xMRSMTaiping8286
 

Up Memori 1 Memori 2 Memori 3 Memori 4 Memori 5 Memori 6 Memori 7 Memori 8 Memori 9 Memori 10

 

Tarikupeh (30/03/2001)

Kalau tak silap, masa minggu 'kebudayaan'. Permainan tarik upeh macam zaman dulu2. Rasa2nya yang dalam gambar tu, Ucop Kacang (seluar merah) tengah tarik Kamaruzzaman Azmuni - Deka, dan Mat Toy - Tetra.

- Safiah (Pi) -

Webmaster: Teringat aku masa kecik, suka main layang-layang. Sorong---Tarik, Sorong---Tarik. Lagi best kasik hancur kaca, then campur ngan kulit telur, & then lumur ngan gam...Pas tu sapu kat benang...Wa cakap lu, kalau ader lelayang kutu lain, kasik dekat, then gesel diaorang nyer benang. Kasik putus...Puas ati aku beb. Hahaha.

 

Konsert 1 (30/03/2001)

Gambar masa 'Jamuan Perpisahan' Tingkatan 5, 1986. Ajinal tgh. menyanyi.

- Safiah (Pi) -

Aji & The Gang (apanama band...lupa lak!!!) mengadakan persembahan gaya rocker 80'an - Zaman Battle Of The Band. Cayalah brader...ada gayer ala-ala David Coverdale gitu - try tiru gayer Cik Laser bercakap (Deep Purple - Whitesnake). Tengah sedap nyanyi ada lak kutu naik pentas bagi bunga (siapa agaknyer yer), tapi tak patut betuller ader ker bunga lalang dibaginya kat Aji...Kokak-kokak penyanyi UNDERGROUND London pun dapat 50p. Tengok gambar nih aku teringat kat Adjeng...Last sekali tengok showmanship dia kat Semua House KL...Battle of The Band ler jugak. Sajer aku datang bagi sokongan moral - Masa tuh Adjeng masih lagi A-Level kat Cheras, & aku (Damit) kat UKM Bangi. Sayang tali gitar putus masa tuh, terkulat-kulat aku tengok brader BELANTARA si Zaid (Wei mana Belantara gi - senyap jer). Pada Badok lak, ko ader dengar citer tak? Pasal Metallica dah expel bassist diorang (lupa lak namanyer - rasernyer dari Fletsam & Jetsam)...so ader jawatan kosong nih...Berminat cuberler...Kalau ko tak nak gi oversea, kat Malaysia pun ader gak jawatan kosong untuk Bassist...XPDC...ngar citer diorang pun macam Metallica gak dah buang bassist tuh...apalagi!!! Tuh mamat yang main 2nd guitar tuh saper? Rasernyer macam Wazir ajer? Apa khabar ko sekarang?...Ader sesaper boleh confirm saper yang main drum tak? Rasernyer pasti bukan Apek Ketuk...Kesian ko drummer, mentang2 dok kat belakang, tak saper pedulik!

Webmaster: Still Got The Blues

 

Pak Belang 1 (28/03/2001)

Masa tuh kita form 2. Aku ingat lagi, malam selepas cuti panjang, cuti semester. Mungkin pasal letih giler, aku dan roomate (Jawa-Zuraini) tidur awal. Tengah sedap lena, tiba-tiba Halim Muda kejut aku..."Mit, bangun...Ko ader dengar aper-aper tak?" kata Halim. Masa tuh mamat nih tidur pan bilik aku (sorangjer-tarak roomate). Terpinga-pinga jap aku. Siapa lak kejut aku malam- malam buter nih. Tengah syok mimpi jumper awek, kacau daun betuller. Aku bukak mata...masayaalah...Halim Muda ngan muka pucatnyer..."Apsal Lim?, aku tanyer. "Eh, ko nih tidur matiler Mit, ko tak dengarker?", kata mamat tu lagi. "Bunyi apa?", aku tanyerler balik ngan penuh keconfusean. Tiba- tiba kami dengar ngauman pak belang...tul-tul kat ngan asrama kami...Sri Andalas. Terkedu jap aku. Tiba-tiba aku tak bleh nak cakap, kakitangan tak leh nak gerak...mati kutu ler tuh...Yes bunyi pak belang. Ada beberapa minit kitaorang tak bleh bangun...duduk perati kiri-kanan. Tengok Jawa tidur naik jeles lak aku. "Jom kita periksa pintu Mit", ajak si Halim. Aku pun dengan raser penuh tanggungjawap check pintu depan, dan mamat tuh check kat belakang...jauh sikitler Halim tuh nak jalan. Juz nak make sure everthing ok! Lepas tuh kitaorang kumpul balik kat bilik aku...Bunyi ngauman ader lagi tapi dah makin slow...lastly senyap terus...agaknyer dah balik kot fikirku, sajer nak sedapkan hati...Selepas lebih kurang 1 jam, then kitaorang sambung tidur...Cis, mana bleh tidur beb. Terngiang-ngiang ajer bunyi pak belang tuh...Hai, nasib baikler esok masih cuti...Ntah kul berapa baru aku dapat lelapkan mata. Halim Muda kat mana agaknyer ko sekarang ni yek???

Morale of the story: Nak tengok pak belang...gi ler zoo Taiping

-Damit-

 

Seram 2 (22/03/2001)

Alkisahnya pada satu malam di Asrama Dewi/Cempaka ... tak berapa ingat. Tapi masa tu Form 5. Malam tu memang rasa tak berapa sedap hati. Mata pulak tak nak pejam-pejam. Kenapalah agaknya. Aku ni pulak selalu mimpi pelik-pelik dan pernah rasa dihempap hantu. Tiba-tiba aje rasa berpeluh- peluh takut..... Roomate aku (Fauzila) dah pun belayar, rasanya dah sampai London. Aku alihkan pandangan aku ke dinding. apasal ni tiba-tiba aje rasa seram aje. Z....Z....Z Tiba-tiba aku terdengar bunyi bising sangat. Dengar seperi suara Milah malaung-laung sesuatu. Aku dengar orang berlari di depan bilik aku. Nyatalah Milah cuba menyatakan bahawa ada hamba Allah masuk dalam hostel. Apa lagi , aku rasa macam nak campak bantal tidur aku kat depan bilik dengan andaian hamba Allah tersebut jatuh semasa melintasi bilik aku. Tapi tak jadi, sebab dada berdebar- debar manakala peluh dingin memercik. tapi aku keluar bilik akhirnya, tiba-tiba dummmmmm......aku ingat hari nak hujan. rupa-rupanya pintu hostel dilanggar dan rebah ke lantai. aku mara ke depan dan aku nampak milah dan pelajar-pelaajar lain berkumpul di depan pintu. aku tanya 'kenapa?' milah cakap ada org ceroboh asrama. so yang nampak intruder tu terus describe yang org tersebut tinggi dan bla..bla.. so esoknya heboh satu maktab asrama perempuan kena ceroboh. yang kita pula pelajar perempuan suspect ramai orang termasuk kakitangan maktab (abang mail???? ya ke namanya). Nampak je dia siap sound pinchot(?). The next day bila siasatan dibuat ramailah kena suspect termasuklah my husband. kesiannya..... akhirnya ramailah yang disyakki dan disoalsiast. finally semua orang tahu bukannya kerja abang pekerja tu. masa tu pantang org pandang kita, kita mulalah suspect termasuklah member sekelas. ada yang bagi hint, tapi tak percaya. at last kita semua tahu kan hero-hero kita tu. so jangan terasa bila saya paparkan di dalam ruangan memori kerana sebab utama saya hanyalah nak share perasaan saya ketika itu di tahun 1996. 

P/S: sampai sekarang dok terfikir, tak cukup ke program asrama terbuka yang dianjurkan oleh maktab.

-Anita Mahmud (Nita)-

 

Cerita Inai (19/03/2001)

Rasanya tengok tajuk aje, semua budak perempuan ingat pasal kisah pakai inai. Especially yang tinggal kat Asrama Cempaka masa form 5. Masa tu, musim orang balik Haji. Since parents aku pergi menunaikan rukun Islam ke lima, aku pun bawaklah sikit buah tangan untuk kawan2 di Taiping. Lepas tu, apa lagi.... sakanlah semua bebudak perempuan form 5 berinai. Yang bestnya, kenalah pulak masa tu ada mock interview. Aku kena interview dengan Pengetua (Pak Mid). Salah satu soalan interviewnya "Saya perasan budak perempuan ramai yang pakai inai, dari mana dia orang dapat agaknya?". Eh! Pak Mid ni macama tahu2 pulak aku yang supply inai tu. Aku tak ingat apa jawapan aku kat Pengetua masa tu, tapi lepas lah jugak.

Itulah salah satu memori pahit manis yang aku pernah alami selama tinggal di MRSM..............................
-Safiah Othman (Pi)-

 

ViewSign
Guestbook

FORUM


Event-Calendar


Karang Memori Anda ...Klik sini

Subscribe to XMRSMTpg8286

Favorite Links

YahooGroups

Alumni.NET

Al-Islam.com

TheStar.com

Maybank2U

Up ] Memori 1 ] Memori 2 ] [ Memori 3 ] Memori 4 ] Memori 5 ] Memori 6 ] Memori 7 ] Memori 8 ] Memori 9 ] Memori 10 ]


Powered by Microsoft FrontPage 2000.
Copyright © 2001-2002, xMRSMTaiping8286. All Rights Reserved.