![]() |
Tabung Harapan
Ihsan Pelajar Ansara Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia
SEMINAR MOTIVASI KEIBUBAPAAN
|
|||
Pengenalan Ringkasan Eksekutif Diari 2004/2005
Laporan Program
Cadangan Program 2005
Lain2 |
Anjuran:
dengan kerjasama:
Tarikh:
Tempat:
Masa:
|
Keluarga Asas Kemajuan Negara. Ungkapan ini sering dijadikan landasan dan dasar kerajaan ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang membangun ke arah negara maju menjelang Wawasan 2020. Dalam mengejar arus kemodenan, sering kali kita lupa mengenai asas jati diri, akhlak dan nilai moral serta hubungan sesama anggota masyarakat. Tanpa prinsip yang luhur, sukar bagi kita melahirkan sebuah masyarakat yang dapat membangunkan generasi di masa hadapan. Ia bermula daripada peranan yang harus dipraktikkan oleh semua pihak termasuk pemimpin, ibubapa dan remaja. Objektif Program:
Maklumbalas daripada Ibubapa terhadap pengisian ceramah bertajuk:
Kemahiran Keibubapaan
Mendidik Anak-anak Ke Arah Kecemerlangan Nama: Puan Esah Umur: 55 tahun Bersekolah: Cucu Tahun 6 Pengisian: Amat baik. Praktikal: Amat praktikal dan wajar dilaksanakan oleh semua ibubapa Lain lain: Akan datang lagi ke program sebegini dan akan terus memberi sokongan moral kepada cucu bagi menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini.
Nama: Puan Rosnani bte Mohd Zin Umur: 38 tahun Bersekolah: Anak Tahun 3 dan 4 Pengisian: Bertepatan dengan kehendak saya agar diberi panduan untuk berkomunikasi dengan anak serta cara-cara membantu mengembangkan potensi anak Sebelum menyertai: Tidak tahu cara-cara berkomunikasi dengan anak Praktikal: Amat sesuai dilaksanakan seperti disarankan oleh penceramah. Lain-lain: Akan menyertai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha memajukan pencapaian anak
Nama: Puan Rashidah bte Tukimin Umur: 31 tahun Bersekolah: Tahun 2 dan 4 Pengisian: Dapat belajar sesuatu yang baik ketika berhadapan dengan tingkah laku anak-anak. Cara menangani kemarahan ketika anak melakukan kesalahan amat baik kerana tindakan luar kawal ibubapa akan menyebabkan perasaan benci anak kepada ibubapa. Praktikal: Sungguh praktikal dan wajar dijadikan panduan kepada ibubapa. Bersetuju berdasarkan pengalaman sendiri di mana jika jarang berkomunikasi dengan anak akan menyebabkan anak berasa terpencil dan tidak mesra dengan ibubapa. Lain-lain: Memuji pihak sekolah kerana mengadakan program Ceramah Motivasi Keibubapaan. Amat bermanfaat. Nama: En. Mohd. Noor bin Arsad Umur: 53 tahun Bersekolah: Tahun 4 dan UPSR Tujuan menyertai program: Ingin mengetahui cara-cara terbaik dalam mendidik anak. Hasilnya penceramah telah memberi beberapa panduan yang amat baik untuk diamalkan. Pengisian: Amat memuaskan Praktikal: Amat praktikal. Berdasarkan pengalaman sendiri anak pertama hingga ke empat dididik agak tegas. Kesannya kurang cemerlang di dalam akademik dan kini bekerja biasa. Anak ke lima dididik dengan kata-kata semangat, kurang marah, sering memberi kata-kata perangsang, kini sedang mengikuti program kejuruteraan di Jepun. Lain lain: Menyokong penuh 100% agar apa yang disarankan oleh penceramah wajar diamalkan oleh semua ibubapa.
aturcara program 8.00 pagi - Pendaftaran
8.30 pagi - Majlis dimulakan Ucapan Guru Besar SM Teluk Berembang Ucapan oleh Pengarah Program 9.00 pagi - Motivasi Keibubapaan Tajuk: Kemahiran Keibubapaan Mendidik Anak-anak Ke Ke Arah Kecemerlangan dari segi Sahsiah dan Akademik Oleh: En. Mohsin bin Hamdan(Pelican Consultant) 10.30 pagi - Rehat 11.00 pagi - Motivasi Pelajar Bagimana untuk menjadi Cemerlang
Oleh: En. Ruzaini bin Omar 12.30 t/hati - Penyampaian Cenderamata 1.00 petang - Bersurai
|