xMRSMTaiping8286
 

Up Memori 1 Memori 2 Memori 3 Memori 4 Memori 5 Memori 6 Memori 7 Memori 8 Memori 9 Memori 10

 

Jongkit Kerusi (17/04/2001)

Peristiwa ni berlaku semasa di MRSM Muar. Seperti biasa bila time cuti, waktu petang kitaorang rajin pi kelas study ramai-ramai. Tapi biasalah, sambil belajar sambil berborak. Lagi satu habit kitaorang, suka sangat duduk sambil jongkit kerusi kebelakang. Dalam suka-suka berborak sambil ketawa terkekeh-kekeh, terfikir juga kenapalah si Milah kat belakang tiba-tiba aje senyap sepi. Bila kami toleh ke belakang, astagfirullah..... sakitnya perut tengok....yang nampak hanya dua batang kaki sahaja terjuntai layu...Rupa-rupanya mak cik kita tu tertonggeng ke belakang bila terover jongkit kerusi. Bayangkan....nak tak nak kenalah tolong tarik...

WASSALAM.. GEORGIE NEWTON

-Jojie-
e-mail: akirzia@maxis.net.my

 

Kusyen (05/04/2001)

Masa tu form 2, baru transfer ke Taiping. Kalau korang masih ingat, kat dorm ada kerusi rotan 1 set. Ada la satu kali tuh aku ngan member main kad. Nak kasi selesa masa main (main mana boleh sekejap, mau berjam-jam jugak la), pakai la kusyen kerusi rotan tu buat alas. Tapi kusyen tu tak selesa pasal ada benda keras kat dalam sponge kusyen. Lama-lama aku fed-up, ye la... kan ke kusyen patut kasi selesa? Ini buat kita rimas pulak. So aku pun investigate menatang apa la yang keras tuh. Errr.. pasal menatang tu kat dalam, kena la koyak kusyen tu kan? Ada la satu kampit plastik, dalam dia ada kind of serbuk metallic. Waaa! apa nih? Satu penemuan ajaib! Nak confirm the other bonjolan2 kat other kusyen, kita orang pun ulang la proses yang sama. Last2 habih la kusyen kat dorm aku rabak. Nak cover story vandalism, kita orang pun pakat jumpa Mokhti. Aku kata la ada satu sindiket nak smuggle this material & somehow or rather find its destination into our dorm. Mokhti caya pulak tu! Peh tu, ngan dia sekali kita orang pegi to the other set & sama2 robek kusyen. Best! Banyak jugak la dapat. Tak silap aku Mokhti siap call polis. So sebagai seorang student yang prihatin & bertanggungjawap, kat situ aje la peranan kita orang. Apa Mokhti buat kat serbuk metallic tu, aku pun tak sure. Apa nasib kusyen lepaih tu? Berlubang-lubang la! Tapi tak pe... kan ada cover!

p/s: Ntah2 Mokhti ada pegi dorm awek lepas tu? Kalau yea la.. tak patut sungguh. Patutnya bawak la aku sekali!!!

-Naleq-

 

Askar 3 (03/04/2001)

Masa minggu 'ketenteraan'. Cikgu Husniah pakai baju celorang.

- Safiah (Pi) -

Webmaster: Thanx Pi...Korang semua untungler dapat masuk hutan...Aku, Mat Lantoi, Halim Sohod, dan Ismail Jumaat gi utan gak, tapi kat Endau Rompin...nyaris kena baham Pak Belang (aku story lain lainler under Pak Belang 2)

 

ALP Kooperasi (03/04/2001)

Gambar Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KOOP masa kitaorang pergi ambil 'award' koperasi terbaik negeri Perak kat UM (Universiti Malaya) tahun 1995. Duduk dari kiri (depan): Rashidah Ishak, Khatijah Musa, Cikgu Fatimah, Rosiah Kadir, Zakiiah Muftah. Belakang dari kiri: Anisah Ahmad Jaini, Safiah Othman, Idzaliyah Razali, Jamilah Salim.

- Safiah (Pi) -

Webmaster: Aku nak mintak ampun bebanyak kat korang, orang koop...Coz aku ader cilok skit air tekan-tekan (Under korang nyer responsibility kan???)...Teringat aku, 1 malam tuh gi ambik air coke (curikler), tekannyer tekan gas dier abis...ambik ajerler air paip ngan ibu air coke...mak datuk pahit giler...So mintak halaller dari korang....

 

LDK (Latihan Dalam Kumpulan) 1 (02/04/2001)

Masa LDK programme. Tutup mata, ikut leader. kalau leader bawak masuk
longkang, ikutlah masuk longkang.......

- Safiah (Pi) -

Webmaster: Teringat kena sembur sekali..."Korang semua nih banyak bercakap...Kerja kurang"...Sabor2

 

ViewSign
Guestbook

FORUM


Event-Calendar


Karang Memori Anda ...Klik sini

Subscribe to XMRSMTpg8286

Favorite Links

YahooGroups

Alumni.NET

Al-Islam.com

TheStar.com

Maybank2U

Up ] Memori 1 ] Memori 2 ] Memori 3 ] [ Memori 4 ] Memori 5 ] Memori 6 ] Memori 7 ] Memori 8 ] Memori 9 ] Memori 10 ]


Powered by Microsoft FrontPage 2000.
Copyright © 2001-2002, xMRSMTaiping8286. All Rights Reserved.