#VETERANCHAT
[HOME]
[User]
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang renungan untuk di tatapi bersama sila email ke veteranchat@yahoo.com
(Kesemuanya ini adalah hasil dari kiriman email yang diterima dan tidak diketahui siapa penulis asalnya... jadi kepada sesiapa yang nak duit royalti tu... mintak maaf jer lah... roti aku ada laa... ekekekekekek)
[Guestbook]
[Cerita - English]
[Cerita - Melayu]
Renungan ke dua puluh satu;

Wanita:  Akalnya senipis rambutnya

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada di dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus?
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah

Didiklah mereka dengan panduan darinya
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nanti mereka akan semakin liar
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan kerana mereka akan semakin menderita
Kenalkan mereka dengan Allah, zat yang kekal
Di situ punca kekuatan dunia

Akal senipis rambutnya, lebatkan ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman
Perasan slembut sutera, hiasilah dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana disitulah nantinya,
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Tuhan
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Tuhan
Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Tuhan

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak akan terhibur
Dan tidak akan menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus
Bahkan semakin membengkok
Itulah hakikat andai wanita tak kenal Tuhan

Bila wanita menjadi derhaka pasti dunia lelaki akan jadi huru-hara
Lelaki pula janganlah menhharapkan ketaatan semata-mata
Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi
Pimpinlah diri kepadaNya
Jinakkan diri kepada Allah
Nescaya akan jinaklah segalanya di bawah pimpinanmu
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az Zahra
Andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajjah.

Renungan ke dua puluh dua;

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."
[Berita]
[Link]
[Renungan - English]
[Renungan - Melayu 1]
[Renungan - Melayu 2]
[Renungan - Melayu 3]
[Renungan - Melayu 4 ~ 5]
[Renungan - Melayu 6]
[Renungan - Melayu 7]
[Renungan - Melayu 8]
[Renungan - Melayu 9]
[Renungan - Melayu 10]
[Renungan - Melayu 11]
[Renungan - Melayu 12]
[Renungan - Melayu 13]
[Renungan - Melayu 14]
[Renungan - Melayu 15 & 16]
[Renungan - Melayu 17 & 18]
[Renungan - Melayu 19 & 20]
[Renungan - Melayu 21 & 22]
[Renungan - Melayu 23 & 24]
[Album Gathering]