Tabung Harapan Ihsan Pelajar Ansara
Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia

Program
PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH TERPAKAI

kawasan perumahan subang jaya
majlis perbandaran subang jaya

 

Pengenalan
Ringkasan Eksekutif
Diari 2004/2005
 

Laporan Program
Bengkel Kecemerlangan SPM
How to Score

Seminar Motivasi Keibubapaan
Jom Menuju Success
>
di Melaka
>
di Negeri Sembilan

Program Bantuan Pakaian Seragam Canggih
Program Pakaian Seragam Terpakai

Tuisyen Mutiara Pertiwi

Cadangan Program 2005
Smart HIP Bersama UiTM
How to Score 2005
Suntikan Ransangan Tingkatan 1 & 4
Pemakanan Sihat

Lain2
K
ertas Kerja Penubuhan
Laporan Bergambar
Title 3
Title 4
Title 5
Title 6

program pakaian sekolah terpakai
pendahuluan

Program mengumpul pakaian seragam sekolah terpakai ini tercetus akibat daripada kesedaran pihak TabungHIP dalam menyediakan keperluan asas bagi seseorang pelajar. Tanpa pakaian seragam sekolah seseorang pelajar menghadapi kesukaran untuk hadir ke sekolah. TabungHIP berhasrat menimbulkan rasa kesedaran di kalangan masyarakat untuk menyumbang kepada golongan termiskin bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit.

 

tujuan program

1.      TabungHIP ingin mengumpul pakaian seragam terpakai sebagai salah satu cara menerima sumbangan daripada masyarakat yang prihatin.

2.     TabungHIP akan menyerahkan pakaian seragam terpakai kepada golongan termiskin.

  

objektif program

1.        Memastikan pelajar yang kurang berkemampuan mempunyai barang keperluan asas terutamanya pakaian untuk ke sekolah.

2.        Memastikan pelajar yang di timpa bencana kemusnahan barang keperluan dapat dibantu secepat yang mungkin agar tidak berlaku keciciran dalam pelajaran.

 

jangkamasa dan kawasan program

3hb Disember – 12 hb Disember 2004

di sekitar kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya 


 

penglibatan

TabungHIP berjaya mendapatkan kerjasama daripada beberapa pihak berikut:-

        I.      Majlis Perbandaran Subang Jaya Bahagian Khidmat Masyarakat

      II.      Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Penduduk  Majlis Perbandaran Subang Jaya

a.        Zon 1

b.       Zon 2 dan

c.         Zon 3

   III.      Petronas Dagangan Berhad , KLCC, Kuala Lumpur

    IV.      Kesemua pengusaha-pengusaha stesyen minyak Petronas di sekitar Subang Jaya iaitu di-

a.        SS17

b.       USJ 2

c.         USJ 4

d.       USJ 6

e.        USJ 9 dan

f.         USJ 10

      V.      Pejabat Pos Besar Shah Alam

    VI.      Pejabat Pos Subang Jaya SS15

 VII.      Pasaraya Carrefour Subang Jaya

 

Sukarelawan seramai 25 orang telah terlibat dalam membantu membuat publisiti dan pengumpulan barang dermaan di sekitar Subang Jaya.


 

publisiti

Proses publisiti dengan mengedarkan risalah melebihi daripada 80,000 keping di tempat-tempat berikut:-

i)                     Pelancaran di Temasya ‘Fun Walk 2004’
di Padang 3k Subang Jaya
dengan ihsan Majlis Perbandaran Subang Jaya dan
Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 1, Zon 2 dan Zon 3

ii)                   Kesemua stesyen minyak Petronas di Subang Jaya

iii)                  Kawasan-kawasan perumahan:-

-          USJ 2

-          USJ 3

-          USJ 4

-          USJ 5

-          USJ 6

-          USJ 9

-          USJ 10

iv)                  Pasaraya Carrefour Subang Jaya

v)                   Kawasan meletak kereta di sekitar Subang Jaya

-          SS 15

-          USJ 4

vi)                  Masjid masjid di Subang Jaya

-          USJ 4

-          USJ 9

-          SS 15

vii)                Kuil Buddha SS 13

viii)               Pasar malam di SS 13 Subang Jaya

 

 

 

kawasan pungutan

TabungHIP telah menyediakan beberapa buah kotak untuk di tempatkan di beberapa lokasi iaitu:-

i)                     Padang Kompleks 3K semasa program ‘Fun Walk 5 December 2004’

ii)                   Kesemua Stesyen minyak Petronas di Subang Jaya
di SS17, USJ 2, USJ 4, USJ 6, USJ 9 dan USJ 10

iii)                  Pejabat Pos SS15

iv)                  Pasaraya Carrefour

hasil kutipan

Melalui program ini, TabungHIP telah berjaya mengumpulkan pakaian seragam termasuk kasut sekolah bernilai lebih daripada RM20,000 hanya dalam masa seminggu sahaja.

Segala sumbangan ini telah diagihkan kepada:-

i.         mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri Pantai Timur

ii.        mangsa-mangsa Tsunami di Kota Kuala Muda, Kedah

iii.      rumah anak yatim Persatuan Penyanyang Nur Iman di Sentul dan

iv.      perkampungan orang asli di Batu 12 Gombak

v.        rumah anak yatim Asrama Damai, Kuang

 

Jadual di bawah menunjukkan jenis dan jumlah barangan yang diterima.

Jenis Barangan

Jumlah

Baju Kemeja Sekolah

793

Seluar Sekolah Rendah

279

Seluar Sekolah Menengah

139

Baju Kurung

304

Kain Sekolah Menengah

97

Kain Sekolah Rendah

232

Pinafore sekolah rendah

151

Pinafore Sekolah Menengah

18

Kasut

327

Beg

238

 

 

penghantaran hasil kutipan

Segala penghantaran hasil sumbangan pakaian seragam ini telah dilakukan secara sukarela oleh individu-individu terbabit.

  1. Mangsa banjir oleh Pemuda UMNO Machang

  2. Mangsa Tsunami oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

  3. Rumah Anak-anak Yatim Persatuan Penyanyang Nur Iman oleh En Khairul Amri Mohamed

  4. Perkampungan Orang Asli oleh Ustazah Sharimah

  5. Rumah anak yatim Asrama Damai

 

 

perbelanjaan

Kos perbelanjaan program yang melibatkan

1.        percetakan dan pengedaran risalah publisiti,

2.        penyediaan ‘charity box’

3.        pengangkutan

4.        makan dan minum sukarelawan

berjumlah RM 3682.51 sahaja

 

 

RUMUSAN

i.         Jumlah hasil kutipan menunjukkan program ini berjaya mencapai matlamat yang di inginkan oleh TabungHIP walaupun dengan tenaga sukarelawan yang amat terhad.

ii.        Usaha ini menunjukkan bahawa masyarakat di Subang Jaya adalah sampel masyarakat di banyak tempat di seluruh negara yang amat bermurah hati dalam program-program kemasyarakatan.  

iii.      Di sini juga menunjukkan dengan kos yang rendah TabungHIP mampu mendapatkan pulangan yang berganda dan amat setimpal dengan kerja-kerja yang dilakukkan.

iv.      TabungHIP mengucapkan terima kasih kepada YB Sazmi b Miah kerana sanggup bersusah payah menyediakan pengangkutan untuk menghantar pakaian seragan terpakai ini kepada mangsa-mangsa banjir dan tsunami.

v.        TabungHIP juga mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang program ini berjalan.

vi.      TabungHIP bercadang untuk mengadakan program ini secara tahunan degan lebih tersusun agar mendapatkan hasil yang lebih kerana menyedari setiap tahun para pelajar akan membeli pakaian seragam yang baru.