Tabung Harapan Ihsan Pelajar Ansara
Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia

SEMINAR MOTIVASI KEIBUBAPAAN
Jom Menuju Success 2004
 

 

Pengenalan
Ringkasan Eksekutif
Diari 2004/2005
 

Laporan Program
Bengkel Kecemerlangan SPM
How to Score

Seminar Motivasi Keibubapaan
Jom Menuju Success
>
di Melaka
>
di Negeri Sembilan

Program Bantuan Pakaian Seragam Canggih
Program Pakaian Seragam Terpakai

Tuisyen Mutiara Pertiwi

Cadangan Program 2005
Smart HIP Bersama UiTM
How to Score 2005
Suntikan Ransangan Tingkatan 1 & 4
Pemakanan Sihat

Lain2
K
ertas Kerja Penubuhan
Laporan Bergambar
Title 3
Title 4
Title 5
Title 6

Anjuran:

Gerakan Desa Wawasan

Kg Haji Sulaiman

Linggi, Negeri Sembilan
Pengerusi: Puan Noraini bte Ahmad

Tel: 013-6844 857

 

dengan kerjasama:

Tabung Harapan Ihsan Pelajar

Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia

 

Tarikh:

12 hb. Februari, 2004 (Sabtu)

 

Tempat:

Balai Raya Kg. Haji Sulaiman

 

Masa:

9.30 pagi – 4.30 petang

 

Perasmian Penutup:

YB Dr. Awaluddin bin Said

ADUN Kota

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Pusat Khidmat Masyarakat

PT-3 Pejabat Khidmatr Dun Kota

Tingkat Atas, Pekan Kota

71350 Kota Negeri Sembilan

Tel/Fax: 06-4384 389

H/P: 019-310 1414

 

 

 

 

Keluarga Asas Kemajuan Negara. Ungkapan ini sering dijadikan landasan dan dasar kerajaan ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang membangun ke arah negara maju menjelang Wawasan 2020.

                Dalam mengejar arus kemodenan, sering kali kita lupa mengenai asas jati diri, akhlak dan nilai moral serta hubungan sesama anggota masyarakat. Tanpa prinsip yang luhur, sukar bagi kita melahirkan sebuah masyarakat yang dapat membangunkan generasi di masa hadapan. Ia bermula daripada peranan yang harus dipraktikkan oleh semua pihak termasuk pemimpin, ibubapa dan remaja.

Oleh yang demikian, di atas kesedaran ini maka lahirlah Program “Famili Ku Bahagia” dengan tema “Ke Arah Pembentukan Keluarga Cemerlang”

 Objektif Program:

  • Mendidik para remaja agar mengasihi keluarga

  • Menjadikan para remaja agar berakhlak mulia, berilmu dan berwawasan

  • Mendorong para ibubapa agar menjadikan keluarga sebagai sebuah institusi terpenting ke arah keutuhan masyarakat dan negara

  • Menyedarkan para ibubapa akan peranan dan tanggungjawab mereka terhadap sahsiah dan akademik anak

 

Pengisian Program
Diskusi 1- Hebatnya…. Aku seorang remaja

·         Ciri-ciri remaja cemerlang

·         Bagaimana untuk menjadi remaja cemerlang

·         Bagaimana menjadi pelajar cemerlang

 

Diskusi 2- Ayuh Remaja… Untukmu Malaysia

·         Peranan remaja di dalam keluarga

·         Peranan remaja sebagai anggota
  masyarakat yang bertangungjawab

·         Senario remaja Malaysia hari ini

·         Peluang dan cabaran remaja Malaysia

·         Ke IPT dan Kerjaya.

·         Model Remaja Malaysia

 

Ceramah Keibubapaan-
Keluarga Bahagia – “Bagaimana Nak Bina”

·         Ciri-ciri keluarga cemerlang

·         Bagaimana nak bina Keluarga Cemerlang

·         Cabaran dalam pembentukan Keluarga Cemerlang

·         Keluarga Cemerlang Negara Gemilang- apakah kaitan
    antara satu sama lain.

 

Maklumbalas daripada Ibubapa terhadap pengisian ceramah bertajuk:

 

En. Zainal Abidin bin Nordin.

Umur: 50 tahun. Bilangan Anak 6 orang. 3 masih bersekolah.

Pendekatan yang disyorkan oleh penceramah amat baik dan sesuai dalam konteks mendidik anak-anak pada hari ini. Lebih-lebih lagi dalam era mencabar masa kini. Beliau bersetuju dengan pandangan penceramah iaitu pentingnya komunikasi antara ibubapa dan anak.

 

En. Azlan bin Nor

Umur: 40 tahun. Bilangan anak 5 orang. 4 masih bersekolah

Ceramah yang disampaikan amat menepati keperluan peserta dimana berdasarkan pengalaman sendiri, ibubapa perlu memainkan peranan dalamn mencorak ana-anak. Kegagalan ibubapa dalam mendidik anak-anak mungkin kurangnya pengetahuan mengenai cara-cara terbaik untuk menegur, mendisiplin dan mendidik.

 

Puan Khamsiah bte Omar

Umur: 46 tahun. Bilangan anak 5. 3 masih bersekolah.

Penceramah telah memberikan panduan yang cukup baik dan wajar diamalkan dalam mencapai kebahagian. Beliau akui kini zaman cukup berbeza dengan zaman baliau membesar. Tanpa dorongan dan perhatian ibubapa sudah pasti anak-anak mudah terjebak kepada perkara-perkara negetif.

 

Pihak TabungHIP mendapat maklumat sehari sebelum program (11 Feb), para penduduk di Kg Haji Sulaiman telah mengadakan aktiviti gotong-royong dalam membuat persiapan. Secara tidak langsung program TabungHIP telah memberi impak positif dalam menyemai nilai-nilai kemasyarakatan di kalangan penduduk-penduduk kampung 

 

 

aturcara program

(Sesi Pagi – untuk Remaja)

9.00 – 9.30 pagi                      - Pendaftaran untuk Remaja

 9.30 – 10.30 pagi                    - Diskusi 1 - Hebatnya… 
                                                        aku seorang REMAJA

10.30 – 11.00 pagi                  - Kudapan

11.00 – 12.00 tengah hari     - Diskusi 2   Ayuh Remaja…
                                                        Untukmu Malaysia

12.00 -                                        - Bersurai

- Sesi bergambar

 

(Sesi Petang – untuk Ibubapa)

2.15 – 2.30 petang - Pendaftaran ibubapa

2.30 – 4.00 petang - Ceramah Keibubapaan

                                     Keluarga Bahagia-
                                     Bagaimana untuk Membina

4.00 – 4.30 petang - Ucapan oleh Pengerusi Gerakan

                                      Desa Wawasan Kg Haji Sulaiman

 

                                   - Perasmian penutup oleh             
                                     YB Dr. Awaluddin bin Said

                                     ADUN Kota, Negeri Sembilan

4.30 -                        - Bersurai