Tabung Harapan Ihsan Pelajar Ansara
Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia

DIARI AKTIVI 2004 & 2005

 

Pengenalan
Ringkasan Eksekutif
Diari 2004/2005
 

Laporan Program
Bengkel Kecemerlangan SPM
How to Score

Seminar Motivasi Keibubapaan
Jom Menuju Success
>
di Melaka
>
di Negeri Sembilan

Program Bantuan Pakaian Seragam Canggih
Program Pakaian Seragam Terpakai

Tuisyen Mutiara Pertiwi

Cadangan Program 2005
Smart HIP Bersama UiTM
How to Score 2005
Suntikan Ransangan Tingkatan 1 & 4
Pemakanan Sihat

Lain2
K
ertas Kerja Penubuhan
Laporan Bergambar
Title 3
Title 4
Title 5
Title 6

2003                                Cetusan ide penubuhan TabungHIP

                                        Semasa mesyuarat exco, ahli-ahli exco telah berbincang dan memutuskan untuk menubuhkan suatu usaha di bawah Ansara bagi menjalankan program-program kebajikan melibatkan akademik. Maka hasil perbincangan ini terbukalah era baru dalam sejarah Ansara untuk menubuhkan TabungHIP.

                                        Lanjutan itu pelbagai siri mesyuarat telah dijalankan agar program ini dapat direalisasikan berjalan lancar melalui kempen ‘National Telethon For Education’.

 

Feb 2004                         Program National Telethon For Education 2004

                                        Cetusan dan ide telah membuahkan hasil dengan terlancarnya secara rasmi program ‘National Telethon For Education’ yang dapat disaksikan melalui media televisyen setiap hari sepanjang selama 10 hari. Hasilnya amat membanggakan apabila berjaya mengutip hampir RM 1.1 juta. Ini menunjukkan rakyat Malaysia amat prihatin tentang pendidikan anak bangsa Malaysia.

 

                                        Dalam masa yang sama sepasukan peninjau TabungHIP  telah meredah seluruh pelusuk negeri mencari keluarga miskin dan telah menghulurkan bantuan kepada 13 buah keluarga berjumlah RM 16,600.

 

22 Jun 2004                    Saranan pembukaan Pejabat TabungHIP oleh exco Ansara

                                        Mesyuarat ke-6 telah menyarankan agar TabungHIP membuka sebuah pejabat urusan agar segala program dapat dirancang dan dijalankan dengan lebih berkesan.

 

Ogos 2004                      Pembukaan Pejabat TabungHIP di Shah Alam

                                        Secara rasminya TabungHIP beroperasi dengan 6 orang pekerja dengan serba kekurangan dari segi pengalaman dan juga kelengkapan yang terhad.

 

11 Oktober 2004            Bengkel Kecermelangan SPM 2004 (How to Score)

                                        Menyaksikan TabungHIP membuka langkah menjalankan program yang pertama setelah pejabat TabungHIP dibuka. Program ini melibatkan 305 peserta di kawasan Parlimen Rompin di sekolah SMA Kuala Rompin. Program ini membuka ruang kepada guru-guru sekolah yang menyertai progam ini supaya diluaskan ke sekolah mereka pada masa akan datang,

 


 

13 Oktober 2004            Bengkel Kecermelangan SPM 2004 (How to Score)

                                        Kali kedua program yang sama, TabungHIP telah meredah Lebuhraya PLUS menuju ke Kubang Pasu bertempat di SMK Hosba. Kehadiran Dato’ Mukhriz Tun Mahathir sebagai perasmi amat membanggakan TabungHIP kerana sanggup meluangkan sedikit masa walaupun sibuk dengan tugasan yang lain.

 

 

17 Oktober 2004            Bengkel Kecermelangan SPM 2004 (How to Score)

                                        Sekali lagi TabungHIP menjejaki sebuah negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan dan di sebuah daerah yang agak pedalaman. Di sini TabungHIP mencapai keadaan yang amat getir kerana penceramah asal tidak dapat hadir dan terpaksa mengantikan dengan program yang lain. Walaubagaimanapun TabungHIP mendapat pujian kerana berjaya juga memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada para pelajar. Para pelajar sekolah ini amat berani mengajukan soalan yang bertalu-talu untuk di jawab melalui sesi ‘Dialog Mahasiswa’.

 

20 Oktober 2004            Bengkel Kecermelangan SPM 2004 (How to Score)

                                        TabungHIP ke negeri jiran di selatan tanahair iaitu Negeri Sembilan Darul Khusus di SMK Tampin. Walaupun program ini terlewat sedikit tetapi program ini amat perlu bagi memastikan para pelajar mendapatkan tips yang berfaedah sebelum memasuki dewan peperiksaan. Minat dan ketekunan para pelajar ini amat dihargai oleh TabungHIP.

 

22 Oktober 2004            Bengkel Kecermelangan SPM 2004 (How to Score)

                              Kali ini TabungHIP menerjah kawasan pendalaman negeri Pahang iaitu di SMK Bandar 32 Bera. Topik 10 hari kritikal amat menarik perhatian pelajar dan telah menumpukan minat bagi menghilangkan beberapa perkara yang kebiasaanya berlaku apabila saat genting menghadapi SPM.

 

5 Disember 2004           Program Used School Uniform For Charity Campaign 3 – 12 Disember 2004

                                        Majlis pelancaran program Used School Uniform For Charity Campaign di Padang 3K Subang Jaya bersama-sama program Fun Walk 2004 anjuran Jawatankuasa Penduduk Zon 1 Majlis Perbandaran Subang Jaya. Program amat mendapat sambutan yang menggalakan daripada penduduk sehingga nilai barangan yang dikumpul melebihi RM 20,000. Program ini melibatkan 25 sukarelawan dari Sg Buloh, Kg Subang dan Shah Alam.

 

17 Disember 2004         Majlis pelancaran Program Bantuan Pakaian Seragam TabungHIP – Canggih

                              Program ini berlansung di Hotel Singgahsana dan dilancarkan oleh CEO KUB Berhad Encik Izham Yusoff dengan kehadiran Timbalan Presiden Ansara Dato’ Abdul Mutalib Alias. Turut sama menyaksikan majlis ahli-ahli exco Ansara dan pengurusan tertinggi KUB Tekstil Sdn Bhd dan dihadiri oleh pelajar miskin dari Kg Subang serta Sentul seramai 56 orang.

 

1 Januari 2005                Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Seragam oleh UMNO Bahagian Bera

                                        Program ini berlangsung di dewan UMNO Bahagian Bera yang mana dihadiri Ahli Parlimen Bera YB Ismail Sabri Yaakob dan YB Haji Hamzah Hj Ibrahim untuk menyampaikan sumbangan kepada 100 pelajar miskin.

 

1 Januari 2005                Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan

                                        Pada 1 Januari 2005 juga diadakan majlis penyerahan di Bangsar yang mana penyerahan telah dilakukan oleh YBhg Dato’ Sharir Abdul Jalil iaitu Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai mewakili Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Dato Sharizat Abdul Jalil kepada 100 orang pelajar miskin di sekitar Pantai Dalam, Kg Pasir dan Kg Kerinchi.

 

2 Januari 2005                Jom Ke Sekolah

                                        Pada 2 Januari 2005 pula Puteri UMNO Negeri Selangor telah menganjurkan majlis penyerahan Baucer Canggih di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Program ini melibat hampir 300 pelajar miskin yang dibawa dari seluruh pelusuk negeri oleh Puteri UMNO Selangor dan dihadiri oleh ADUN Sementa Dato’ Abdul Rahman Palil mewakili Menteri Besar Selangor untuk menyerahkan baucer tersebut. Pihak TabungHIP diwakili oleh Dato’ Abdul Mutalib Alias bagi mengiringi menyampaikan sumbangan.

 

18 Januari 2005              Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Seragam

                                        Majlis penyerahan telah diadakan di kawasan Parlimen Pandan yang mana telah dihadiri oleh ADUN Cempaka YB Dato’ Mad Aris B Mad Yusof untuk menyampaikan bantuan kepada 50 orang pelajar. Turut hadir sama Dato’ Abdul Mutalib Alias selaku wakil TabungHIP.

 

29 Januari 2005              Motivasi Keibubapaan dan Jom Menuju Success

                                        Program berlangsung di SK Telok Berembang, Lubok Cina Melaka dimana penceramah lebih mengkhusus kepada memulihkan ketrampilan dan akhlak pelajar disertai ceramah mengenai peranan yang harus dimainkan oleh ibubapa dalam tanggungjawanya terhadap sahsiah dan akademik anak-anak.

 

12 Februari 2005            Motivasi Keibubapaan dan Jom Menuju Success

                                        Program diadakan di Kg Haji Sulaiman, Tampin, Negeri Sembilan. Program ini berjaya menarik minat 100 peserta dan telah dirasmikan oleh ADUN Kota YB Dr Awaludin B Said. Ceramah Hebatnya………aku seorang remaja amat menarik perhatian pelajar dan menjadikan mereka sangat bersemangat untuk mengikuti keseluruhan ceramah tersebut.