Laman Utama
Pengenalan
Berita
Terkini
Jerawat (ACNE)
ADD
ADHD
Angina
Pektoris
Aplastic
Anemia
Sindrom
Asperger
Barah
Payudara
Bronkitis
Kronik
Kanser
Prostat
Dimentia(Nyanyuk)
Disleksia
Epilepsi
Gout
Keguguran
Rambut
Sakit
Jantung
Kolesterol
Tinggi
Akupuntur/Herba
Asma / Lelah
Alahan
Anaemia
Autisme
Awet Muda
Barah/Tumor
Barah
Rahim
Darah
Tinggi
Kencing
Manis
Endometriosis
Putus
Haid(Menopause)
Hepatitis
Hepatitis
B
Insomia
Jaundis
(Demam Kuning)
Sindrom
Kaki Resah
Kardiovascular
Kayap
Migrain
Rawatan
Sakit
Belakang(Slip Disc)
Sakit
Kepala (Cluster) Schizophrenia Seks Sinus
/Resdung SLE
Talasemia
Rundingan
|
|
Attention-Deficit Disorder (ADD)
Simptom yang dapat di lihat bagi sindrom ini ialah kurang penumpuan, terlalu agresif dan mudah terpengaruh. Ini adalah simptom-simptom yang ketara yang dapat di kenal pasti di kalangan kanak-kanak. Kebiasaannya mereka kurang memberi tumpuan kepada perkara penting contohnya di bilik darjah dan lebih suka melihat di luar kelas semasa guru mengajar. Ini merujuk kepada daya perhatian yang singkat, bersikap kurang serius dan kurang daya untuk membuat keputusan dan pilihan. Ada juga kanak-kanak yang menghidap sindrom ini tidak mahu berkomunikasi dan lebih suka membisu apabila di tanya dan ada pula sebaliknya yang mempunyai karektor atau watak di mana besikap agresif bagi lelaki dan berlembut dengan perempuan. Biasanya sikap ini akan di salah tafsir sebagai budak nakal.
Antara kesan yang ketara yang dapat di lihat bagi kanak-kanak ADD ini ialah :
- Kegagalan dalam memberikan tumpuan terhadap kerja sekolah atau sesuatu perkara yang di buat. (kadang kala cuai)
- Kegagalan dalam meneruskan kerja. (Gagal membuat kerja sekolah)
- Kegagalan menjadi pendengar yang baik, sehinggakan gagal menerima arahan yang di berikan. Oleh sebab itu kanak-kanak ini akan mengalami kesukaran dalam pembelajaran.
- Mereka lebih suka mengelak, benci dan tidak suka memberi komitmen kepada kerja-kerja yang memerlukan daya pemikiran.
- Kerap terlupa dan kehilangan barang yang melibatkan rutin harian seperti kehilangan buku sekolah kerana terlupa di mana di tinggalkan.
- Selalu gelisah, tidak dapat duduk diam, lebih suka membuat aktiviti yang lasak dan merbahaya seperti memanjat almari, dinding dan sebagainya.
- Suka menjerit, marah dan lebih suka menguasai keadaan persekitaran.
- Ada di antara melakukan jenayah kecil seperti mencuri dan memaksa orang sekirannya kemahuan tidak di turuti.
- Tidak suka di paksa atau menuruti perintah.
Antara langkah yang perlu di ambil untuk mengatasi masalah ini antaranya cuma mengasingkan pelajar lelaki yang bertindak agresif di dalam kumpulan pelajar perempuan. Ini kerana sikap mudah terpengaruh dapat mengurangkan tindakan agresif mereka. Ibu bapa juga perlu mengawal pemakanan mereka, kerana ada pendapat umum menyatakan bahawa makanan ringan boleh menyebabkan masalah ini terjadi dan telah terbukti melalui kajian sains.
Antara langkah lain yang perlu di ambil ialah :
- Jangan biarkan mereka bersendirian bergaul dengan kanak-kanak yang berusia lebih muda dari mereka.
- Jauhkan senjata atau alatan yang berbahaya dari mereka.
- Mereka perlu di beri lebih perhatian dan di ajar perkara yang perlu dan tidak seawal usia bagi memudahkan mereka membezakan perkara yang perlu dan tidak.
- Perlu menegur dengan cara yang betul dan tidak terus menghukum sekiranya mereka melakukan kesalahan.
- Jangan menyindir atau merendah-rendahkan mereka di hadapan orang lain.
- Penjagaan bahasa semasa bercakap di hadapan mereka adalah penting kerana mereka mudah meniru apa yang kita lakukan.
Menurut sains ini terjadi semenjak di dalam kandungan. Pengambilan ubat-ubatan secara tidak teratur dan keterlaluan semasa hamil boleh memberi kesan kepada kanak-kanak. Kajian yang di lakukan menunjukkan tahap glukosa asli bagi kanak-kanak ini adalah rendah berbanding dengan kanak-kanak normal. Ini bermakna glukosa asli adalah penting dalam pertumbuhan kanak-kanak.
THE TOLE NEURO AKUPUNKTUR DAN HERBA
Di sini kami menyediakan rawatan akupunktur dan herba, rawatan akupunktur ini mengambil masa selama satu jam bagi kanak-kanak pada satu sesi rawatan. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah ADHD, ADD, Hyper-active atau sebarang masalah lain seperti lambat bercakap, sukar menerima pembelajaran dan lain-lain, rawatan yang di berikan oleh Master Leong di sini telah banyak membantu kanak-kanak yang bermasalah kembali kepada kehidupan kanak-kanak normal. Di samping rawatan akupunktur, mereka juga di berikan ubat herba yang berbentuk serbuk halus.
Tempoh atau jangka masa rawatan yang perlu di ambil adalah bergantung kepada setiap individu itu. Namun apa yang dapat di lihat pada setiap kali sesi akupunktur ialah perubahan pada mereka.
Laman Utama The Tole:
Rawatan Untuk Koma Dan Kes:
Rawatan Hiper Aktif.:
Rawatan Permasalahan Wanita:
Kaedah The Tole Untuk Merawati Autism.:
Kaedah The Tole Untuk Merawati Cerebral Palsy.:
|
|
|

The Tole
Email : tole88@gmail.com Atau Hubungi kami 603-21418370/21451671
Di alamat ( Utama ) Lot
4.08 & 4.10 , Tingkat 4 Menara KH (Menara Promet) Jln Sultan Ismail 50250
Kuala Lumpur
|