|
Merajuk (19/03/2001)
|
|
Masa kat Muar dulu, homeroom kitorang punya Advisor
ialah Cik Esah Mat...a very nice lady. Bila pindah ke Taiping, kitorang dapat
Mrs Lee Chai Poe, wife Cikgu Matias. First homeroom meeting, dia bantai cakap
English...tercengang- cenganglah semua orang especially si Mangganu, Aminordin,
Ajis Bunut dll. Habis aje meeting homeroom, kitorang pun buat meeting tergempar.
Di antara agendanya adalah untuk memohon menukar advisor kerana terdapat masalah
komunikasi. Bincang punya bincang, last-last kami memutuskan untuk melantik
seorang jurucakap untuk menyampaikan permintaan kami ini iaitu tak lain dan tak
bukan, Kamaruzzaman Mohamad. Dalam meeting yang kedua, Mrs. Lee Chai Poe masih
lagi hadir dalam mesyuarat kami dan masih lagi speaking. Sebelum mesyuarat
berakhir, beliau menyentuh tentang permintaan kami untuk menukar advisor. Dia
cakap macam ni, sebagai seorang guru Bahasa Inggeris, beliau merasa
bertanggungjawab untuk menggalakkan para pelajarnya untuk berkomunikasi dalam
bahasa Inggeris. Kalau dah susah sangat, it's okay kalau kita nak cakap Melayu
dengan dia sebab she would understand but she would never speak Malay to us.
Walau bagaimanapun, katanya, kalau kita rasa perkara ini menimbulkan masalah
yang sangat besar, beliau bersedialah untuk mengundurkan diri. Masa dia cakap tu,
mata dia berair aje...suarapun dah sedih. Lepas dia pergi, kitorangpun mesyuarat
lagi sekali.Kesian pulak kat dia... akhirnya permohonan kami telahpun
ditarikbalik dan kekallah Mrs Lee Chai Poe sebagai advisor kami hinggalah kami
meninggalkan MRSM. Gitulah kisahnya...
Moral of the story: 1.English is an international
language 2. Merajuklah pada yang sayang
|
-Faiezah Jemali- |
|
Hikmah (19/03/2001)
|
|
Masih ingat lagi pada Pengetua kita yang pertama?
Strict betul dia dengan batch kita, kan? Asyik condemn kita je.Tak macam Pak
Hamid. Anyway, ada satu incident yang berlaku kat Dewan Kuliah hingga
menyebabkan beliau terpaksa meninggalkan Dewan setelah dikutuk secara terbuka
oleh seorang pelajar batch kita. Seingat saya, dalam majlis tersebut terdapat
serombongan guru dan pelajar dari MRSM Seremban (agaknya)sempena dengan program
LDK yang sedang kita jalankan. Saya tak tau apa sebenarnya yang telah berlaku di
dalam Dewan pada hari itu sebab saya masuk lambat tapi memang tak patutlah
pelajar tersebut buat begitu terhadap Pengetua lebih-lebih lagi di hadapan
tetamu. Setelah melihat ketegangan yang wujud di antara kita dengan Pengetua,
salah seorang dari tetamu tersebut telah menasihatkan kita untuk pergi minta
maaf dengan Pengetua. Katanya, Pengetua kita ni menggunakan pendekatan
"reverse psychology" terhadap kita. Walaupun beliau selalu mencari
salah kita,( maklumlah..bila dah jadi senior ni mulalah ramai yang membuli
junior dan melanggar disiplin sekolah)tapi sebenarnya tujuan beliau berbuat
demikian adalah sebagai satu cabaran untuk kita membuktikan kepadanya bahawa
kita bukan seperti yang disangkakannya. Masuk akal jugak, betul, tak? Jadi
setelah dinasihatkan, maka keluarlah dari kalangan kita seorang, kemudian dua
orang, tiga, empat..last-last semua orang keluar dari Dewan untuk cari Pengetua
dan memohon maaf daripadanya. Nak dipendekkan cerita, hujanpun turun pada malam
itu. Gitulah kisahnya....
Moral of the story: Berhikmahlah dalam pergaulan. Ada
orang perlu dikutuk untuk berubah dan ada orang suka dipujuk untuk berubah.
Terserah anda...
|
-Faiezah Jemali- |
|
Rumah
Orang-orang Tua (19/03/2001)
|
|
Kisah ni saya tak berapa ingat sangat secara detail
tapi kalau tak silap ia adalah aktiviti AJK Penaja Persatuan Bekas Pelajar MRSM
semasa kita masih lagi berada di MRSM yang mana orang kuat pada masa itu adalah
Kamaruzzaman Mohamad, Aman J dll. Aktiviti yang saya maksudkan itu adalah
lawatan ke rumah orang-orang tua. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah
gotong-royong membersihkan kawasan rumah kebajikan berkenaan. Setelah selesai
menjalankan tugas, saya pun menghampiri seorang perempuan tua berbangsa India
dan mulalah berbual-bual dengannya. Dari satu topik ke satu topik, perbualan
kami menjadi semakin rancak. Akhirnya, saya pun tergerak untuk bertanya dengan
Aci tersebut,"Dah berapa lama Aci tinggal kat sini?". Si Aci tu
terkejut dan terus menjawab,"Ayoyo, saya sini juga kerja..".
Astaghfirullahalazim...ini sudah kes salah orang! Malunya tak tau nak cakap tapi
saya masih lagi mampu mengekalkan muka yang selamba. Lepas tu, sayapun cepat-
cepat mengakhiri perbualan dan beredar dari situ.
Moral of the story: Pandang ke kiri, pandang ke kanan
dan pandang ke kiri sekali lagi sebelum anda melintas jalan. Berhati-hati di
jalanraya!
|
|
-Faiezah Jemali-
|
|
Sakit 1 (15/03/2001)
|
|
Ada satu hari tu kan, aku memang letih giler. Malam sebelum tuh ada mesyuarat
Dorm. Perlantikkan AJK. Bermacam-macam cerita ada. Si Jenap buat rampasan kuasa
ler, kat Wing Kiri asrama Sri Buana...Lantak ko ler Nap...Anyway, itu cerita
lain, maybe korang boleh cerita detail.
Yang aku nak bagitau nih, aku keletihan yang amat sangat...so cuti alias
tuang kelasler jawabnyer. Nak jadikkan citer, Aziz Panas...baru ajer dilantik
AJK Kesihatan/Kebajikan kat Dorm aku, ronda punyer ronda mamat nih nampakler aku
terkedu sorang-sorang. "Apsal Mit?"..."Tak berapa sihatler Ziz"
aku mengajuk..."Takper ko tunggu sini, aku ambikkan obat", kata mamat
tu lagi. Selang 10 minit Aziz Panas datangler ngan segelas air dan 2 bijik
panadol kat tangan..."Mit! ko makan obat nih...gerenti baiknyer",
katanya kat aku. Aku tak lengah lagi terus ajer minum. Korang tau tak, air apa
yang Aziz Panas bagi kat aku...hehehe, air "Coke
Tekan-Tekan" dia beli kat bawah, kat mesin air tekan-tekan...Memang
kaw-kaw...lepas minum terus lentoq aku dibuatnyer.
Petang tuh, aku terjaga...Mamat Geduk balik prep...Aiii, yerler...mujarap
tuller ubat yang Aziz Panas bagi kat aku tadi...terus boleh main badminton
petang tuh....
Morale of the story: Kalau sakit, makanler obat...
|
-Damit- |
|
Askar Lagi (14/03/2001)
|
|
Masa tu Minggu Aktiviti...di antara programnya ialah masuk dalam hutan macam
yang Pi cerita dalam kisah "Kahwin Askar". Masa tu saya pulak dipilih
sebagai "Q"...kena pastikan supply cukup for everyone. Almaklum ajelah
kan..memandangkan anak buahnya ramai..."speaker" pulak kuat..so
terjerit-jerit ajelah dalam hutan tu untuk make sure semua orang dah dapat
makanan ke belum dan sebagainya. Selain daripada tu, ingat lagi tak, ada satu
masa tu kita kena buat "stand-to" (betulke spelling?) iaitu
berjaga-jaga pada waktu remang dari waktu petang nak masuk ke malam dan dari
waktu subuh hinggalah terbit matahari. Menurut kata askar tu, waktu-waktu macam
tulah musuh suka buat serang hendap sebab vision is not very clear. But then
kita sebagai umat Islam, masa tulah yang semua orang sibuk nak menunaikan
kewajipan masing- masing, betul tak? Finally, latihan bermalam di dalam hutan tu
pun tamat dan the officer in chargepun berilah comment pada kita semua sebelum
kita meninggalkan hutan. First thing dia cakap, kita semua ni sure dah lama kena
serang musuh kalau kita betul-betul askar yang duduk dalam hutan. Semuanya
disebabkan oleh 3 perkara: 1. Bising.(Orang pompuan...biasalah kan) 2. Pakaian (Sebenarnya
dia tak pernah tengok orang pakai telekung warna putih dalam hutan) 3.
"Stand-to" Haa..part ni yang dia marah sangat...Menurutnya, sepatutnya
masa "stand-to" tu, semua orang mesti senyap dan berjaga- jaga
memerhatikan musuh yang mungkin menyerang. Ini tak..ada yang baru bangun tidur
sempat gosok gigi dan cuci muka dulu baru buat "stand-to".Yang
sembahyang tu memanglah ada excuse..tak boleh elak sebab mestilah berwudhu'
sebelum sembahyang...yang lain tu ..? So dia kata kesimpulannya kita semua tak
dapatlah merasa keadaan sebenar menjadi askar hutan tapi sebaliknya dapat merasa
berkelah dalam hutan je...hmmm berkelahpun berkelahlah...seronok jugak, betul
tak?
Moral of the story: Gosoklah gigi walau di mana anda berada.(Kena sebut macam
Ras Adiba Radzi)
|
|
-Faiezah Jemali-
|
| |
|