Tabung Harapan Ihsan Pelajar Ansara
Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia

cadangan dasar SMART HIP
program kemasyarakatan
UiTM bersama ansara

 

Pengenalan
Ringkasan Eksekutif
Diari 2004/2005
 

Laporan Program
Bengkel Kecemerlangan SPM
How to Score

Seminar Motivasi Keibubapaan
Jom Menuju Success
>
di Melaka
>
di Negeri Sembilan

Program Bantuan Pakaian Seragam Canggih
Program Pakaian Seragam Terpakai

Tuisyen Mutiara Pertiwi

Cadangan Program 2005
Smart HIP Bersama UiTM
How to Score 2005
Suntikan Ransangan Tingkatan 1 & 4
Pemakanan Sihat

Lain2
K
ertas Kerja Penubuhan
Laporan Bergambar
Title 3
Title 4
Title 5
Title 6

Kertaskerja ini mencadangkan satu jalinan dan kerjasama pintar antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan ANSARA diwujudkan untuk memberikan didikan dan dorongan sokongan kepada golongan sasar anak melayu/bumiputra yang kurang kemampuan tetapi berpotensi untuk cemerlang dalam penyediaan mereka menghadapai peperiksaan PMR dan SPM. 

 

Universiti Teknologi MARA (UiTM)Sebuah institut pengajian tinggi awam terkemuka negara yang mempunyai cawangan di seluruh negara bermatlamatkan memberi pendidikan kepada golongan bumiputera dalam pelbagai bidang termasuk sains & teknologi.

 

ANSARA:  Sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan oleh Alumni MRSM.  ANSARA aktif dalam kerja amal dan kemasyarakatan.

 

 

latarbelakang

Keciciran dalam bidang pendidikan disebabkan kurangnya dedahan kerana kelemahan sosio ekonomi golongan sasar (bumiputera) telah menjadi salah satu masalah teras yang perlu diberikan tumpuan.  Dasar kerajaan begitu jelas untuk memperbaiki taraf hidup dan meningkatkan pendidikan golongan ini agar tidak terus ketinggalan terutamanya dalam arus perdana yang melihat usaha gigih memajukan negara serta mencapai status negara maju dalam waktu terdekat ini.  Pembangunan sumber tenaga manusia menjadi faktur penentu kejayaan.

 

Beberapa siri perbincangan sejak tahun 2003 telah diadakan antara Prof. Madya Zulkifli Abd. Majid, Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Shah Alam dengan Encik Hasrol Faisal Mat, Pengurus TabungHIP ANSARA demi merealisasikan impian ini.

 


 

objektif program

Kerjasama atau jalinan pintar antara UiTM dan ANSARA ini diharap dapat membantu golongan/kumpulan sasar melalui kaedah:

1.        Memberi dorongan dan sokongan moral serta bimbingan kerjaya.

2.        Kelas bimbingan Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

3.        Kajian bagi mengenalpasti kelemahan dan keperluan golongan sasar serta cadangan tindakan susulan bagi mengatasinya untuk diketengahkan ke pengetahuan pihak kerajaan.

4.        Membantu UiTM melaksanakan program sosial berteraskan akademik yang melambangkan keintelektualan UiTM.

 

kumpulan sasar

Sebagai langkah awalan, tumpuan utama untuk melaksanakan objektif di atas adalah kepada murid sekolah yang akan menduduki Peperiksaan PMR dan SPM yang tinggal di sekitar Shah Alam dan kawasan berhampirannya.  Pihak ANSARA akan membuat kajian dan memilih golongan sasaran ini.

 

 

 

 

kaedah perlaksanaan

Adalah dicadangkan agar projek ini dimulakan di Shah Alam bagi menguji sambutan dan keberkesanan dan kemudiannya pada Fasa 2 ianya akan digerakkan serentak di seluruh negara.

 

Satu jawatankuasa khas bersama (UiTM dan ANSARA) akan diwujudkan untuk merealisasikan impian ini.

 

Pemilihan waktu dan tempoh perlaksanaan akan dipilih dengan sebaiknya agar tidak menjejaskan aktiviti semasa semua mereka yang terlibat.

 

UiTM secara dasarnya perlu menyediakan:

  1. Tenaga pengajar

                 a.        Mahasiswa/i dan pensyarah dari semua Kampus UiTM adalah dijemput untuk memberikan khidmat kepakaran mereka. 

  1. Bilik kuliah dan infrastruktur pendidikan

    1. Semua kampus UiTM yang mengambil bahagian.

 

dan

 

ANSARA perlu menyediakan:

  1. Kurikulum dan alatulis.

  2. Sokongan kewangan.

  3. Sokongan dari Agensi Kerajaan/Swasta.

  4. Publisiti.

 

serta dibantu oleh UMNO Bahagian dan Cawangan (kawasan sasaran)

  1. Pengangkutan.

  2. Peserta.

 

 

Hasil Dari Perlaksanaan Projek

Tiada keuntungan material yang akan dikecapi oleh UiTM mahupun ANSARA.  Namun apa yang lebih menyerlah dan utama adalah:

  1. UiTM melaksanakan satu projek amal berkonsepkan akademik bersekala besar untuk bumiputera bersama satu organisasi/badan bukan kerajaan yang aktif bersesuaian dengan matlamat penubuhannya.  Diharapkan aktiviti ini akan menyerlahkan kegiatan kemasyarakatan UiTM dan warganya secara lebih akademik.

  2. UiTM berpeluang menjalankan penyelidikan yang bersesuaian sepanjang perlaksanaan projek untuk pihak kerajaan.

Mahasiswa/i pula akan didedahkan dengan secara langsung suasana sebenar tentang tanggungjawab dan kesedaran sosial yang perlu dipikul bersama demi bangsa, agama dan negara.

 

kesimpulan

Projek amal khidmat masyarakat kepada golongan bumiputera di luar bandar berteraskan akademik bersekala besar ini dijangka dapat menaikkan imej dan kredibiliti UiTM dan mahasiswa/i nya.  Projek ini adalah sejajar dengan dasar penubuhan UiTM dan seiring dasar sosial kerajaan untuk meningkatkan pendidikan demi menyokong pembangunan luar bandar yang mampan.