Tabung Harapan Ihsan Pelajar Ansara
Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia

RINGKASAN EKSEKUTIF
 

 

Pengenalan
Ringkasan Eksekutif

Diari 2004/2005
 

Laporan Program
Bengkel Kecemerlangan SPM
How to Score

Seminar Motivasi Keibubapaan
Jom Menuju Success
>
di Melaka
>
di Negeri Sembilan

Program Bantuan Pakaian Seragam Canggih
Program Pakaian Seragam Terpakai

Tuisyen Mutiara Pertiwi

Cadangan Program 2005
Smart HIP Bersama UiTM
How to Score 2005
Suntikan Ransangan Tingkatan 1 & 4
Pemakanan Sihat

Lain2
K
ertas Kerja Penubuhan
Laporan Bergambar
Title 3
Title 4
Title 5
Title 6

“Penubuhan Tabung HIP adalah sebagai platform untuk membantu para pelajar tanpa mengira bangsa dan juga agama bagi mengembangkan lagi potensi mereka dalam bidang pendidikan. Ini kerana bidang pendidikanlah yang akan memecahkan kepungan mereka daripada masalah kemiskinan yang mereka lalui selama ini. Yang mana sebilangan daripada ahli-ahli ANSARA juga telah bebas daripada kepungan kemiskinan kerana mendapat peluang untuk meneruskan pengajian.”

 Petikan di atas  adalah kata-kata daripada surat yang dihantar kepada warga korporat, badan-badan dan institusi-institusi dalam menjayakan Telethon ANSARA 2004 yang lalu. Ia mengambarkan harapan serta cita-cita TabungHIP dalam menggerak dan mengangkat agenda bangsa dan negara. Ia adalah janji TabungHIP agar tidak mensia-siakan setiap sen yang didermakan memberi impak dan kesan yang besar dan berpanjangan.

 Langkah pertama sebelum penubuhan Tabung HIP secara rasmi, telah menaja beberapa buah pusat tuisyen Mutiara-Pertiwi di kawasan perkampungan Subang dan Sg Buloh. Ini telah membuka ruang kepada sebilangan kecil para pelajar untuk merasa nikmat tuisyen seperti pelajar lain. Nikmat inilah yang telah mengubah pencapaian akademik mereka dengan mendapat keputusan yang nyata berbeza berbanding sebelum mengikuti kelas tuisyen ini. Hasil kejayaan ini telah terbukti dengan kejayaan 2 pelajar mendapat 8A dalam PMR 2004 dan 3 pelajar mendapat 9A dalam SPM 2004. Tabung HIP sama sekali tidak menyangka  antara pelajar yang ditaja memperoleh kejayaan sedimikian. Kejayaan pelajar ini merupakan kejayaan Tabung HIP juga. Harapan Tabung HIP untuk program tuisyen amat besar sekiranya ahli-ahli Ansara dapat membantu mengatasi kekurangan guru-guru sukarelawan agar dapat menambah lagi bilangan pusat tuisyen yang sedia ada. Harapan yang sama juga diharapkan kepada ketua-ketua masyarakat agar turut sama berganding bahu mengembangkan program ini. 

Tabung HIP memulakan langkah yang berikutnya dengan mengadakan Bengkel Kecemerlangan SPM 2004 di  lima kawasan Parlimen. Program ini melibatkan hampir 1,500 peserta dari 20 buah sekolah. Gerak kerja program bermula pada 11 Oktober hingga 22 Oktober 2004 bagi mendekati para pelajar, agar diberi sentuhan terakhir kepada mereka sebelum menduduki peperiksaan. Setiap pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama selalunya mempunyai idaman agar mereka mendapat bimbingan daripada Guru MRSM. Ini berdasarkan pengalaman yang luas yang selalu menjadi buah mulut sesiapa sahaja dalam mendidik warga MRSM untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Ternyata  bagai mengantuk disorongkan bantal dimana dalam program ini telah mendapat sokongan yang padu dari Guru MRSM dengan kesudian mereka menyampaikan segala pengalaman yang sebelum ini hanya tercurah kepada pelajar mereka di MRSM sahaja.

                 Seterusnya percubaan Tabung HIP untuk Program Used School Uniform For Charity Campaign pada 3 hingga 12 Disember 2004 yang diadakan di kawasan Subang Jaya. Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada beberapa pihak seperti JKP MPSJ, AJK masjid dan AJK kuil di sekitar Subang Jaya. Sambutan yang diberikan amat menggalakan apabila hasil kutipan melebihi jangkauan RM 20,000 dan ini menandakan program ini berjaya menarik hati penduduk Subang Jaya untuk menghulurkan sumbangan.

 Program seterusnya antara 17 Disember 2004 hingga 15 Februari 2005 iaitu Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah bersama KUB dengan baju sekolah yang terkenal Canggih. Tabung HIP berasa adalah perlu untuk seseorang pelajar itu merasa nikmat untuk memakai pakaian sekolah serba baru bersama-sama pelajar yang bernasib lebih baik dari mereka. Dalam usaha menjayakan program ini, Tabung HIP telah menyarankan sistem baucer untuk mengatasi masalah utama iaitu saiz, stok pakaian dan penghantaran. Ternyata saranan ini diterima baik oleh pihak KUB dan bersedia mencetak baucer untuk keperluan program malah KUB juga sanggup menangung kos pelancaran program yan diketuai oleh CEO KUB En Izham Yusoff. Program ini juga mendapat perhatian Ketua-ketua Masyarakat Tempatan untuk turut sama mengagihkan baucer ini melalui program-program penyerahan baucer di Lembah Pantai, Pandan, Shah Alam dan lain-lain tempat.

 

 

 

 

 

 

 


 Pada 29 Januari dan 12 Februari, 2005 berlangsung program Motivasi Keibubapaan dan Jom Menuju Success di selatan tanah air. Tabung HIP berpendapat untuk mencapai kejayaan bukanlah perkara mudah dan inilah yang mencetuskan ide menjalankan program ini. Tanpa semangat dan ransangan tiada siapa yang mampu berjaya, maka Tabung HIP merasakan perlu untuk mendekati kedua-dua pihak iaitu pemimpin keluarga dan pelajar bagi menghasilkan anak-anak yang cemerlang. Melalui program ini juga Tabung HIP melihat Ketua-ketua Masyarakat menyambut baik dengan memberikan ide agar Tabung HIP terus menjalankan program di kawasannya.

 Program-program yang telah dijalankan berobjektifkan pembangunan akademik dan potensi pelajar. Ia dijalankan sesuai dengan keperluan pelajar yang dahagakan ilmu, maklumat dan panduan. Tabung HIP amat berpuas hati hasil daripada maklumbalas peserta program. Pihak sekolah dan pemimpin setempat memberikan sokongan tidak berbelah bagi termasuk persiapan dan kewangan. Ini terbukti program Tabung HIP seperti  Program Motivasi Keibubapaan dan Jom Menuju Success pihak Tabung HIP membelanjakan kos program sebanyak 20%. Selebihnya iaitu 80% ditampung bersama antara pihak sekolah, PIBG dan pemimpin setempat. Ini meyakinkan Tabung HIP bahawa kawasan setempat mempunyai komitmen terhadap program pendidikan dan kemasyarakatan. Tabung HIP akan meneruskan konsep sedemikian kerana yakin dengan sokongan padu komuniti setempat. Ini boleh dijadikan sebagai landasan dan konsep kepada Tabung HIP di mana faktor kewangan tidak menjadi halangan dalam menjalankan program. Dijangka nilai program untuk 2005 melebihi nilai RM 700,000.

 Tabung HIP sedang merangka platform bagi Ecxo dan ahli-ahli ANSARA mencurah bakti ke dalam program-program Tabung HIP di seluruh negara. Ini memandangkan kekuatan keahlian seramai 40,000 serta tahap keintelektualan yang dimiliki oleh ahli-ahli ANSARA dapat menggerakkan semaksima mungkin program-program Tabung HIP. Harapan Tabung HIP amatlah besar sekiranya setiap warga Ansara turut sama memperkasakan nama Tabung HIP dengan memperuntukkan sehari dalam setahun melalui program-program yang akan dianjurkan seperti ceramah kerjaya dan kaunseling.

                 Falsafah Tabung HIP bukanlah sekadar menghulurkan bantuan tetapi prinsip yang dipegang, terutamanya menambah nilai mengikut formula 20:80 iaitu 20% oleh Tabung HIP dan 80% ditanggung oleh masyarakat tempatan untuk sesuatu program adalah agenda utama. Segala prinsip ini telah telah diuji melalui program eksperimen seperti Used School Uniform For Charity Campaign berjaya mencapai matlamatnya. Perkara ini telah menjadikan ransangan untuk Tabung HIP terus menggunakan formula tersebut.  

                Anggaran belanjawan untuk 2005 mempunyai lebihan belanja sebanyak RM 220,000 dan nilai ini bukanlah untuk kegunaan pejabat tetapi akan diabadikan kedalam program-program yang dicadang tapi belum dikaji selidik secara khusus.

Harun AminulRashid
Tabung HIP ANSARA

 harunarashid@yahoo.com
+60193796235
+60358804661
11hb Mac 2005