![]() |
Tabung Harapan
Ihsan Pelajar Ansara Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia
Program Bantuan
lebih 250
sekolah di seluruh negara
|
|||
Pengenalan Ringkasan Eksekutif Diari 2004/2005
Laporan Program
Cadangan Program 2005
Lain2 |
Program bantuan pakaian seragam yang diadakan secara kerjasama TabungHIP dengan KUB Berhad melalui jenama ‘Canggih’ adalah atas kesedaran untuk mengajak badan korporat bersama-sama membantu pelajar-pelajar yang kurang kemampuan. Melalui program bantuan ini juga TabungHIP berpendapat pakaian seragam yang disumbangkan kepada pelajar-pelajar ini adalah suatu inisiatif tersirat bagi menaikkan motivasi pelajar dalam menharungi hari-hari persekolahan dengan semangat yang tinggi. Atas dasar semangat inilah dapat menjadikan para pelajar terbabit mampu mendapatkan keputusan yang cemarlang kelak.
tujuan program
objektif program 1. Menimbulkan rasa yang lebih selesa dikalangan pelajar miskin ketika seisi persekolahan seperti mana dikalangan pelajar yang berada. 2. Membangkitkan semangat kepada pelajar dalam menghadapi persekolahan harian.
penglibatan
|
RUMUSAN Pengenalan sistem baucer yang dianjurkan oleh TabungHIP merupakan yang pertama kali dilaksanakan oleh pihak KUB. Terdapat beberapa kelebihan dengan penggunaan baucer ini iaitu:- - mengurangkan kos penghantaran - menghilangkan kesulitan mendapatkan saiz pelajar - memudahkan dari segi stok pakaian
Daripada program bantuan ini TabungHIP telah berjaya menyalurkan bantuan dengan semaksima yang mungkin dengan mengeluarkan kos yang rendah. Dari segi nilaian harga sepasang yang dibeli iaitu RM33.33 manakala sekiranya mengikut harga pasaran ia mencapai antara RM35 hingga RM65 sepasang. Dengan itu jumlah yang sepatutnya dikeluarkan oleh TabungHIP melebihi RM150,000.00.
Segala bantuan yang disalurkan tidak meliputi Sabah dan Sarawak ini kerana kedai Canggih hanya terdapat di Semenanjung Malaysia sahaja. Harapan TabungHIP agar KUB mampu bertapak di sana dan melalui program yang sama TabungHIP dapat menyalurkan bantuan denga lebih menyeluruh.
Melalui kerjasama ini juga TabungHIP mampu bersama-sama mengadakan majlis pelancaran yang agak besar tanpa mengeluarkan sebarang perbelanjaan kerana telah ditanggung oleh pihak KUB. Pelancaran ini telah diadakan di dewan utama Hotel Singgahsana pada 17 Disember 2004 yang mana TabungHIP telah diketuai oleh Dato’ Abdul Mutalib Alias selaku Timbalan Presiden Ansara hadir untuk proses penyampaian bantuan permulaan kepada 56 orang pelajar miskin dari Sentul dan juga Kg Subang.
Pada 1 Januari 2005 Majlis penyerahan telah diadakan oleh UMNO bahagian Bera di Dewan UMNO Bahagian Bera yang dihadiri oleh YB Ismail Sabri Yaakob dan YB Haji Hamzah Hj Ibrahim. Pada 1 Januari 2005 juga diadakan majlis penyerahan di Bangsar yang mana penyerahan telah dilakukan oleh YBhg Dato’ Sharir Abdul Jalil iaitu Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai mewakili Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Dato Sharizat Abdul Jalil kepada 100 orang pelajar miskin di sekitar Pantai Dalam, Kg Pasir dan Kg Kerinchi.
Pada 2 Januari 2005 pula Puteri UMNO Negeri Selangor telah mengadakan majlis penyerahan di Plaza Alam Sentral dengan tema ‘Jom Ke Sekolah’. Program ini melibat hampir 300 pelajar miskin yang dibawa dari seluruh pelusuk negeri oleh Puteri UMNO dan dihadiri oleh Dato’ Abdul Rahman Palil mewakili Menteri Besar Selangor untuk menyerahkan baucer tersebut. Pihak TabungHIP diwakili oleh Dato’ Abdul Mutalib Alias bagi mengiringi Dato’ Abdul Rahman. Juga turut menyerikan majlis, Puan Nora Azmin Raduan, Ketua Puteri UMNO Negeri Selangor serta Exco dan ahli Ansara.
Pada 18 Januari 2005, suatu majlis penyerahan telah diadakan di kawasan Pandan yang mana telah dihadiri oleh ADUN Cempaka YB Dato’ Mad Aris B Mad Yusof untuk menyampaikan bantuan kepada 50 orang pelajar. Turut hadir sama Dato’ Abdul Mutalib Alias selaku wakil TabungHIP.
TabungHIP sangat berbesar hati dengan Program penyerahan baucer di Kelantan yang mana telah disampaikan oleh Bendahari Agung Ansara YB Sazmi Miah yang juga merupakan Ahli Parlimen Machang kepada pelajar-pelajar di seluruh Kelantan seramai 150 orang.
Dengan pelancaran dan program penyerahan ini pihak TabungHIP telah mendapat liputan yang meluas oleh media masa samada media cetak dan juga media elektronik. |