Laman Am
LAMAN
AM 1 ||||| LAMAN
AM 2
LAMAN
AM 3 ||||| LAMAN
AM 4
LAMAN
AM 5 |||||
LAMAN AM
6
LAMAN
AM 7 |||||
LAMAN AM
8
LAMAN
AM 9
||||| LAMAN
AM 10
LAMAN
AM 11 ||||| LAMAN
AM 12
LAMAN
AM 13 |||||
LAMAN AM
14
Petikan dari laman Ustaz
Shamsuri Onlinet
Ringkasan Sifat 20.
Sifat Dua Puluh
Allah Ta'ala adalah
Tuhan Maha Agung dan Maha sempurna. Maka wajib atas kita hambaNya mengenal
sifat-sifat yang ada
pada Allah Tuhan yang kita sembah. Sifat-sifat yang wajib dan yang mustahil
1. Wujud
: Ertinya ada maka mustahilnya adam( tiada )
2. Qidam
: Ertinya sedia maka mustahilnya huduth ( baharu )
3. Baqo'
: Ertinya kekal maka mustahilnya fana ( binasa )
4. Mukhalafatu-Lil-Hawadith
: Ertinya menyalahi dengan yang baharu. Maknanya Allah Ta'ala berlainan
dari segala-galanya dari segi zat sifat atau
perbuatan. Maka mustahilnya ialah Mumatha lah-Lil-Hawadith iaitu menyerupai
dengan segala yang baharu
5. Qiyamuhu Binafsih
: Ertinya berdiri dengan sendiri tanpa pertolongan sesiapa. Maka mustahilnya
ialah Ihtiyaj Li Ghairih iaitu berkehendakkan
kepada yang lain.
6. Wahdanniyah
: Ertinya Esa atau tunggal pada sifat dan perbuatanNya. Maka mustahilnya
ialah Ta'adud iaitu berbilang-bilang atau banyak.
7. Qudrat
: Ertinya berkuasa. Maka mustahilnya ajazun iaitu lemah
8. Iradat
: Ertinya berkehendak iaitu sesuatu iaitu berlaku dengan hanya dengan
izin Allah Ta'ala. Maka mustahilnya ialah karahah iaitu terpaksa.
9. Ilmu
: Ertinya Maha mengetahui maka mustahilnya ialah jahil
10. Hayat
: Ertinya hidup maka mustahilnya mautun iaitu mati.
11. Sama'
: Ertinya Maha mendengar. Maka mustahilnya a-samun iaitu pekak.
12. Bashar
: Ertinya Maha melihat.Maka mustahilnya a'ma iaitu buta.
13. Qalam
: Ertinya Maha berkata-kata. Maka mustahilnya abkamun iaitu bisu.
14. Kaunuhu Qodiran
: Ertinya Maha berkuasa ( dalilnya sama seperti Qudrat ) Maka mustahilnya
lemah.
15. Kaunuhu Muridan
: Ertinya berkemahuan sendiri. ( dalilnya sama seperti Iradat ) Maka mustahilnya
terpaksa.
16. Kaunuhu Alimun
: Ertinya Maha mengetahui. ( dalilnya sama seperti Ilmu ) Maka mustahilnya
jahil.
17. Kaunuhu Haiyyun
: Ertinya Maha hidup. ( dalilnya sama seperti Hayat ) Maka mustahilnya
mati
18. Kaunuhu Sami'un
: Ertinya Maha mendengar. ( dalilnya sama seperti Sama' ) Maka mustahilnya
pekak
19. Kaunuhu Bashiran
: Ertinya Maha melihat. ( dalilnya sama seperti Bashar ) Maka mustahilnya
buta
20. Kaunuhu Mutakaliman
: Ertinya Maha berkata-kata. ( dalilnya sama seperti Kalam ) Maka mustahilnya
bisu.
Ke
laman Ustaz Shamsuri Online.
Ke
laman Hadith 40 - Ustaz Shamsuri Online
Di bawah ini pula dipetik
dari kitab sifat 20.
SIFAT 20
Mengenai perkara yang berhubung
dengan Iman kepada Allah.
MA'RIFATULLAH
Perkara yang penting yang
diutamakan oleh syariat Islam, di atas tiap-tiap mukallaf ialah ma'rifatullah,
Mengenal Allah itu:-
Mengenal sifat-sifat Allah,
dengan dalil-dalil yang nyata dan terang, seperti ada Alam.
Ada Alam menunjukkan ada
Tuhan yang menjadikannya iaitu Allah s.w.t. Tuhan yang Maha Esa bersifat
wujud
ZATULLAH
Tidak siapa pun boleh mengetahui
Zat Allah melainkan Allah jua.
Dari itu - segala apa yang
terlintas di hati kecilmu, atau terfikir pada fikiranmu - Adalah Allah
berlainan dari segala-galanya itu.
LAI SA KAMITH-LIHI SYAIUN.
Tidak ada sepertinya sesuatu
jua pun.
SIFATULLAH
Mengetahui sifat-sifat Allah
itu, sama ada:-
1 - Dengan cara Ijmal
atau
2- Dengan cara Tafsil
IJMAL
Ijmal itu ertinya:-
Beriman dan mengetahui akan
sifat-sifat Allah dengan jalan ringkas, iaitu percaya dengan sungguh-sungguh
hati:-
Bahawa Allah bersifat dengan
segala "Saifatulkamal" sifat-sifat kesempurnaan - yang tidak terhingga
banyaknya, seperti berkuasa dan berilmu, tidak bersifat dengan segala "Saifatun
Noqsan" iaitu sifat-sifat kekurangan dan kehinaan seperti sifat lemah dan
bodoh.
TAFSIL
Tafsil itu ertinya:-
Beriman dan mengetahui akan
sifat-sifat Allah dengan lanjut, serta dengan huraiannya satu persatu dan
dalil-dalil yang menunjukkan sifat-sifat itu.
Sifat Tafsil itu terhimpun
di dalam dua puluh sifat iaiatu sifat-sifat yang wajib bagi Allah.
SIFAT-SIFAT YANG WAJIB BAGI
ALLAH
1. Ujud
ertinya Ada
2. Qidam ertinya
Sedia
3. Baqa ertinya
Kekal
4. Muhalafatuhu Lil
Hawathis, ertinya menyalahi bagi segala yang baharu.
5. Kiamuhu binafsihi,
ertinya berdiri dengan sendirinya.
6. Wahdaniat
ertinya Esa (tunggal)
7. Qudrah ertinya
berkuasa
8. Iradah ertinya
berkehendak
9. Ilmun ertinya
mengetahui.
10. Hayatun
ertinya hidup
11. Samiun ertinya
mendengar.
12. Basirun
ertinya melihat
13. Kalamun
ertinya berkata
14. Kaunuhu Ta'ala Qadiran ertinya yang berkuasa.
15. Kaunuhu Ta'ala
Muridan ertinya yang berkehendak.
16. Kaunuh Ta'ala
A'liman ertinya yang mengetahui
17. Kaunuh Ta'ala
Hayyan ertinya yang hidup.
18. Kaunuhu Ta'ala
Sami'an ertinya yang mendengar
19. Kaunuhu Ta'ala
Basiran ertinya yang melihat.
20. Kaunuh Ta'ala
Mutakalliman ertinya yang berkata.
_______________________________________________________________
UJUD
Ujud ertinya - Allah itu
ada.
Adanya Allah Ta'ala itu
dengan sendirinya.
Tidak ada permulaan dan
tidak ada kesudahan.
Firman Allah Ta'ala:
Wama min Ilahin Illallah.
Ertinya: Tidak ada
satu pun Tuhan yang sebenar melainkan Allah.
Manusia juga ada. Tetapi
adanya manusia bukan dengan sendirinya.
Manusia ada permulaan iaiatu
"ibu yang melahirkan"
Manusia ada kesudahan iaiatu
"mesti mati"
Yang demikian adanya Allah
dan ada sekelian makhluk Allah berlainan dari segi sifat ujudnya.
Allah wajib ada dan mesti
ada, lihatlah apa yang ada sekeliling kita, rumahtangga, perkakas dan pakaian,
rumah ada tukang, perkakas ada pembuatnya, pakaian ada tukang jahitnya.
Walaupun kita tidak melihat tukang-tukang itu.
Demikian Langit, Matahari,
Bulan, Bintang, Laut dan Sungai, tumbuh-tumbuhan, rumput-rumpai, gunung-ganang
- tentulah ada yang menjadikannya.
Samalah jua dengan pancaindera
manusia tangan kaki mata dan telinga kepala dan sebagainya tentulah ada
yang berkuasa menciptakan sedemikian itu. Ialah Allah yang bersifat ujud.
Firman Allah: Wallaahu
khalaqa kum wamaa ta'maluun.
Yang berlawan dengan sifat
ujud ialah 'Adam ertinya "tiada" atau tidak ada, iaitu mustahil bagi Allah
bersifat dengan "tiada" kerana sifat tiada itu termasuk dalam jumlah sifat-sifat
kekurangan, segala sifat-sifat kekurangan itu tidak boleh ada bagi Allah,
kalau Allah tiada - siapakah yang menjadikan Langit Bumi sebagaimana yang
tersebut di atas.
_______________________________________________________________
QIDAM
Qidam ertinya
Allah Ta'ala itu sudah sedia - sebelum suatu yang ada, dan
sedianya Allah Ta'ala dengan tidak ada permulaan.
Manusia tidak sedia - kerana
manusia dijadikan ada permulaan bagi kejadiannya.
Barang yang telah diakui
bahawa Allah Ta'ala itu ada dan Dia yang mencipta segala-gala yang ada
di Alam ini. Kerana itu, pencipta tentulah sedia mendahului barang yang
dicipta, kalau dia tidak mendahuluinya masakan ada apa yang diciptakan.
Allah berfirman: Huwal
Au-wa lu
Ertinya: Dialah yang dahulu
sedia tidak permulaan.
Umpamanya: Tukang membuat
rumah - tentulah tukang itu mesti ada sebelum ada rumah, tetapi kalau ada
rumah sebelum tukang maka itu mustahil kerana rumah tidak boleh terdiri
dengan sendirinya.
Lawan sifat Qidam
Yang berlawan dengan sifat
Qidam ialah sifat Huduth ertinya baharu.
Allah tidak boleh bersifat
dengan baharu kerana sifat baharu itu adalah sifat kekurangan iaitu mustahil
bagi Allah.
________________________________________________________________
Baqa
Baqa ertinya Allah Ta'ala
kekal.
Kekal Allah Ta'ala itu tetap
selama-lamanya, tidak ada kesudahan baginya atau binasa.
Manusia tidak kekal - kerana
ada kesudahan dan akan binasa.
Sekarang ini kita masih
hidup - tetapi satu masa nanti kita akan meninggal dunia - itulah kesudahan
manusia dan kebinasaannya.
Tuhan kekal, tidak binasa
sekali-kali, kalau Tuhan binasa, betapakah boleh ada makhluk-makhluk yang
dijadikan. Yang demikian Tuhan tetap ada, sedia dan kekal abadi selama-lamanya.
Firman Allah Ta'ala:
Allahu yabda ul khalqa thumma yu-iee-duhu thumma ilai hi tur ja'uun.
Ertinya: Allah yang
mula menjadikan Alam makhluk-makhluk kemudian Dia mengulanginya setelah
itu kepadanya kamu akan kembali.
Lawan Sifat Baqa
Yang Berlawan dengan sifat
Baqa ialah sifat Fana' ertinya binasa.
Akal kita tidak terima mengatakan
Allah itu binasa, kerana kalau Allah binasa - nescaya tidak ada suatu pun
di atas Alam ini. Dari itu mustahil Allah bersifat dengan fana' atau binasa.
_______________________________________________________________
MUKHA LAFATUHU LIL HAWADITH
Mukhalafatuhu Lil Hawadith
Ertinya menyalahi Allah bagi segala yang baharu.
Allah berlainan dari segala-galanya,
samada pada zat, sifat atau perbuatan.
Segala yang baharu itu ialah
makhluk iaitu segala benda atau apa sahaja yang dijadikan seperti manusia,
matahari, tumbuh-tumbuhan, bumi, gunung dan lain-lain.
Allah tidak serupa dengan
manusia dan tidak serupa dengan binatang, kerana manusia dan binatang itu
makhluk yang baharu dijadikan.
Allah tidak serupa dengan
segala kejadian-kejadian yang dijadikan-Nya.
Allah tidak serupa dengan
segala suatu yang ada.
Jelasnya: Tiap-tiap
suatu yang terlintas pada hati kecilmu. Allah bukan begitu.
Firman Allah:
Laisa kamith-lihi syai un
Ertinya: Tidak ada sepertinya
sesuatu jua.
- Walam yakun la
hu kufuan Ahad. -
Tidak ada siapa pun yang
setangding dengan Allah.
Lihat rumah dengan tukangnya.
Atau kasut dengan pembuatnya.
Tukang rumah bukan rumah
dan pembuat kasut bukan kasut.
Tuhan yang menajadikan sekelian
makhluk ini bukanlah tuhan itu serupa dengan makhluk, kalau tuhan serupa
dengan makhluk bererti tukang kasut itu dialah kasut.
- Lawan Sifat Mukha Lafatuhu
Lil Hawadith -
Yang berlawan dengan sifat
Mukhalafatuhu Lil Hawadith, ialah:
- Mumathalah - Lil - Hawadith
-
Ertinya menyerupai dengan
segala yang baharu.
Allah tidak boleh menyerupai
sama sekali dengan yang baharu, kalau Allah boleh menyerupai dengan yang
baharu - bererti "Allah baharu"
_______________________________________________________________
QIYAMUHU BI-NAFSIHI
Qiyamuhu bi-nafsihi -
Ertinya berdiri dengan sendirinya.
Allah mengurus segala sesuatu
samada kecil atau besar dengan sendirinya.
Allah tidak berkehendak
kepada tempat.
Allah tidak berkehendak
kepada makhluk yang dijadikannya bahkan makhluk berkehendak kepada Allah.
Bersalahan makhluk tidak
dapat berdiri dengan sendiri melainkan ada perkongsian di antara satu sama
lain, ada kait mengait diantara di antara satu urusan dengan satu urusasn.
Lihat: Kerajaan sebuah
negara tidak akan terdiri tanpa kaki tangan, penolong-penolong dan pegawai
dari berpangkat tinggi hingga serendah-rendahnya, buat mengendalikan urusan-urusan
kerajaan dalam pejabatnya.
Lihat seorang saudagar
tidak akan berjaya perniagaannya tanpa - pengurus, kerani, penjual, dan
pembeli. Dan tanpa bahan-bahan yang diperniagakan.
Lihat seorang peladang tidak
dapat membuat kerja diladangnya tanpa tajak, cangkul, benih, air dan sebagainya.
Lihat tukang tidak dapat
membuat sesuatu kerja pertukangannya tanpa pahat gergaji, penukul dan sebagainya.
Tuhan yang mengendalikan
Alam yang luas ini tidak berkehendakkan kepada pembantu dan kepada alat
perkakas kerana dia berdiri dengan sendirinya.
- Allah-hu, La-ilaha Il-la
Huwal hai y ul qaiyum. -
Ertinya: Dialah Allah, tiada
Tuhan melainkan Dia yang hidup - lagi berdiri dengan sendirinya.
Lawan Sifat Qiyamuhu bi-nafsihi
Yang berlawanan dengan sifat
Qiyamuhu bi-nafsihi ialah:-
- Ihtiyaj Li Ghairihi -
Ertinya Berkehendak
kepada yang lain
Berkehendak kepada yang
lain itu mustahil - dan tidak diterima oleh akal fikiran bahawa Allah memerlukan
kepada bantuan atau berkehendak kepada suatu, kerana dia terkaya dari segala-galanya.
________________________________________________________________
WAHDANIAH
Wahdaniah ertinya asa atau
tunggal
Allah itu asa, tidak ada
sekutu baginya.
Allah tidak ada kawan, tidak
ada semacam dengan-Nya.
Tidak ada bandingan, dan
tidak ada yang menyerupainya.
Allah - Tuhan yang asa dan
tunggal pada zatnya - sifatnya - dan perbuatannya.
Kalau dikatakan Tuhan itu
dua atau lebih, tentulah bertentangan di antara satu dengan yang lain -
satu mahu satu tidak mahu. Tidaklah jadi Alam ini.
Firman Allah : In-namaa
Ilaahukum Ilaahun wahid.
Ertinya: Hanya Tuhan kamu
itu - Tuhan yang satu.
Lawan sifat Wahdaniah
Yang berlawan dengan sifat
Wahdaniah ialah Ta-addud.
Ertinya: berbilang-bilang.
Berbilang-bilang itu ertinya
banyak Tuhan.
Kalau Tuhan banyak, tentulah
tiap-tiap Tuhan berkuasa.
Kalau banyak kuasa tentulah
berlaku kacau-bilau - huru-hara, dari itu mustahil Allah Ta'ala berbilang-bilang.
Firman Allah Ta'ala:-
Qul Huwallaahu Ahad
Ertinya Katakan bahawa Tuhan
itu satu - tidak banyak dan tidak berbilang-bilangan.
_______________________________________________________________
IRADAH
Iradah ertinya
berkehendak.
Allah Subha nahu wata'ala
- berkehendak, tidak terjadi suatu melainkan dengan kehendak-Nya, apa
yang dikehendaki mesti jadi, dan yang tiada dikehendaki tidak akan jadi.
Seperti - Allah berkehendak
menjadikan dunia ini, dan menjadikan tiap-tiap suatu di dalam dunia.
Kemudian Allah mengatur
perjalanan dunia dan perjalanan isi dunia.
Aturan-aturan itu menurut
kehendak Allah sendiri tidak menurut kehendak siapa-siapa.
Allah tidak dipaksa atau
terpaksa membuat suatu - melainkan dengan kehendaknya dan tidak ada suatu
kuasa yang dapat menghalang kehendak Allah.
Firman Allah: Fa'aalun
Limaa yurid.
Ertinya Ia melakukan
apa yang ia kehendak.
Lawan sifat Iradah
Yang berlawan dengan sifat
Iradah ialah Karahah.
Ertinya terpaksa dan
dipaksa.
Kalau Tuhan terpaksa, ada
yang memaksanya. Kalau ada sedemikian itu bukan namanya Tuhan kerana dia
menunjukkan lemah, sedangkan lemah itu satu dari sifat kekurangan, yang
demikian mustahil Tuhan lemah, dan akan fikiran kita tidak menerima sekali-kali
bahawa keadaan Allah itu lemah - dan dipaksa-paksa.
________________________________________________________________
HAYATUN
Hayatun Ertinya
Hidup
Allah itu hidaup.
Hidup Allah tidak serupa
dengan hidup makhluk. Bukan pula sebagai hidup pohon-pohon dan sebagainya,
hidup makhluk dengan ada nyawa dan perjalanan darah.
Hidup makhluk mesti makan
dan minum
Hidup makhluk berakhir dengan
mati.
Hidup pohon-pohon dengan
air, udara dan cahaya matahari.
Tetapi Allah hidup kekal
dan tidak ada kesudahannya.
Dalil yang menunjukkan Allah
itu hidup -
Firman Allah: Wa-tawak-kal
'Alal Hayel Ladzi La-yamut.
Lawan sifat Hayatun.
Yang berlawan dengan sifat
Hayatun ialah Maut Ertinya mati.
Allah tidak boleh bersifat
dengan mati.
Kalau Allah mati - bagaimana
Allah menghidupkan makhluk-makhluknya.
Yang demikian mati mustahil
bagi Allah.
________________________________________________________________
SAMI'UN
Sami'un ertinya mendengar.
Allah mendengar tiap-tiap
suatu.
Allah mendengar apa sahaja
yang diperkatakan - samada kuat atau bisik-bisikan.
Pendengaran Allah tidak
terhalang dengan apa pun.
PendengaranNya tidak seperti
pendengaran makhluk.
Kerana pendengaran makhluk
dengan perantaraan telinga, bunyi-bunyi, dan suara.
Tetapi pendengaran Allah
tidak dengan perantaraan sesuatu.
Firman Allah: Wa Huwas
Sami-'ul 'Alim.
Ertinya: Dan Dia mendengar
lagi amat mengetahui.
Lawan sifat Sami'un.
Yang berlawan dengan sifat
Sami'un ialah A'sam Ertinya pekak.
Allah mendengar tidak pekak,
kerana pekak itu sifat kekurangan, kalau Allah pekak bagaimana ia boleh
mendengar permintaan-permintaan makhlukNya, dan mengqabulkan permintaan-permintaan
setiap hambaNya.
_______________________________________________________________
BASARUN
Basarun - Ertinya Melihat.
Allah melihat tiap-tiap
sesuatu.
Allah melihat apa sahaja,
walaupun semut hitam diwaktu malam yang kelam, atau lebih kecil daripadanya.
Penglihatan Allah tidak
terlindung dengan sesuatu apa pun samada di muka bumi atau di dalamnya,
di atas langit, dan apa yang terkandung di langit.
Penglihatannya tidak seperti
penglihatan makhluk, kerana penglihatan makhluk dengan perantaraan mata
dan biji mata, tetapi penglihatan Allah tidak dengan perantaraan sesuatu.
Dalil yang menunjukkan Allah
itu melihat.
Firman Allah: In-nahu
Bikulli syai in Basir.
Ertinya: Dialah yang
melihat segala-galanya.
Lawan Sifat Basarun.
Yang berlawan dengan sifat
Basarun ialah 'A'A' -ma
Ertinya buta, iaitu
Tuhan tidak buta - kerana buta itu - sifat kekurangan. Kalau Tuhan
buta tidak nampak - bagaimana Tuhan memberi nikmat dan pemberian-pemberian
kepada hamba-hambaNya.
Yang demikian mustahil
Tuhan buta.
________________________________________________________________
KALAMUN.
Kalamun Ertinya berkata-kata.
Allah berkata-kata - perkataanNya
tidak seperti makhluk kerana kata-kata makhluk itu disebut dengan perantaraan
mulut, lidah dan dua bibir, perkataan itu berhuruf, suara lagi teratur,
perkataan-perkataannya ada dahulu dan ada kemudian.
Tetapi Allah berkata-kata
dengan tidak ada suatu perantaraan.
Firman Allah: Wa-kal
lamallahu Musa Taklima.
Ertinya: Dan Allah
telah berkata-kata kepada Musa dengan sebenar-benarnya.
Lawan Sifat Kalamun.
Yang berlawanan dengan sifat
Kalamun ialah Abkam, ertinya: bisu - iaitu Tuhan tidak boleh berkata-kata.
Tetapi benarkah Tuhan itu
bisu? tidak! Tuhan tidak bisu - kerana bisu sifat kekurangan.
Kalau Tuhan tidak boleh
berkata-kata atau Tuhan itu bisu, bagaimana ia menyuruh dan melarang.
Yang demikian mustahil bagi
Allah bisu.
________________________________________________________________
KAUNUHU QADIRAN.
Ada pun Kaunuh Qadiran
dalilnya samalah jua dengan dalil Qudrah kerana Allah yang bersifat Qudrah
itu dinamai (Qadiran yang berkuasa).
________________________________________________________________
KAUNUHU MURIDAN.
Kaunuhu Muridan dalilnya
samalah jua dengan dalil (Iradah) kerana Allah yang bersifat Iradah itu
dinamai (Muridan - yang dikehendaki dan yang berkemahuan sendiri).
_______________________________________________________________
KAUNUHU 'ALIMAN.
Kaunuhu 'Aliman, dalilnya
seperti dalil 'Aliman jua, kerana Allah yang bersifat Ilmun itu dinamai
('Aliman - yang mengethaui).
________________________________________________________________
KAUNUHU HAIYAN.
Dalilnya tak ubah jua seperti
dalil hayat kerana yang bersifat hayat itu dinamai Haiyan (yang hidup)
________________________________________________________________
KAUNUHU SAMI'AN.
Dalil seperti dalil Sami'un
jua. Kerana yang bersifat sami'un itu dinamai (Samioan) yang mendengar.
________________________________________________________________
KAUNUHU BASIRAN.
Dalilnya seperti dalil (basirun)
jua. Kerana yang bersifat basirun itu dinamai (basiran) yang melihat.
________________________________________________________________
KAUNUHU MUTAKALLIMAN.
Dalilnya seperti mana dalil
Kalamun jua. Kerana yang bersifat kalamun itu dinamai (Mutakalliman) yang
berkata-kata.
________________________________________________________________
APA ERTI SIFAT-SIFAT MUSTAHIL
BAGI ALLAH
Mustahil: ertinya perkara
yang tidak diterima oleh akal fikiran akan adanya perkara itu.
Sifat-sifat mustahil bagi
Allah: ialah sifat-sifat yang tidak diterima oleh akal akan adanya sifat-sifat
itu di sisi Allah.
Kesimpulan sifat-sifat mustahil
itu - ialah segala sifat kekurangan - atau segala sifat yang tidak sempurna
bagi Allah seperti sifat a'dam - tidak ada,
ajzun - lemah, karahah -
paksa dan lain-lain.
SIFAT-SIFAT MUSTAHIL BAGI
ALLAH.
(1) A'dam - tidak
ada Lawannya Ujud - ada.
(2) Huduth - baharu
Lawannya Qidam - sedia.
(3) Fana' -
binasa Lawannya Baqa' - kekal.
(4) Muma-thalatu-Lil
Hawathis - Menyerupa bagi yang baharu Lawannya Mukha lafatuhu Lil
Hawathis - Menyalahi bagi yang baharu.
(5) Ihtiyaj Li-Fhairihi
- berkehendak kepada yang lain Lawannya Qiyamuhu bi-nafsihi berdiri degan
sendiri.
(6) Ta-addud - Berbilang-bilang
Lawannya Wahdaniah - asa (satu).
(7) A'jazun - Lemah
Lawannya Qudrah - Berkuasa.
(8) Karahah - Terpaksa
Lawannya Ilmun - Mengetahui.
(9) Jahlun -
Bodoh Lawannya Ilmun - Mengetahui.
(10) Mautun - Mati
Lawannya Hayatun - Hidup.
(11) A-sasmun - Pekak
Lawannya Sami'un - Mendengar.
(12) A-A'ma
- Buta Lawannya Basarun - Melihat.
(13) Abkamun
- Bisu Lawannya Kalamun - Berkata-kata.
SIFAT-SIFAT YANG
HARUS PADA HAK ALLAH.
Contoh:
Ali cerdik
- Adiknya bodoh.
Hasan kaya -
Husin miskin.
Halimah cantik
- Salimah hodoh.
Siapakah yang menjadikan
Ali cerdik - adiknya bodoh?
Siapakah yang memberi kekayaan
kepada Hasan dan memberi kemiskinan kepada Husin?
Siapakah yang membuat Halimah
cantik dan Salimah hodoh?
Ini semua perbuatan Allah.
Perbuatan-perbuatan seperti
ini dinamakan dia mumkin atau mumkinat.
Mumkin atau mumkinan - ertinya
tiap-tiap suatu yang boleh dilakukan oleh Allah, atau tidak dilakukan olehnya.
Sifat yang harus bagi Allah
- ialah membuat tiap-tiap mumkin atau tidak membuatnya, seperti contoh
di atas.
Firman Allah: Wa-Rabbuka
yakh luqu maa yasya-u wa-yakhtar.
Ertinya: Tuhanmu yang
menjadikan apa yang dikehendaki-Nya dan apa yang dipilih-Nya.
-TAMAT -
________________________________________________________________
SELESAI - 21.02.2000.
JAM: 10.20 MALAM.
KE
LAMAN AM 12
KE
ATAS
KE
LAMAN BIODATA
KE
LAMAN