Chart Foto Lagu Riadah K.K.B Member Cari Makan Mari Memasak
Makna sepuh Petua Lagu Bonos Data Peribadi Perisian

Laman lagu lain Pencari Jenaka
Buku Tetamu Jelajah Komputer - Am Panduan Berita Kalendar Pencari Asia
Paparan Utama
[Sain buku tetamu sepuh] [Jelajah buku tetamu sepuh] [Ke paparan sepuh]


ACARA-ACARA RIADAH YANG TELAH DIJADUALKAN DAN KOMEN SELEPAS RIADAH DIPENUHI DI TEKNIKAL BERNAMA ATAU MAFIA CORPORATION SEPANJANG TAHUN 1998.


Pasukan bola Mafia Corp

Penaja jersey Mafia Corparation


MAC

( I )Liga Boling Professional Teknikal Bernama Tertutup 1998 pusingan pertama akan berlangsung di Lakers Bowl Cheras pada 1hb. Mac 1998 jam 10 pagi. Seramai 31 peserta mengambil bahagian. Pertandingan ini akan berlangsung sebanyak 6 pusingan selama 6 bulan.

SENARAI AJK

KEPUTUSAN PUSINGAN PERTAMA

PERSEORANGAN

BEREGU


( II )BOLASEPAK PERSAHABATAN---Perlawanan Bolasepak Persahabatan diantara Teknikal Bernama( Mafia Corp ) dengan Pengarang Bernama pada 7hb. Mac 1998 di Padang Telecom Training Center, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, pada jam 1700. Saksikanlah beramai-ramai. Perlawanan yang dijangka hebat dan menarik dengan caturan strategi dan helah-helah professional sempena France 98. Sedang berurusan dengan ESPN,CNN,ABC Economic News dan HBO untuk siaran langsung ke seluruh dunia.Tiket-tiket akan dijual dan boleh didapati disemua pintu masuk stadium utama diseluruh Malaysia pada 6hb. Mac tepat 12 malam atau boleh dipesan terus dari FIFA. Harga tiket sedang dalam rundingan dengan stesen-stesen telivisen dan seponsor.


Bolasepak Persahabatan - Perlawanan bolasepak diantara Teknikal dan Pengarang Bernama telah ditukar kepada Teknikal dan Bernama All Star.

SENARAI JAWATANKUASA BOLASEPAK TEKNIKAL BERNAMA ( MAFIA CORP )

KEPUTUSAN, ULASAN DAN SENARAI NAMA PEMAIN


( III )Bujang Day - di Teluk Kemang pada 28hb. dan 29hb. Mac 1998. Seramai 30 + 5 orang telah mendaftar dan memberi persetujuan menyertai perhimpunan Teknikal ini.Pendaftaran ditutup...dah penuh...

Sebarang kejadian yang tidak diingini adalah tanggungjawab sendiri...

ATURCARA BUJANG DAY FOTO-FOTO SEMASA BUJANG DAY


APRIL

Liga Boling Professional Teknikal Bernama Tertutup 1998 pusingan kedua akan berlangsung di Lakers Bowl pada 5hb. April 98.

ULASAN

KEPUTUSAN UPSET DAN DOWNSET


MEI

I )Liga Boling Professional Teknikal Bernama Tertutup 1998 pusingan ketiga akan berlangsung di Lakers Bowl pada 3hb. Mei 98.

KEPUTUSAN PERSEORANGAN
KEPUTUSAN BEREGU
KEMBALI MENEBUS MARUAH

II )Penerimaan jersey tajaan Bloomberg.

LAKARANNYA

III)Melancong sambil studi ke Kota Bahru dan seangkatan selama 4 malam 3 hari dari 8 hingga 11hb.

CERITANYA LEPASTU PULAK

IV)Bolasepak - Perlawanan persahabatan antara Teknikal Bernama ( Mafia Corp ) dengan Computer System Advisor ( CSA ) akan berlangsung pada 16hb. Mei 1998 di Padang Telekom, Jalan Semarak jam 5.09 petang. - penayangan jersey baru.

Tiket-tiket berharga US100, US300 dan US500 telah mula dijual sejak 3 bulan yang lepas melalui halaman web http://www.tiket.com

Siaran langsung hanya di TV7 Siam kerana TV lain tidak berupaya membeli hak penayangan.
Gemparan Permainan

Perhatian : Saudara Baki Ghani telah dilantik sebagai Penyelaras pasukan bolasepak Mafia Corporation.


JUN

I)Perlawanan persahabatan bolasepak diantara Mafia Corporation dengan Malaysian Mining Corporation di Padang Hospital Besar K.L. pada 1hb. Jun 1998.

Siaran langsung tidak dapat diadakan kerana kamera semua masuk air. Cuma delay telecast keseluruh Kampung Bunut Payung 13 saat selepas perlawanan berakhir.
Alrightttttttt...!!!!

II)Bola lagi...perlawanan persahabatan dengan INTAN di padang INTAN pada 5hb. Jun 1998 jam 5.30 petang. Siaran langsung ditiadakan kerana player tak mahu diexpose kat tv selalu....segan.
Menang Lagi...dan lagi...dan lagi!!!!

III)Liga Boling Professional Teknikal Bernama Tertutup 1998 pusingan keempat akan berlangsung di Lakers Bowl pada 6hb. Jun 98.

Sorang-sorang
Dua-dua orang
Turun Lif Naik Lif
High Game dan High Series sehingga pusingan ke - 4


JULAI

Bola lagi - 8hb. Julai 1998 - Persahabatan dengan Maybank Medan Tuanku di KSS, Kg. Baru jam 5.30 petang. Perlawanan ni diadakan secara mengejut...namun siaran langsung telah berjaya diadakan keseluruh Kg. Baru dan kawasan-kawasan yang dapat menikmatinya. Ini kerana Sarjan telah membenarkan kereta kancilnya dijadikan janakuasa untuk mendapatkan kuasa penyiaran.
Penceritaan berpantun-pantunan dalam kes yang dimenangi kali ni

Liga Boling Professional Teknikal Bernama Tertutup 1998 pusingan kelima akan berlangsung di Lakers Bowl pada 9hb. Julai 98, jam 7 malam.

Sorang-sorang
Dua-dua orang
Gedebusssssss dan genaik ala cintan
Keseluruhan Beregu Hingga Pusingan Ke - 5
Keseluruhan Perseorangan Hingga Pusingan Ke - 5

29hb. July 1998Bolasepak pengeratan persahabatan dengan JAWI di Sekolah Menengah Sri Rampai, Setapak jam 5 petang.

Kemenangan kepada Mafia Corporation 4 berbalas 1.


OGOS

Liga Boling Professional Teknikal Bernama Tertutup 1998 pusingan keenam akan berlangsung di Lakers Bowl pada 2hb. Ogos 98.

Pusingan terakhir dan penentu kedudukan

Keputusan perseorangan berserabut Keputu - berputu beregu

Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada hari Rabu bersamaan 5hb. Ogos 98 di Kantin Bernama jam 5 petang.

Boling Kalahmati Teknikal Bernama di Lakers Bowl pada 22hb. Ogos 1998


SEPTEMBER

Semua kegiatan riadah dihentikan bagi memberi tumpuan yang tidak menyimpang walau sesaat kala, terhadap menjayakan SUKOM 98, dimana Bernama dilantik sebagai Host News Agencies.




OKTOBER

Kejohanan Bolasepak 7 Sebelah Tertutup Teknikal 1998 dari 12hb. Okt. hingga 2hb. Nov. 98 di Stadium Peringatan La Olimpia, Lebuharaya Fletcher, Kuala Lumpur.


[Sain buku tetamu sepuh] [Jelajah buku tetamu sepuh] [Ke paparan sepuh]


Chart Foto Lagu Riadah K.K.B Member Cari Makan Mari Memasak
Makna sepuh Petua Lagu Bonos Data Peribadi Perisian

Laman lagu lain Pencari Jenaka
Buku Tetamu Jelajah Komputer - Am Panduan Berita Kalendar Pencari Asia
Paparan Utama