xMRSMTaiping8286
 

Up Memori 1 Memori 2 Memori 3 Memori 4 Memori 5 Memori 6 Memori 7 Memori 8 Memori 9 Memori 10

 

LDK 2 (18/09/2001)

Assalamualaikum semua, Jumpa lagi di ruangan memori. Kali ni nak cerita apa yang telah kita semua lalui semasa LDK di maktab dulu. Ingat lagi tak soalan dari fasilitator iaitu "Apakah kegunaan tong sampah selain untuk membuang sampah ?". So excitedly semua pun menjawab seperti untuk memasak (mat mana yang cakap pun saya tak perasan) dan ada pula kata untuk menyimpan air. But there was the most interesting answer from our collegue "untuk buang bayi..." so sekarang ni memang dah ada orang kat malaysia ni yang telah pun menggunakan tong sampah untuk tujuan itu. So where they got this crazy idea?
-Nita-
e-mail: nabila1996@hotmail.com

 

Rokok 2 (30/08/2001)

Ini kira kesinambungan citer aku dulu tuh. Pasal topik ni dah kira panas dah.

Sejak balik dari Hutan Simpan Endau Rompin aku rasa lain macam lak. Rasa minat sangat ngan hutan...tak tau ler apsal. So nak hilangkan raser bosan aku kekadang buat jungle trackin' sendiri2x kat belakang sekolah kite tu...tul2x sebelah asrama andalas (yer ker nama dia andalas - ke andalusia?).

Ada satu hari tu, aku ajak si Ajiz Panas joint aku...tapi kali ni berbekalkan sesuatu kat poket masing2x. Lepas masuk hutan tu (rasa macam jauh gak), kamipun berenti kat satu port baik punyer. Tengok kiri-kanan, pas confirm takder makhluk lain kat situ kami start aktiviti 'paipon' - Rasanya pusher Naleq yang supply barang ni kat aku (sori dude tak berapa ingat). Pas satu - satu kami tibai...last2x abis satu kotak...seram ooo 20 batang dalam tempoh tak sampai 2 jam. Kepala dah pusing abis, perut dah raser semacam (coz banyak nor angin including asap yang masuk). Senak betul rasanyer, nak termuntah pun ader...Kami masing2x control hansem. Pas beberapa minit, kepala dah lega kamipun balik hostel...nyesal aku abiskan 1 kotak...dah supply dah abis camno, kang pas makan nanti nak paw siapanyer lak nih...haru betul.

p/s: Kekadang tu geng perokok ketiadaan bekalan, so apalagi steng-steng ler...yang boring kalau steng ngan JOTOS, adaka patut 2 pam mamat tu sedut ajer dah tinggal 1/2. JOTOS mana ko???

Morale of the story: AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

-Damit-

 

Belajar Berniaga (30/08/2001)

Apa kabo? Amacam bisnes? Ada untung? Haaa.... kali ni pakcik nak menyelami kembali detik2 belajo meniaga masa kat sekolah dulu. Menarik jugak meniaga masa tu. Ini bukan cerita bisnes yg homeroom buat malam minggu tuh. Itu biasak aje. Tak menarik. Untung kena kongsi ramai2. Rugi ada la (ye la, asyik tibai barang sendiri & kasik free kat junior2 yg comel tuh!). Cerita bisnes ni pasal meniaga kat dorm. Tak ada lesen punya. BTW, ini cerita kat dorm lelaki. Bisnes kat dorm pompuan, itu makcik2 la pulak kena cerita.

Barang2 favorite yg dijaja termasuk maggie, snack & yg paling dijamin mesti untung.... rokok (cerita ni pun pasal baca Damit punya 'Rokok 1'). Pakcik bisnes rokok aje. Bukan apa. Tak ada modal/fund nak start bisnes maggie dll. Other than rokok, barang lain kena mula ngan duit sendiri. Pegi beli then kena cari customer nak dapat untung. Memang la some customers carik peniaga maggie tapi pulangannya ambik masa jugak. Rokok lain cerita. Senang je meniaga rokok nih. Mula2 kabo-kabokan la yg kita nak keluor ke bandar (keluar malam lah... keluar weekend tu sendiri pegi la..) Sure ramai yg datang. Peh tu ambik order. Brand apa? 7? 14? 20? Pasal bisnes ni berisiko tinggi, normally pakcik ambik upah 50sen sekotak (masa tuh sijil SRP je yg ada, kena la buat cheap labor). Murah je tu berbanding ngan risiko & halangan2 yg pakcik & teman2 kena tempuhi. Haa... jangan lupa collect duit. Ini bisnes pay in advance. Takde la COD ke, 30 days credit ke, masuk buku ke, tak main de... Dah collect duit, pegi la town. Masa tuh tak ada lagi under 18 tak boleh beli rokok. So senang je. Tokey kedai pun tak penah tanya. Tapi dia memang tau yg pakcik & kengkawan nih MARA student. Eleh duit punya pasal, sapa tak nak kan?

Walaupun pakcik ni peniaga rokok (kecil-kecilan aje, alang2 dah keluar malam, buat side business sikit) tapi kengkadang tuh pakcik pun kehabisan rokok jugak. Who did I turn to? jeng jeng! (bukan si Adjeng la... apa cerita mamat ni ha?) I turned to...... our lovely sisters! Ganas gak diaorang nih, manjang ada stock.

p/s- Dengan ini diconfirmkan yg Damit penah jadi customer pakcik tapi pakcik tak penah charge extra pasal dia la yg kejut pakcik bangun subuh!

-Naleq-

 

Rokok 1 (28/08/2001)

Teringat sekali tu kite form 4. Aku cube carik rakan study. Carik punye carik jumper satu kutu ni. Dia ni memang kamceng ngan aku. Aku syorler projek baik tu, set kata mamat ni. Canteq. Bila nak start? Lepas berbincang serba sedikit persediaan study group tu (berdua ajer), kami set untuk start secepat mungkin, maklumler pisang panas kalau simpan bawah tudung saji lambat laun sejukler dia & tak berapa sedap. Akhirnya kami confirm nak start the next day...Time? Kami brainstorm sekali lagi, then idea tubik nak study belah pagi, pagi bute masa kutu lain dok layan mimpi. Tapi camana..."K Mit ko kejut aku pagi esok sebelum subuh", kata keramat terakhir mamat tu sebelum kami tutup sessi perbincangan.

Seperti yang dirancang esok pagi ntah camana aku bleh tersedar lak sebelum azan...mindset dah kata gitu, gituler jadiknyer (kalau korang nak cuba, cuba masa bulan posa, sebelum tidur set time kul berapa nak bangun sahur...mesti jadik punyer). Tanpa lengah masa aku kejutler sparring partner aku tu..."Wei mat, bangun...kata nak start projek ari ni". Member bangun dan kata "jom kite gi toilet jap". Aku ikut jer tanpa banyak cakap. Kat dalam toilet mamat tu bukakler satu bungkusan baik punyer, cit ni apabenda lak nih..."Cool brader, jangan panik lak...kita paipon sepam dua dulu". Aku tanya mamat tu balik..."Ni tak per ker ni"...Dia jawab " takder benda lah, ni nak ilangkan ngantuk ajer ni". Akupun start paipon...sikit, sikit, lama2x macam pro lak aku nih. Pas pekena 'Fag' tu kami study...betuller, tak ngantuk. So aktiviti tu kami ulang esok, lusa, tulat & langgkat sampai la sekarang ni (ko dah berenti paipon ker mat?).....hehehe

Morale of the story: Jangan merokok, jangan belajar hisap rokok, even jangan cuba sekalipun walau apa alasannya. Payah nak stop wei
-Damit-

 

Karangan BM (23/08/2001)

Masa kelas Bahasa Malaysia (BM) - officially dia orang panggil Bahasa Melayu lak skarang nih - salah satu benda yg kena buat ialah karangan. Macam2 jenis ada. Buat based on tajuklah, ringkasan karanganlah, kasi 1 paragraph starter then sambung jadikkan karanganlah etc... Haa... ni Pakcik ada teringat satu kes pasal karangan BM pakcik dulu. Tak ingat pulak nama cikgu BM pompuan yg ngajar kelas kitaorang masa tuh (ala... yg tak kawin lagi - masa tu la, rambut takat bahu, pakai spek buleh tahan besor jugak).

Ini kes sambung karangan. Given intro consist something like this "... waktu malam. hujan tengah lebat. kilat sabung menyabung..." lebih kurang cam tu. Pakcik tang tu lak memang tengah mereng sikit. Since kena siapkan dalam 45 minit masa kelas, otak kena la speed sikit. Ntah cam mana (ye ke?) pakcik laju je sambung paragraph tuh... "berbalam-balam kelihatan sebuah pondok usang... aku menuju ke arahnya untuk berteduh... semakin aku hampir, kedengaran suara-suara datang dari pondok itu... aku terus juga... dari celah-celah dinding aku melihat kelibat seakan-akan 2 manusia... semakin aku amati semakin jelas yang mereka sedang... tiba-tiba satu dentuman petir yang kuat..." basically pakcik biarkan ending karangan tuh hanging. Cas-cas ada unsur suspen la nih. he he.. 

In the next class cikgu tu pun bagi balik karangan2 yg dia dah check. Tak semena-mena dia panggil nama pakcik suruh baca kuat2 karangan pakcik tu lah. Ngan selambanya pakcik baca. Tak bangga ke orang lain kena paksa dengar hasil seni kita? Bebudak kelas pakcik cukup suka (especially girls)! Cikgu tu? Suka kebende... dia lecture ada la... itu la ini la... tak boleh buat karangan berunsur lucah la... (aikkk...? macam webmaster kita je.. classmate pakcik nih). Tapi itu tak boleh lawan sorang lagi classmate pakcik. Oh ye, salah satu syarat karangan tak boleh lebih 150 patah perkataan. Mamat nih punya mukaddimah punya la panjang sampaikan the actual cerita dia start kat almost that 150 patah perkataan punya limit. So dia pun tulis... "dipendekkan cerita..." ha ha ha... kelakau la mamat nih. Intro ada, cerita baru nak start terus ending. Macam2.

p/s: webmaster kita nih pernah kena puji ngan cikgu tuh pasal baca rencana macam a real pembaca berita... betul tak betul itu webmaster kena confirm pasal masa baca tu kena buat kat bilik cikgu pompuan tu one to one. Ye ke Mit? ... kelihatan 2 kelibat manusia... hahahahahaha....

-Naleq-

 

ViewSign
Guestbook

FORUM


Event-Calendar


Karang Memori Anda ...Klik sini

Subscribe to XMRSMTpg8286

Favorite Links

YahooGroups

Alumni.NET

Al-Islam.com

TheStar.com

Maybank2U

Up ] Memori 1 ] Memori 2 ] Memori 3 ] Memori 4 ] Memori 5 ] Memori 6 ] Memori 7 ] Memori 8 ] [ Memori 9 ] Memori 10 ]


Powered by Microsoft FrontPage 2000.
Copyright © 2001-2002, xMRSMTaiping8286. All Rights Reserved.