

Baca dengan teliti sajak " SUSILA ( M/S 80 ) " oleh Kemala kemudian nyatakan mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak.

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Dalam menjalani kehidupan yang baik dan sempurna, Islam menuntut umatnya supaya berbudi bahasa luhur, berakhlak mulia dan bersopan santun.

2. Kasih sayang, bertolak-ansur, bertimbangrasa dan sebagainya adalah nilai-nilai kemanusiaan yang perlu ada dalam diri manusia

3. Nilai-nilai kemanusiaan yang murni hendaklah dipupuk dan menjadi pegangan hidup manusia.

 

Soalan 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6

wb01059_.gif (1899 bytes)

Isi || Tema || Bentuk || Bahasa || Nada || Perasaan || Bunyi
Keindahan || Mesej || Perbandingan

wb01059_.gif (1899 bytes)
Serambi | Diriku | Famili | Warung | Koleksi | Link | Carian
Home || Up || Next