xMRSMTaiping8286
 

Up Memori 1 Memori 2 Memori 3 Memori 4 Memori 5 Memori 6 Memori 7 Memori 8 Memori 9 Memori 10

 

Seram 1 (08/03/2001)

Pada satu malam yang agak gelap (masa tu belum masuk maghrib lagi). Masa tu baru pindah kat ke Mrsm Taiping.  Langsir tak ada lagi, so ada yang pasang langsir sendiri yang kebetulan dibawa dari rumah, ada yang pasang guna selimut, dan ada juga yang letak surat khabar lama. Cuaca pula seperti nak hujan. guruh berdentum manakala kilat pula sabung menyabung. Aku pula baru lepas nak ambil wuduk. Tiba-tiba black out. Tak apalah aku ingat nak relaks dulu sebab belum masuk maghrib. Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke bilik ,tiba-tiba kilat menyabung dan di dalam sebuah bilik (bilik ani bawok) aku nampak lembaga putih tegak berdiri di dalam bilik tersebut. Apalagi aku menjerit sambil berlari ke arah bilik aku dan aku terdengar member aku (jojie) pun menjerit sambil menuju ke arah aku. Apalagi kami bertembung di tengah-tengah korridor asrama. Adoi! aku menjerit. "jojie hidung aku berdarah". jojie pula berkata "nita, gigi aku patah". Kami toleh ke belakang, lembaga tersebut sedang bergerak menuju ke arah kami. Aku menjerit lagi. Jojie pun menjerit juga. Aku dengar orang ketawa semasa lembaga tersebut mengahmpiri kami. La...rupa-rupanya si ani bawok. Sebenarnya dia nak mendirikan solat semasa aku lalu di depan biliknya tadi. Hidung aku tak berdarah dan gigi jojie pula tak patah. Panik punya pasal...macam-macam boleh fikir.
-Anita Mahmud (Nita)-

 

Kahwin Askar (08/03/2001)

Cerita ni masa maktab kita ada buat kursus tentera. Masa tu aku dipilih menjadi Platoon leader. Tiap2 platoon ni pulak di ketuai oleh sorang askar, pangkat apa tak sure pulak. Salah satu aktivity yang wajib diikuti oleh semua platoon ialah bermalam kat hutan sebelah maktab. Bila dah bermalam kat hutan tu, kenalah bersiap sedia. Tak boleh tidur. Manalah tahu musuh datang menyerang. Kan kita ni masa tu askar. Sambil berjaga2, berborak2lah dengan abang askar tu. Tapi masa tu tak nak panggil mamat tu "abang". Takut perasanlah konon. Panggil "pakcik" Walhal umur tak der lah tua sangat. Dalam borak2 tu, diselitkanlah sedikit sebanyak nasihat untuk panduan di masa hadapan. Nasihat yang sampai sekarang aku tak lupa ialah suruh kita bebudak perempuan ni bila dah besar nanti mesti kahwin dengan askar. nak tahu sebab apa? Sebab jadi wife askar dapat gaji bulan2. Senang..... walau suami tak ada, masuk hutan, isteri tetap dapat gaji. Macam wife dia. Betul ker?? Tak tahulah pulak. Jodoh pertemuan dia tangan Tuhan, bagi aku walaupun tak jadi isteri Mat Celoreng, alhamdulillah, tiap2 bulan dapat gaji dari 'titik peluh' sendiri. 

Sampai sekarang, bila terjumpa askar kat mana2 aku mesti teringat pesan "abang" askar yang lead kumpulan kitaorang supaya berkahwin dengan askar. 

Morale of the story: Tak semestinya nasihat orang yang lebih tu tua tu sentiasa benar. Kena timbal balik baik buruknya.

-Safiah Othman (Pi)-

 

Tak Kenal Kawan (28/02/2001)

1st time bebudak 2nd batch masuk (masa tu kite form 2, 2nd semester), aku pakat pi ronda dorm diaorang (biasak la, baru dapat title "senior"). Tengok sana, tengok sini, cuit sana sikit, cuit sini sikit & jumpa la sorang mamat nih. Aku pun start la tanya tu & ini. Dia jawap semacam aje, nak kena mamat kecik nih. Aku mula la naik angin. Nak kena taji nih. Hormat la sikit sama "senior" kan? Tengah betul2 aku nak me...... mamat nih, Mat Arun (kalau tak silap aku) yang kat sebelah pun mencelah "woi relak la, ini kan sama batch". Terkedu aku. La... Shim Pen rupenya mamat kecik tu. Nak tergolek aku ketawa. Ye la, kite pun baru je join satu sekolah. Aku lak tak kenal Shim Pen masa tu. Sori la Shim Pen, ko mase tu kecik sungguh. Huyo... kecik2 tapi garang oooo.... So, macam penghujung cerita si Damit, kena la ada moral of the story.


Moral cerita nih, lain kali jangan lupa pakai name tag!!!

-Anonymous-

 

Soalan Bocor (15/02/2001)

Ader sekali tuh kan, masa tuh musim exam, semester exam. Kita ramai-ramai prep kat dewan besar. Ader satu mamat tuh ajak aku gi toilet...eleh takkan korang dah luper, toilet besar belakang dewan tuh...biasanyer kita guna nak salin pakaian masa PJ.

Sesampai kat situ, gabra gak aku, ingat mamat tuh nak belasah aku ker aper...Mamat tuh then cakap "Mit, aku raser ko nih kira power gak dalam Prinsip Akaun"...tuh dia katerler...aku tak raserpun. So, katanyer lagi "Nih, aku ader soalan bocor nih, aku harap ko boleh buatkan". Akupun apa lagi buatler,dengan penuh konfidennyer benda tuhpun siapler...Account Balancing semua kira OK. Then aku kasi kat mamat tuh balik.

Tapi aku raser mamat ni bohong jer tu...aku buat endah tak endah ajer soalan tu.

Sampai hari periksa Prinsip Akaun, bila bukak soalan, cis samaler ngan soalan yang mamat tuh bagi...Tok Nujum mana lak bagi kat mamat nih soalan...sebijik wa cakap lu. Akupun buatler...tapi boring giler, aku tak balance akaun tuh...cit!!!. Bengang tak sudah kawe dibuatnyer...Dari jauh aku tengok mamat tuh dok sengih jer kat aku. Binawe ko mat....

Morale of the story: Kalau ader terima soalan bocorker, khabar anginker, jangan lekas tak percaya, kasik selidik duluuuuuuu....Kadang, berita macam tuh boleh bantu kiter masa depan...

-Damit-

 

Terjun Tiruk (14/02/2001)

Nak dijadikan citer, satu hari tu, Homeroom aku ada percutian kat Pangkor. Seronok sakan kitaorang, maklumler lama dah tak mandi pantai. Cikgu Lela Meon jadik kapten kitaorang...Mana agaknyer mak nenek nih sekarang.

Sesampaijer kat Pangkor kitaorang tak menyempat lagi...terus bedebus, mandi laut. Bebudak pompuan sibuk mengemas, ada gak mamat yang belia sikit ambik ati kapten prepare khemah...maklumler nak bermalam.

Aku seperti biasaler, ambik angin. Pantang dapat berjalan kasik angin masuk dulu beb, bila dah santai then baru boleh buat kerja. Tiba kat satu tempat tuh...macam blue lagoon...canteq nyer area, aku nampak ramai bebudak berkumpul. Eh, nampak cam budak MARA ajer tu, apsal agaknyer.

Tak puas ati aku gi jengokler...Ler si Sudin (Samsudin Jusoh)...Apa hal lak mamat nih, merah muka dia, mak datuk, panik jap aku. Pas tu aku borakler ngan geng yang lain. Diorang citerler si Sudin ni terjun ke laut, tapi ntah camana terjunam kat pasir....hehehe, pantai beb bukannyer swimming pool. Nasibler ko Din, tu pun kira bertuah gak tak terjun kat pasir jerlus. Sampai sekarang aku ingat citer tuh.

Morale of the story: Kalau bawak anak mandi laut, bagitau diorang kalau nak mandi jangan cuber terjun style nyamuk tiruk, nahas nanti...kalau nak terjun gak, buatler Terjun Botol...lebih selamat.

-Damit-

 

ViewSign
Guestbook

FORUM


Event-Calendar


Karang Memori Anda ...Klik sini

Subscribe to XMRSMTpg8286

Favorite Links

YahooGroups

Alumni.NET

Al-Islam.com

TheStar.com

Maybank2U

Up ] [ Memori 1 ] Memori 2 ] Memori 3 ] Memori 4 ] Memori 5 ] Memori 6 ] Memori 7 ] Memori 8 ] Memori 9 ] Memori 10 ]


Powered by Microsoft FrontPage 2000.
Copyright © 2001-2002, xMRSMTaiping8286. All Rights Reserved.