Zapin Pekajang yang berasal dari Kampung Pekajang, Gelang Patah lobor Bahru diasaskan oleh Allahyarham Abd Rashid bin Riona yang telah diturunkan kepada tiga
orang anaknya iaitu Allahyarham Mohd Zafin bin Abd
Rashid, En. Yaakob bin Abd Rasbid dan Allahyarham
En. Ali bin Abd Rasbid. Sebelum meninggal dunia En.
Mobd Zafin Abd Rasbid telah mengabadikan Zapin
Pekajang kepada enam orang anaknya iaitu Hamzah bin
Mobd Zafin, Zulkifli bin Mobd Zafin, Zainal Abidin bin Mobd Zafin, Shamsil Bahrin bin Mobd Zafin, Shamsul Kahar bin Mobd Zafin dan Norzahid bin Mobd Zafin. Kelima-lima orang anak Allahyarham Mobd Zafin masib giat berzapin terutamanya di majlis-majlis Menurut En. Zainal, Zapin Pekajang yang mengandungi 13 ragam ini kebiasaannya ditarikan di hadapan pasangan pengantin pada malam berinai. Penari-penari zapin ini memegang bunga telur di tangan kanan sambil tangan kiri menyingsing kain samping. Zapin Pekajang ini ditarikan hanya oleh penari lelaki sahaja kerana pergerakan tarian ini agak gagah dan bertenaga. Menurut beliau lagi, Zapin Pekajang ada kemungkinannya juga dibawa dari Kepulauan Riau sekitar tahun 20-an dan diolah semula oleh Allahyarham Abd. Rashid kerana pada ketika itu nendanya sering berulang-alik ke Kepulauan Riau untuk mengunjungi keluarga mereka yang masih berada di sekitar Kepulauan Riau. Sebagai pendukung seni dan muzik di Yayasan Warisan Johor, En. Zainal Abidin yang dilahirkan pada 13 Disember 1956 seakan-akan mengambil alih peranan mengembangkan Zapin Pekajang ini kepada umum melalui Yayasan Warisan Johor. Justeru, beliau telah menjadi tenaga pengajar Zapin Pekajang kepada Artis Budaya Yayasan Warisan Johor. Selain itu beliau juga telah memperkembangkan zapin ini kepada anak-anaknya dan kepada para belia di Kampung Pekajang dan sekitar mukim Tanjung Kupang. |