xMRSMTaiping8286
 

Up Memori 1 Memori 2 Memori 3 Memori 4 Memori 5 Memori 6 Memori 7 Memori 8 Memori 9 Memori 10

 

Adab Bersukan (26/07/2001)

Cerita nie kena confirm dgn Topek..... memang tidak dinafikan seteru beso kita kat taiping bebudak SMS (aka SERATAS skrg.) Ntah sapa punya idea waktu kita baru pindah Tpg, adala diorganise acara sukan antara mrsm/sms. Masa lawan volleyball court depan dewan besar....memang suasana panas (takde kena mengena dgn ajis panas)Taktau apasal, rasanya bebudak sms dah melawan tokeh @@##!!** n baling bola volleyball....so si topek pun mengajarla diaorang tatatertib bertandang rumah orang, akibatnya tertendangla bola tu nun jauh kat kawasan akademik. Nasib bola seterusnya tidak di ketahui................

Moral story.....melawat tempat orang bior beradab sikit, n bola volleyball kalau ditendang..boleh hilang dari pandangan!!!!

-Tukang Perati-

 

Sebut Betul-betul....(16/07/2001)

CHANDRA BOSE !
Maka si kaum ni pun dgn innocentnya menyebut CHANDRA BOSE (BOSE bunyik macam BOSEH). Maka melenting le Pak Matias membetulkannya CHANDRA BOSE (BOSE bunyik macam BOS). Kutu pun mengulang bacaannya.......

JOSE RIZAL
Maka kaum pun membaca JOSE (JOSE bunyik macam JOE SEH) RIZAL. Maka melenting le Pak Matias membetulkannya. JOSE RIZAL (JOSE bunyik macam HO SAY) RIZAL. Maka mat pun megulanglah bacaannya.......

Maaf tuan Matias, kita orang semua lidah budu, kepok, cincaluk dan belacann...Tapi kita berjaya jugak membanggakan Tuan Matias dgn purata kelulusan Sejarah yg tinggi. Terima kasih tuan Matias.
-Jenap-

 

SUN Cinema (12/07/2001)

Kaki wayang xMRSMTaiping. Ingat lagi tempat memorial ni? Kelentongler korang kalau dah lupa. Akupun ada ler pi tempat ni beberapa kali. Besakler kan orang muda. Bagi sesaper yang tak tau, panggung ni menawarkan cerita- cerita panas 18SG ++ kalau nak diklasifikasikan.

Ada sekali tu kan, aku dan beberapa orang kaum xMRSMTaiping ada ler menjengah Sun. Cari tempat duduk baik punyer, kalau orang tak ramai bolehler dok tempat yang strategik. Cerita dimulakan, wei ni citer baik nih, ada gak kekawan lain yang dah blah gi depan (ada kosong), aku still maintain tempat asal tu, viewing angle kira baik...tengah syok jamu mata, tiba-tiba...puff blackout...selang beberapa saat, keluar gambar balik...sieh diorang dok tayang citer lain lak...apara, this type of stori kat odeon pun boleh tengok U nyer rating jer... Aku tengok keliling, nampak beberapa orang pakai pakaian seragam...alamak polis ni, sah Sun kena RAID. Nak bangun cabut takut, so control hansem jer la...tengokler citer tu sampai 2 jam till the end.

Masa balik, apek kat kaunter depan dok sengih jer, "Solli aaa, time tarak baik, lain kali latang lagi aaa"...bebulu betul ler aku kat apek tu...yer la, kalau tak jadik tayang citer baik, tayangler yang ganas skit, Evil Dead ker, ni ntah apa2x nyer citer ntah...Aku pun terus berlalu ngan perasaan bengang........

Morale: Tak de ikhtibar apa-apa dari citer aku ni, boleh dikategorikan sebagai citer TAK BERMORAL jer....hahahaha

-Damit-

 

MRSM Muar (12/07/2001)

Nah ni dia gambar kenangan di Asrama Burhannudin MRSM Muar 1982. Nama jejaka hansem berkaitan ada disertakan....

- Dr Ahmad Faidzal (Bai) -

Webmaster - Tengok bola tu teringat aku masa kat Muar dulu, tiap petang main kat padang belakang makmal...Zame Panasler jadik kapten...Zame ko main bola lagi ker, atau dah gantung boot?

 

Rock Budu (11/07/2001)

Ini aku ada teringat sikit-sikit peristiwa kat dorm, tapi tahun bila aku dah lupa. Ini kira cerita rock budu le. Kisahnya, tak silap aku lepas bebudak balik dari cuti semester. Si Domeng, kalau aku tak salah (ataupun geng-geng Pantai Timur) ada le bawak balik budu. Biasa le, mana nak cari budu kat Taiping tu. So nak mengatasi masalah kegianan untuk membudukan diri, masing-masing bawak le bekalan budu fresh. Tapi ada lak kawan kita, D'Bone (yang ni aku sure) tak berkenan dengan aktiviti pembuduan ni. Yea la, orang Johor, mana main budu-budu ni, yea tak? Kawan ni pulak kutuk-kutuk budu, busuk le, kotor le dan macam-macam lagi tohmahan yang dilemparkan terhadap budu yang innocent tu. Jadi geng-geng Kelate & Ganu campur aku (orang Pahang le katakan) memulakan operasi membudukan si D'Bone. Kita orang kejar si D'Bone, nak kasi dia bau budu yang dia anti sangat tu. Dalam episod kejar-mengejar tu, D'Bone pun lari ke bilik dia, naik atas katil. Masa tu si Domeng (tolong clarify) naik sekali dan cuba suakan botol budu kat hidung D'Bone. Mamat tu dengan pantas mengkarate tangan pemegang botol budu tersebut mengakibatkan botol budu yang tak berdosa tu tercampak... lalu jatuh ke atas tilam D'Bone dan menumpahkan isi perutnya. Mak datuk, baunya punya la semerbak harum setaman. Bayangkanlah sebotol budu tumpah atas katil si D'Bone - mamat yang anti budu tu. Dia punya menyumpah le, tapi apa nak buat, nasi dah jadi budu. Bak kata orang dulu-dulu, ke mana tumpahnya budu kalau tak ke tilam. Penghujung ceritanya, sebotol bekalan budu dah short, dan sekeping tilam dah dihantar untuk ujian DNA dan didisposekan. So, ada moral ke story aku ni?
-Topek-
e-mail: tao-fei@yahoo.com

 

ViewSign
Guestbook

FORUM


Event-Calendar


Karang Memori Anda ...Klik sini

Subscribe to XMRSMTpg8286

Favorite Links

YahooGroups

Alumni.NET

Al-Islam.com

TheStar.com

Maybank2U

Up ] Memori 1 ] Memori 2 ] Memori 3 ] Memori 4 ] Memori 5 ] Memori 6 ] [ Memori 7 ] Memori 8 ] Memori 9 ] Memori 10 ]


Powered by Microsoft FrontPage 2000.
Copyright © 2001-2002, xMRSMTaiping8286. All Rights Reserved.