Hot Spot (16/08/2001)
|
Bila dah baca memori member-member, dapat la recall
beberapa perkara semasa di dalam kelas Tetra. Kisah pinjam-meminjam
buku especially buku yang dikategorikan sebagai 'Hot Spot'.
Mula-mula memang pinjam kat library, tetapi nama pun 'Hot Spot', so
tak dapat nak pinjam lama-lama. ada saja suggestion drpd cikgu-
cikgu utk beli buku tambahan ni, maka yang ada duit tu pun belilah.
Tapi ada member yang nampak kita beli dah booking nak pinjam
sekiranya kita dah dapat buku tu nanti. Ceritanya begini....sorry ye
tak dapat nak mention nama tu, kalau mengaku kemudian hari tak apa
lan kan. So hamba Allah ni considered to be my best friend..apa
taknya tak pernah berpisah except masa English course selepas SPM
dan selepas graduate from university ..jeng,jeng sapa ye. Masa tu
form 3 kut, tengah nak buat persiapan nak menghadapi SRP. Katanya
nak pinjam buku Sains untuk digunakan mentelaah kat asrama pada
waktu malam. OK la .. ambil lah.
Banyak hari juga member ni pinjam.
OK la sebab aku nampak hari-hari dia bawa ke kelas. Dia guna dan
jaga buku tu dengan baik.. sehinggalah satu petang masa prep petang.
Aku tengok dia lentok atas meja..ZZZZZZ,nyenyaknya..lentok atas buku
la. Aku pergi kat meja dia dan perhati buku tu betul-betul. Macam
familiar je..Aku dengan sedaya upaya cuba nak tengok muka depan
buku..susah oii, takut dia terjaga. Betul la buku aku, apalagi aku
terus kejutkan dia. Apalagi member pun buka mata. Minta balik buku
aku..Aku pun check buku tu, rupanya bukannya hanya jadi teman tidur
member aku tu malah jadi penutup bekas maggi..ada kesan mee maggi
kering lagi..tension-tension. Anyway aku halalkan.. OK siapa lah
agaknya mat doq kat dalam kelas Tetra agaknya ye...
|
-Nita-
e-mail: nabila1996@hotmail.com
|
Dewan Kuliah
(13/08/2001)
|
Tempohari Bai ada citer pasal Dewan Makan also known
as Dewan Selera. Hari ni lak aku nak ambik kesempatan bercerita
secara dokumentari pasal Dewan Kuliah (DK)...sekali sekala layan
dokumentari canteq jugak.
Korang semua ingat lagi tak DK? Dewan ni lebih
kureng cam theatre ler jugak. Kat sini kita semua pernah berkuliah,
tak kiraler apa jenis kuliah. Biasanya kalau kelas campur (maklumler...MRSM
Taiping pun bukannya banyak sangat kelas), pastu kecik, so kalau ada
kelas gabung maka digunakanler DK nih coz boleh sumbat banyak sikit
kaum untuk belajar. Yang menariknya pasal kerusi jenis macam tangga
bertingkat gitu, payah sikit nak tidur pasal cikgu mesti nampak
punyer...hehe.
Selain kelas, DK gak digunakan untuk aktiviti lain
seperti mesyuarat, persatuan, demo dan beberapa hal lain yang kepala
hotak aku tak dapat nak recall sangat. Cuma nak bagitau korang yang
dah lupa, kat DK gak kita pernah mengalami satu peristiwa penting,
di mana bermula di situ kite telah menjalani apa yang dinamakan
Anjakan Paradigma (paradigm shift) - Programme Group Dynamics atau
Latihan Dalam Kumpulan. Pelikkan malam tu, aircon DK OK, malam lak
takder tanda nak hujan, tapi suasana DK cukup panas...seingat aku
hampir2x melayang kerusi dibuatnya...gara2x beberapa 'pegawai MARA'
yang nak menukar polisi kemasukan pelajar ke MRSM ... hehe kasik
orang lain lak citer hal ni...
Kemudian lak kat DK ni gak dijadikan panggung wayang...pakai
TV ajer. Badok & Geng bertanggungjawab melaksanakan program ni...dapat
gak collect duit skit isi tabung. Adala kaum yang nak masuk free,
ikut pintu belakang atau kamceng ngan BWP. Banyakler jugak citer
yang pernah ditayangkan termasukler citer martial art (kung fu ler),
& citer seram, & ganas eg Bronx Warriors. Masa tu seingat
aku Jelan, Topek & geng yang lain kerja keras lukis poster ---
hehe, macam Aamir Khan lak dalam citer Mann, kerja lukis poster
movie --- semangat brader. Tapi pas tu lokasi wayang ni dipindahkan
ke Dewan Besar, sambutan diluar dugaan kot, tak cukup kerusi...full
house ler tu.
Akhir sekali DK digunakan gak untuk study petang2x
hari minggu...alternatif bagi library. Aircon kan ada. Adaler kaum
yang ambik kesempatan 'berendek' kat situ, tapi setakat borak kosong
ajer...AGAKNYA....
|
-Damit- |
Ayam X-Files
(10/08/2001)
|
Membaca memori kengkawan memang sepantas kilat
membawak balik lain-lain memori yang terbenam di long term memory
aku. Kali ni aku nak bawak ingatan korang ke jaman kita form 2, eh,
form 3 kot, eh, hmm lupa lak. Sape-sape tolong clarify yek? Ini
kira-kiranya kisah ayam X-File le.
Ingat tak masa kita kena belajar praktikal
menyembelih ayam? Tak silap aku, kursus diberi oleh ustaz Ali.
Lokasi pulak kat Dewan Selera (teringat lak aku kat akak Kumar ngan
kak Zah). Tak silap aku kursus tu kira kursus fardhu kifayah, yea
la, orang Islam kena la tau bab semelih-semelih ni, baru la halal
dimakan yea tak?
Dipendekkan cerita, selepas Ustaz Ali beri
penerangan cara-cara semelih ayam tu, maka disuruhnya masing-masing
memilih partner untuk upacara praktikal menyembelih ayam tu. Dalam
gedebuk-gedebak tu, aku pun berpartner le dengan Hisham Gram. Aku
pun tak sure sama ada kita kena gilir-gilir semelih ke, ataupun
sorang je semelih. Tapi yang aku ingat, masa aku sembelih, si Hisham
ni sepatutnya memegang kepak ngan leher ayam tu. Maka si Hisham ni
pegang leher ayam, aku pun mencari-cari le urat marikh? (betul ke?)
untuk dipotong. Kira-kiranya aku dah confirm urat semua dah clear,
aku pun taruk pisau kat leher ayam tu, tarik atas, tarik bawah enam
kali (kalau aku tak silap le) mengikut ajaran Ustaz Ali. Lepas tu
aku suruh Hisham campak ayam tu, kira- kiranya nak tengok dia
menggelupur nak mati le. Ayam tu pun menggelupur le, kelepeh,
kelepeh, kelepeh, pas tu tiba-tiba dia relak lak, bangun jalan-
jalan. Tapi masa tu, kepala dia memang dah lentok. Apa taknya, aku
rasa leher dia memang dah nak putus aku kelar dengan pisau tu. Aku
pun beritau Ustaz Ali, dia suruh potong lagi leher ayam tu. Aku pun
tangkap ayam tu, try la juga potong lagi, walaupun aku dah sure
semua urat yang patut dipotong dah aku potong. Ayam tu tak mati-mati
lagi. Dah tu ada lak suruh guna petua cabut ekor ayam tu kalau nak
suruh dia mati. Aku cabut selai bulu kat bontot ayam tu, tak mati,
cabut dua lai bulu pun tak mati. Member-member lain yang tengok
semua dah gelak dah, woi malu aku woi, sembelih ayam tak mati
sedangkan member-member lain yang bertungkus lumus menyembelih ayam
masing-masing semua dah arwah. Ayam aku je yang power lagi.
Akhirnya ayam aku tu terpaksa mengalah dengan ajal
yang tak dapat dihalang. Tapi aku tak tau bila time yang tepat dia
mati walaupun aku sure yang ayam aku tu ayam yang terakhir mati
walaupun dia antara ayam yang terawal kena potong. Dan aku pun tak
pasti apakah punca ayam aku tu susah nak mati. Tapi teori aku ialah
masa si Hisham pegang leher ayam tu, mungkin dia terpegang kuat kat
urat Marikh tu, sampaikan darah ayam tu terblock daripada memancut
keluar dengan banyak. so, ayam tu masih dapat bertahan sebab darah
dia masih banyak. Yang bestnya lak, ayam-ayam tu semuanya dijadikan
lauk makan malam. So aku tak pasti sama ada ayam yang aku semelih tu
turut sama berada di dalam menu makan malam hari tu. Kalau di
jadikan lauk dan dimakan oleh kengkawan, tak heranlah kalau ada yang
keras hati dan keras kepala sebab termakan ayam yang tak nak mati.
So moral of the story of the ayam story that i story
you is that the story is history, he he ;-p and another moral of the
story is jangan le tidur-tidur ayam semasa menyembelih ayam!
|
-Topek-
e-mail: tao-fei@yahoo.com
|
Dewan Makan
(09/08/2001)
|
Dewan Makan (sometimes affectionately known to us as
"Dewan Selera")...why?, still misteri sebab most of the time - kurang
menyelerakan.
Anyway, it humbly begins in July 1983 masa bebudak batch kita berhijrah dari MRSM Muar (that is another weird place I tell
you!!!!)..............masa mula -mula seingat aku, dapur dewan makan belum
siap/gas takde so aku still ingat each time nak dekat masa makan, brader + kakak dewan makan dok masak guna kawah open air kat belakang DS. Meja makan n bangku takde so makan bermejakan kerusi
akademik (alaa yg plastik tu). As time goes by barula bermeja n
berbangku. When Taiping started there were no proper coop or canteen
(corridor pun tak sambung abih) tapi ada brader bukak warung kecik kat corner DS,
I remembered coz used to makan laksa n beli asam! Furthermore brader tula dpt tender bukak kantin afterwards. And kalu sesapa ingat, ada pakcik jual laksa atas motor selalu park luar pagar on the way to Bukit
Larut (another good excuse to go across the pagar!).
Within time DS evolved(surprisingly)...formal dinner, bukak puasa ikut homeroom, jual makan-makan and ada sekali tu kita disuruh makan in designated table
ikut homeroom. The idea (tak tau which Einstein yg cadang) tak dapat sambutan esp drp boys...I wonder why.
Kalau kat Muar kita terpaksa 100m dash each time nak makan(factor 1st time 1st serve n kalau beratur dgn senior alamat the next day baru dpt
makan). Kat Taiping, we can take the stroll .......lambat pun boleh terus
menyelit.
The latter years, they install a TV on each side..hooray!...if only the menu became as exciting as those Donald Duck cartoons that used to air time makan malam.
With regards to quantity, kalau baik dgn brader or kakak DS kekadang dapatla xtra or dapatla portion ayam yg
gebu. Does anyone still remember one warden used to kira berapa keping popodum sorang
dapat? Sad isn't it?...so much of other things to
worry about! And can anyone tell me kenapa there is only one public phone, dah tu kat tempat girls
aje? (Sila rujuk memori Damit on Fraud call).
Another good time was bulan posa, some boys berebut bangun awal so that they can ring the siren, how can one forget such loud wail.
And one fun activity was to watch all the muka mengantuk pegi makan just to find ikan masak kicap sooo fresh that it still has the scales on!!!
1986...final days, ...diam tak diam batch 82 dah idup 3 tahun lebih dgn food dewan makan mrsm
taiping. No wonder we turn out the way we did. It must be the xtra ingredient they put in the food he he he.
Final thots, bila mengenangkan balik............... after going through food kat MRSM Muar n Matrik MRSM
Kulim, Taiping food is still OK (using the word cautiously). My adik
beradik (n my wife) yg tak duduk asrama sampai sekarang takjub we had 6
meals a day (breakfast, am tea, lunch, pm tea, dinner n supper). At present,
with work etc.....four is good enough.
Morale of the story, rasanya takde but probably........... Do always remember the
hand that feeds you. So pada sesapa yg telah bertanggungjawap for our well being (where food is concern) masa kat
Taiping...Tima Kasssihhhhhhhh! |
-Bai- |
Keluar Malam 2
(09/08/2001)
|
Kesian Damit... nih aku menyumbang lagi, kasi ceria sikit 'memori'.
BTW betul la kau kata Mit, kalau nak bercerita history, baik
sekarang. RAM aku makin pudar...
Kita semua tau, keluar malam memang tak ada dalam vocabulary
undang2 sekolah. 'Hari Ini Dalam Sejarah', Pak Mid sudah kasi green
light satu malam tu. Tarak ingat ka? Masa tu form 5. Dekat SPM atau
tengah SPM. Aku rasa juniors semua dah balik rumah. Tinggal la kita
satu batch kat sekolah.
For whatever reason yg aku pun dah tak ingat,
Pak Mid panggil aku mengadap kat opis dia. Salah satu subject
ceramah - keluar malam. 'Apasal kau suka keluar malam?' tanya Pak
Mid. Aku jawap, boring kat sekolah pasal malam tak ada aktiviti.
'Kan tengah SPM, baik kau baca buku' sambung Pak Mid. Aku jawap, dah
khatam semua dah (jangan la caya pulak, aku kelentong Pak Mid aje).
'Bukan apa, aku risau kauorang kena pau ngan kutu kat bandar. Susah
aku nak jawap kat mak bapak kauorang nanti. Kau pun satu, kalau buat
benda salah, jangan sampai orang lain tau. Kau tengok siXXX tu,
bukan aku tak tau dia hisap rokok tapi pasal dia tak pernah kena
tangkap, kira dia budak okay la. Lain kali kalau nak buat benda yg
orang tak kasi, tanya dulu. Berbincang. Mana tau ada jalan tengah?'
ceramah Pak Mid (lebih kurang macam tu la).
Aikk.... dia kasi hint ke? Mulut aku yg sikit celupar ni pun terus
tanya, 'Kalau macam tu,
boleh tak saya nak keluar malam nih?'. Pak Mid tenung aku (dia
terkedu la tu... he.. he..). Kan dia yg kata boleh bincang, so aku
usulkan la. 'Okay. Boleh.' ringkas & padat jawapan Pak Mid. Aku
pun mintak la supaya the whole batch boleh keluar malam tu. Nak kasi
cool sikit otak yg tengah panas mengadap SPM. Tapi Pak Mid kata, tak
boleh la macam ni. Budak pompuan tak boleh la keluar, siapa nak jaga
diaoarang? Budak laki je boleh. Pada aku, ini pun sudah kira okay.
Peh tu, Pak Mid kata, ini tak settle lagi. Kena la request
officially. Nak kena ada b&w. Apa susah, aku keluar bilik dia,
mintak akak kerani taip permintaan keluar malam tuh. Mula2 tak
percaya dia, sampai dia masuk jumpa Pak Mid nak mengesahkan apa yg
aku mintak. Lepas Pak Mid sain surat tu, aku pun hebohkan la kat
member2. Siap PA sekali... So, 'Hari Ini Dalam Sejarah' hari tu boys
boleh keluar bandar sampai ke malam, tapi kena pakai uniform, kena
balik before 10pm. Lantak la. Janji ada green light (sapa dia yek?
mamat sorang nih kena tahan kat gate ngan warden pasal pakai seluar
ada stripe. kena menapak balik ke dorm tukar seluar).
Nak jadik cerita, almost semua balik before 10pm. Yang paling last, aku ngan
Yoyo (ekau sure dah lupa, masuk ikut pagar dekat sungai kecik
belakang kelas). Ada la pukul 11 lebih. Sori Pak Mid yek... tak
sengaja. And sori gak kat girls, aku failed convince Pak Mid mintak
kauorang dapat keluar sekali!
|
-Naleq-
|
| |
|