xMRSMTaiping8286
 

Up Memori 1 Memori 2 Memori 3 Memori 4 Memori 5 Memori 6 Memori 7 Memori 8 Memori 9 Memori 10

 

Seleraku Tumpul Lagi !!! (10/12/2001)

Mukadimmah - Ni citer masa kat Bt Sekilau (sorri bukan kat Taiping), tapi ada kaitan ngan xMRSMTaiping -

Hari tu panas terik. Aku seperti biasa melangkah untuk menghadiri kuliah sebelah petang. Jarak dari rumah sewaku ke kelas takler jauh sangat, tapi kaki yang melangkah letih gakler berjalan [kena lalu deretan rumah & menyeberangi longkang kecil]. Tengah jalan sorang2 tu kedengaran jeritan yang agak kuat : "Hoi Damit". Terperanjat jap aku. Aku toleh kiri-kanan, depan-belakang ... tak nampak apa2 kaumpun kat situ. Hati aku berdebar "Aik, alien mana lak dok menyampok aku tadi?", bisik hati kecilku.

Aku meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan suara tadi. Tiba2, "Wei Damit, atas sini laa". Aku terdengar suara sumbang tu lagi. Kudongakkan kepala memandang ke atas ... Nun di atas bumbung sana [bangunan rumah kedai] aku nampak beberapa kelibat manusia dok melambai tangan kat aku..."La, apa saja la bebudak ni buat kat atas nu, dah ler pakai 'short'". Lalu sambil melambai tangan mereka terjun, ya terjun...bukan ke bawahler, tapi masuk ke tangki air atas bumbung tu... Citt! Aku cuma sempat tersenyum kelat melihat perlakuan mereka & meneruskan perjalananku ke kelas untuk menimba ilmu.

Waktu petang tiba, aku & beberapa rakan lain pergi ke dewan makan untuk dinner. Lepas ambil apa2 yang patut, kami lepax kat port baik punyerrrr. Tengah sedap menyuap tiba2 bahu aku dicuit orang, saper lak ni...buat aku suspens betul..."Aik, selera nampak Mit?" ... Citttt!!! Tuler dia salah sorang kutu yang aku nampak dok berkubang kat tangki air atas bumbung tu...Baru aku ingat, tangki tu betul2 atas dewan makan, apalagi terus ajer Seleraku Tumpul Lagi.... 

Kalau nak baca memoriku pasal selera tumpul di bawah tajuk Maggi Mee boleh ikut link berikut: Klik Sini.

Morale of the story: Walau kita berada di puncak mana, jangan lupa sahabat di bawah...

-Damit-
e-mail: mdazmiazmimd@icqmail.com

 

PA System (28/11/2001)

Teringat aku kat PA System MRSM Taiping. Alangkah bertuahnyer kite ada sistem canggih camtu. Rasanya sekarang ni adik2 dah dapat sistem audio yang beh baik kot (upgraded version) dari kite nyer dulu  .

Korang semua ingat lagi tak kegunaan sistem ni? Yang aku dapat rekall!
Paging System - Kalau ada pelawat ker dihujung minggu,panggilan telefon ker, pasti berdengung2 bunyiknyer. Kadang2 kalau ada arahan kosongkan dorm, sekali lagi ianya akan meraung memecahkan gegendang telinga.
Radio - Ha, part ni aku suka. Korang ingat lagi tak program lagu permintaan setiap hujung minggu atau hari cuti lain? Terhibur gak, bila dengar pasangan kekasih berutus2 lagu, kekadang tu yang perang dinginpun guna tuju lagu gitu ... kelah, kelah. Aku, bab paling minat, petang Sabtu ---   Lagu Panas (Rock), maka teringatler si Topek ngan si Jelan. Kalau ingat diorang ni aku teringat kat Iron Maiden, DIO, Black Sabbath, Judast Priest, Ozzy Osbourne etc {setakat menyebut beberapa nama}  
Azan - Cuba bayangkan bertapa merdunya suara muazzin bagi setiap waktu solat yang diazankannya  . Cuma satu hal pasti aku tak lupa, terutama di bulan Ramadhan macam sekarang ni, kita semua dok stand-by nak berbuka, ... tunggu punya tunggu azan tak keluar2. Mana lak Aman J ni, dah masuk dah waktu ni? ... Kewl, rupanya Aman J pun nak bukak posa gak, kokak2pun sebijik tamar ngan air suam ... Tul tak Aman J?

Morale: Banyak kegunaan PA System...!

-Damit-
e-mail: mdazmiazmimd@icqmail.com

 

Satu Malam di Malam Ramadhan (23/11/2001)

Banyak2x malam di bulan ramadhan, kenangan malam ramadhan di MRSM Taiping paling aku tak dapat lupa.

Korang ingat lagi tak, suasana bersahur kat Taiping dulu. Ngan pakai pelekatnyer, ada gak kaum adam yang pakai batek, mata kuyunyer, tahi matanyer dsb. Aku masa awalnya tidur seperti biasa dan bangun untuk sahur dalam pukul 5:00 pagi camtu ... tapi cuma tahan beberapa hari ajer, coz ngantuk giler, & mungkin gak makanan masa tu dah sejuk skit. Jadik, aku & co (adaler beberapa sahabat karib) plan sahur awal. Kalau tak silap DS dibuka untuk sahur pukul 2:00...

Kami semua setuju untuk berjaga malam. Apara, orang berjaga malam buatler ibadat (qiammul lail) ni tidak... Nak berjaga kenalah ada aktiviti. Kalau tak, sure bosan giler. Salah satu aktiviti yang kami buat ialah fraud call guna public phone kat DS ... pls refer stori aku pasal Fraud Call. Banyak gakler tempat kami teroka. Kalau setakat 'Jalan Tupai' tu memang sasaran kamiler.

Selain aktiviti luar dorm, kami kekadang tu jalankan indoor punyer debate jer. Ada satu malam tu kalau tak silap aku sampai ke pagi dok berdebat pasal no '0' ... Sifar. Soalan cukup simple, '0/0=?', 'kosong bahagi kosong samadengan berapa' ... Macam2x jawapan ader, ada kata 0, ada kata 1, adakata infiniti dsb ... last2x conclusion " saper punyer idea lah

-Damit-
e-mail: mdazmiazmimd@icqmail.com

 

Prep Petang! (23/11/2001)

Ni satu memori yang paling aku takkan lupa, dan rasanya 1st batch dan 2nd batch pun pasti setuju ngan aku ... kisah warisan prep petang! Untuk makluman semua (rasanya semua xmrsmtaiping tahu) yang pioneer batch asalnya menumpang di MRSM Muar selama 1 tahun. Jadik bila tiba di Taiping segala warisan kebudayaan yang diterimapakai kat Muar pasti akan dibawa bersama ke Taiping.

Nak dijadikkan citer, 1 petang di Dewan Selera (DS), Ustaz Ali dan konconya memanggil semua pelajar untuk memulakan apa yang dinamakan Prep - Preparation Petang. Tiba2x si Legend Ustaz Ali bertanya, "Kamu semua sebelum ni prep pakai baju aper?" ... Ngan selamba (ramai menjawab), "Pakai baju biasa ustaz" ... "Yerker?", tanya Ustaz Ali ... curiga agaknya. "Ya ustaz", kata kami lagi ... kali ni suara sumbang semakin jelas & nyata, boleh dikatakan banyak sambutanler. Pas tu Ustaz Ali mengeluarkan fatwanya, "OKlah, kamu pakai pakaian biasa, tapi mesti kemas". Tegas ajer bunyiknyer, tapi cukup bermakna buat kami semua ... Kenapa?

Hehe, sebab di Muar dulu kena pakai uniformler, bosan giler ... baju uniform seminggu sampai 3 ke 4 pasang, dah ler air takder, memang sengsara. Rasanyer ini adalah warisan yang kami turunkan kepada adik2x semua ... apa dia, prep petang pakai baju biasa ...

-Damit-
e-mail: mdazmiazmimd@icqmail.com

 

Ibadat Puasa (16/11/2001)

assalamualaikum..

hai kengkawan lama tak dengar berita. selamat menyambut bulan posa semoga kita same2 dapat berkat... bulan posa ni teringat aku zaman MRSM dulu.. masa malam pertama posa, masing2 tak sabar nak sahur dan ada yang tak tidor kot?.

masa tengah2 bulan posa lagi best sebab biasanya orang buka posa bila masuk maghrib tapi ada kutu 2,3 orang lepas bang asar dah sental mee maggie... Apa yang aku heran kat mamat2 ni, macam mana boleh LIJAM tak perasan bila lalu kat depan bilik kutu tu. Bau mee maggie sikit punye semerbak boleh tak perasan atau buat tak perasan tak tahu lah aku.

Walau apa pun itu adalah diantara kenangan semasa kita baru nak jadi dewasa. Moga kawan2 tu dah ganti posa tu, kalau tak jenuh jugak nak bayar fidyah tu..

akhir kata, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA....

-Lawe Unsangkarable-
e-mail: lawe2000@hotmail.com

 

Ganu Kite aka Tranung Kite (26/10/2001)

Terlebih dulu aku nak ucap terima kasih kat Joke kerana sudi mendaftar diri kat Komuniti MSN kite. Aku sebenarnya kalau teringat kat Joke mesti ayat power dia terbayang kat kepala otak aku ni.

Kekawan yang lain ingat lagi tak, kalau tak silap Malam Pementasan Drama. Setiap Homeroom mengadakan pementasan masing2x. Kira cam ader pertandingan gak ler. Nak dijadikan citer, si Joke berlakon mewakili Heksa, ala2x citer sedih kekampungan gitu. Joke jadik nelayan tua. Babak yang paling aku tak lupa bila Joke berkata ... "Hoi, bangung wei 'KELAUT' wei" ... Please be informed that 'KELAUT'nyer pronounce = 'CLOUD'. Terdekah2x kutu lain mendengarnya.

Untuk makluman semua kalau kite gi Ganu, ayat ni memang selalu kite dengar especially kat area nelayan. Nowadays kalau aku terdengar lagu Blues Terengganu Kite (nyanyian Iklim), atau 'tersurf' kat website Tranung Kite, pasti aku akan teringat ayat power Joke ... KELAUT wei...

p/s: 2 ipar aku asal dari Tranung

Morale of the story: Walau di mana kite berada, jangan lupa AKAR KITE

-Damit-
e-mail: mdazmiazmimd@icqmail.com

 

Ketuk-ketuk Di Pagi Buta (12/10/2001)

Suatu pagi di Asrama Andalas MRSM Taiping sekitar 1986 seingat hamba. Kedengaran bunyi ntah apa-apa. Nak kata apek ketuk punyer angkara, takkanler awal sangat mamat ni bekerja. Tak mungkin juga burung belatuk punya cerita. Bunyi aneh tu kedengaran agak lama. Tiba2x kedengaran bunyik bising di sebelah sana! Alamak Lijam dah datang ngan penuh curiga. "Nih saper punyer kerja?", sayup2x kedengaran bunyiknyer. Mamat dhaif memohon ampun dan belas kasihan lagaknya, "maafkan hamba" katanya. Kutu kehabisan ubat gigi rupanyer. Diketuk-ketuk sekuat hatinya. Dengan tukul besi lagi apa. Dengan harapan keluarler sedikit sisa, untuk berus gigi di pagi buta...Kasihan hamba melihatnyer.

Morale of the story: Mintakler dari kekawan kalau dah takder, moga2x kawanpun boleh dapat pahala...

-Damit-
e-mail: mdazmiazmimd@icqmail.com

 

Air! Air! Air! (05/10/2001)

Air adalah salah satu keperluan asas manusia. Tanpa air pincang hidup kite. Aku nak mengimbas kembali kehidupan lalu kita di 2 situasi yang ketara bezanya. Yang pertama kehidupan agak sengsara kerana catuan bekalan air di MRSM Muar. Tengahari balik kelas mesti standby ngan baldi untuk simpanan petang nanti. Time mandi beratur kat tangki bawah, uhuks, nasib baik aku duduk kat asrama burhan, tak jauh sangat nak menapak. Macam-macam projek dijalankan untuk menangani masalah air ni termasuklah catuan dan penggalian perigi pam. Citer pasal bekalan air dicatu berlarutan dan hanya dianggap settle bila kita pindah ke Taiping.

Di MRSM Taiping lain lak halnyer. Kita terlalu mewah plak ngan bekalan air. Boleh dikatakan tiada masalah air langsung. Kalau bekalan air biasa terputus, kita ada sungai yang mengalir kat kiri-kanan, depan-belakang hostel kita. Time mandi takder nak berebut.

Cuma yang boringnyer ada kaum yang kalau mandi tak nak dekat2x ngan dorm, kutu pergi jauh masuk ke dalam (atas) dengan alasan untuk dapatkan bekalan air bersih, yang jadik mangsa kutu yang mandi kat bawah (dekat ngan hostel), sebab kekadang dapat bekalan air yang agak kuning dan sedikit panas kesuaman...cit air apa ni???

Morale of the story: Jangan membazir air!

-Damit-

 

Maggi Mee (20/09/2001)

Nih aku dok teringat cerita pasal makan mee maggi. Eleh Mee segera tu. Pasti ramai antara kite yang simpan stok (1 minggu) lagi gitu, bila kebulur bolehler balun. Yang rajin ada gak buat bisnezz macam Naleq buat. Tapi yang boringnyer ada gak kutu yang kedekut giler pasal maggie ni, sanggup tunggu kutu lain tidur baru bedal. Cit! Nak jadikan citer roomate akupun jenis yang suka makanan segera ni. Dia nih pun masuk dalam kategori kedekut punya kaki (set2x hj bakhil ler tu). Dia punya bakhil sanggup makan pakai chopstick, so kalau aku berhajat no choice, aku terpaksaler pakai menate tu. Bayangkanler awak bukannyer expert, 10 kali suap rasa macam 2 sudu biasa ajer. Tapi bak kata mat salleh, practice makes perfect, akupun akhirnya jadik terror guna chopstick. Tapi roomateku, ko buat perangai lak...dia ada penemuan baru...jeng-jeng-jeng...kutu tu pakai berus gigi pengganti chopstick, terus tumpul selera aku nak makan sekali.

Morale of the story: Jangan makan banyak sangat mee segera, nanti kepala botak, hehe tu kata orangler...

-Damit-

 

ViewSign
Guestbook

FORUM


Event-Calendar


Karang Memori Anda ...Klik sini

Subscribe to XMRSMTpg8286

Favorite Links

YahooGroups

Alumni.NET

Al-Islam.com

TheStar.com

Maybank2U

Up ] Memori 1 ] Memori 2 ] Memori 3 ] Memori 4 ] Memori 5 ] Memori 6 ] Memori 7 ] Memori 8 ] Memori 9 ] [ Memori 10 ]


Powered by Microsoft FrontPage 2000.
Copyright © 2001-2002, xMRSMTaiping8286. All Rights Reserved.