" Penduduk dunia ini terbahagi kepada tiga golongan;
golongan membuat peristiwa yang ternyata amat sedikit bilangannya,
golongan penonton peristiwa yang berlaku di depan mereka tanpa berbuat apa-apa,
dan golongan yang tidak tahu menahu tentang diri mereka sendiri
dan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku. "

( Jean Jacques Rousseau )

wb01059_.gif (1899 bytes)

Isi || Tema || Bentuk || Bahasa || Nada || Perasaan || Bunyi
Keindahan || Mesej || Perbandingan

BAHASA

Soalan 1 || 2 || 3 || 4

wb01059_.gif (1899 bytes)

Pendekatan

1. Untuk menjawab soalan mengenai bahasa ini pelajar-pelajar perlulah membincangkan aspek kata-kata, rangkaikata dan ayat yang digunakan oleh penyairnya samada sesuai, berkesan, indah
( puitis ) atau tidak.

2. Pelajar-pelajar juga perlu ada pengetahuan tentang ragam atau unsur bahasa yang digunakan oleh penyair seperti personafikasi, metafora, semile, perlambangan, alusi, sinkof dan lain-lain lagi.

3. Contoh-contoh yang sesuai perlulah diberi untuk menguatkan setiap unsur bahasa yang dibincangkan itu.

4. Gunakan bahasa biasa. Jawapan tidak perlu melerek dan tumpukan kepada kehendak soalan.

CONTOH SOALAN 1

Baca dengan teliti sajak " GADIS DAN AYAT SUCI ( M/S 75 ) " oleh Usman Awang kemudian huraikan penggunaan bahasa sajak tersebut.

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Bahasa yang digunakan puitis / berkesan / sesuai dengan pemikiran dan suasana harmoni yang cuba digarapkan oleh penyajak.

2. Pemilihan katanya puitis / indah / berkesan
contoh: beralun, bertirai, arakan, ranum dan sebagai nya.

3.Ungakapan / rangkaikata yang digunakan juga puitis / indah / berkesan
contoh: beralun lagu, di sayap angin malam, langit bertirai sepi, mengocak ke bintang terserak

4. Unsur bahasa yang digunakan:

1. Personafikasi
contoh: redup menyusup, awan berarak kembang-kembang segar senyum,bisik daun-daun

2. Metafora
contoh: sayap angin malam,bertirai sepi,bibir syurga

3. Pengulangan
contoh: suara yang manis dalam bisik daun-daun, berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali

4. Hiperbola
contoh: gema merdu meresap mengocak ke bintang terserak, lalu melayah menurun mengusap puncak gunung, melayang manis mencapai bukit-bukit gondol

5. Singkatan / sinkof
contoh: ku, tak

6. Imajan
contoh: daun-daun, malam, gunung, awan,

CONTOH SOALAN 2

Baca dengan teliti sajak " TANYALAH DIRI ( M/S 137 ) " Maarof Saad kemudian huraikan penggunaan bahasa sajak tersebut

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Bahasa yang digunakan oleh penyajak berkesan dan sesuai dengan pemikirannya yang mempersoalkan tentang perjuangan.

2. Bahasanya bukan saja mudah difahami tapi juga prosaik.
contohnya:

Tika melewati A Famosa
tergamik sejarah masa lalu
masa keris dan kedaulatan
tak dapat membenteng kemaraan
orang-orang Portugis
dengan kepala ilmu baru
menghujani kota Melaka dengan peluru
dan memaksa sultan lari ke hulu.

3. Kalimat / Ungkapannya puitis dan indah

contoh: membenteng kemaraan,dicairkan oleh pemimpin, merundukkan rantau, tergamit sejarah

4. Unsur bahasa yang digunakan:

1. Personafikasi
contoh: Tergamit sejarah masa lalu, Melaka sudah lebih 30 tahun mengenal nilai kemerdekaan

2. Metafora
contoh: menghujani kota Melaka, dicairkan oleh pemimpin

3. Pengulangan:
contoh: tak dapat, Tuah, Tanyalah

4. Alusi
contoh: Tika melewati A Famosa, Sedang Tuah dihukum bunuh, Portugis, Belanda, Inggeris tidak betah lagi bermain untung

5. Singkatan/sinkof
contoh: tika. tak

6. Bahasa asing atau Inggeris
contoh: gold, gospel, glory

CONTOH SOALAN 3

Telitikan sajak " TASIKMU TIDAK AKAN BERKOCAK ( M/S 105 ) " karya Adi Badiozaman Tuah,dan huraikan penggunaan bahasa sajak tersebut

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Bahasa yang digunakan tepat / berkesan / sesuai dengan pemikiran dan maksud yang ingin disampaikan

2. Pemilihan kata-katanya juga sesuai dan berkesan

contoh: berkocak, berpandu, meniti, menuruni

3. Ungkapan / rangkaikata yang digunakan juga puitis dan berkesan

contoh: angin dingin, tangga waktu,menuruni lurah waktu

4. Unsur bahasa yang digunakan

1. Pengulangan
(a) Pengulangan baris - contoh: kukira tasikmu tidak akan berkocak ( baris 1, 13, dan 19 ), ke permukaan airmu ( baris 5 dan 16 ), kerana aku ( baris 18 dan 25 )
(b) Pengulangan rangkaikata - contoh: di hujung dahan ( baris 3 dan 26 ), daun hijau ( baris 7 dan 26 )
(c) Pengulangan kata - contoh: aku ( baris 2, 6, 14, 18, 25, 28, 32 ), dahan ( baris 3, 4, 9, 26 )

2. Metafora
contoh: tangga waktu, lurah waktu,

3. Semili
contoh: aku adalah daun hijau, aku adalah angin dingin dari perdalaman

4. Personafikasi
contoh: meniti tangga waktu, menuruni lembah waktu

5. Simbolik atau perlambangan
contoh: aku dilambangkan kepada generasi muda, daun hijau dilambangkan kepada usia yang masih muda dan mentah, tangga waktu dilambangkan kepada gerak perjalanan masa

6. Inversi
contoh: bila gugur aku sepatutnya bila aku gugur, bila bertiup aku sepatutnya bila aku bertiup

7. Imajan
contoh: tasik, daun, gunung, angin ( imej-imej alam )

CONTOH SOALAN 4

Unsur PERSONAFIKASI, METAFORA dan SEMILE merupakan unsur gaya bahasa yang jelas kelihatan dalam sajak " KARANG ( M/S 117 ) " karya Kemala ini. Apakah yang dimaksudkan dengan unsur-unsur gaya bahasa itu dan berikan contoh-contoh yang sesuai

CADANGAN ISI JAWAPAN

PERSONAFIKASI

MAKNA:
Personafikasi ialah unsur perorangan iaitu pemberian sifat-sifat manusia kepada objek atau benda- benda yang bukan manusia

CONTOH:
(i) karang yang merentang panjang
(ii) menusuk dada lembut puteri laut

METAFORA

MAKNA:
Metafora ialah perbandingan atau kiasan daripada kata-kata yang ringkas, padat dan tersusun rapi yang biasanya terbentuk daripada dua perkataan. Ia di kenali juga sebagai kiasan benda.

CONTOH:
(i) amuk debur                                         (ii) gamitan di pantai

SEMILE

MAKNA:
Kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai yang sama. Selalunya memakai kata banding " seperti, laksana, persis, bak, umpama macam dan lain- lain lagi" untuk membandingkan sesuatu objek dengan objek yang lain.

CONTOH:
(i) Seperti pisau mengilau                       (ii) Seperti mata pedang

 

Soalan 1 || 2 || 3 || 4

wb01059_.gif (1899 bytes)

Isi || Tema || Bentuk || Bahasa || Nada || Perasaan || Bunyi
Keindahan || Mesej || Perbandingan

wb01059_.gif (1899 bytes)
Serambi | Diriku | Famili | Warung | Koleksi | Link | Carian
Home || Up || Next