Laman Utama
Pengenalan
Berita
Terkini
Jerawat (ACNE)
ADD
ADHD
Angina
Pektoris
Aplastic
Anemia
Sindrom
Asperger
Barah
Payudara
Bronkitis
Kronik
Kanser
Prostat
Dimentia(Nyanyuk)
Disleksia
Epilepsi
Gout
Keguguran
Rambut
Sakit
Jantung
Kolesterol
Tinggi
Akupuntur/Herba
Asma / Lelah
Alahan
Anaemia
Autisme
Awet Muda
Barah/Tumor
Barah
Rahim
Darah
Tinggi
Kencing
Manis
Endometriosis
Putus
Haid(Menopause)
Hepatitis
Hepatitis
B
Insomia
Jaundis
(Demam Kuning)
Sindrom
Kaki Resah
Kardiovascular
Kayap
Migrain
Rawatan
Sakit
Belakang(Slip Disc)
Sakit
Kepala (Cluster) Schizophrenia Seks Sinus
/Resdung SLE
Talasemia
Rundingan
|
|
MIGRAINE
- Malaysia
Migraine juga di kenali sebagai vascular headache, manakala dalam bahasa
Greek ia di kenali sebagai henimikrania yang bermaksud sebelah tengkorak.
Kebiasaannya penghidap merasa sakit atau berdenyut hanya pada sebelah
kepala sahaja dan lama kelamaan pada kedua-dua belah kepala. Pada tahap
yang teruk migrain boleh menyebabkan rasa pening (nausea), muntah, cirit
birit dan juga sensitif kepada cahaya dan bunyi. Ia berlaku apabila
saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dam ia juga di kaitkan
dengan proses pembengkakan (inflamasi).
Faktor-Faktor penting penyebab Migrain
Keturunan
Bagi individu tertentu saluran darah mereka begitu sensitif kepada
kesan penyejukan dan membran platlet pula tidak mampu mengekalkan
serotonin dengan efektif. Kesan ini menyebabkan mereka mudah mendapat
migrain dan sakit kepala.
Pemakanan
Jenis makanan yang di ambil mempengaruhi kesihatan individu. Makanan
yang mengandungi monosodium glutamate (Ajinomoto), keju, coklat, kekacang
dan beberapa jenis kandungan lain juga boleh menyebabkan migrain. Ini
kerana ada di antaranya mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang
boleh menyebabkan saluran darah mengembang dan seterusnya menyebabkan
migrain. Sestengah individu yang menghadapi masalah berat badan dan
mengamalkan diet yang tidak betul juga boleh menyebabkan migrain. Ini
kerana apabila kandungan gula dalam darah menurun dan menyebabkan saluran
darah mengembang. Alahan (allergik) juga boleh menjadi penyebabnya, begitu
juga dengan waktu makan yang tidak tetap atau tidak makan. Bagi individu
yang kerap mengambil minuman yang mengandungi kaffein seperti
kopi,teh,nescafe dan minuman berkarbonat, pemberhentian secara mendadak
juga boleh menyebabkan migrain. Kaffein akan menyempitkan saluran darah
dan apabila individu itu berhenti secara mendadak mengambil minuman yang
berkaffein ia akan menyebabkan saluran darah mengembang dengan cepat.
Hormon
Secara terus kemungkinan oestrogen tidak mengakibatkan migrain tetapi
paras oestrogen yang tidak menentu turun dan naiknya boleh menyebabkan
migrain terjadi. Kadar kejadian migrain di kalangan wanita biasanya
menurun semasa mengandung dan kebanyakan wanita akan mengalaminya sebelum,
semasa dan selepas kedatangan haid. Ini keran paras oestrogen pada waktu
ini tidak menentu. Bagi wanita yang mengambil pil perancang sesetengahnya
mengalami masalah migrain kerana ada sesetengah pil mengandungi oestrogen
begitu juga dengan wanita yang mengalami menopause dan menjalani rawatan
HRT(hormone replacement therapy). Kaedah ini juga turut mengandungi
oestrogen dan menyebabkan paras oestrogen dalam badan tidak menentu.
Gaya Hidup Dan Penyebab
- Terlebih, terkurang atau masa tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan
migrain.
- Pemakanan yang tidak teratur atau tidak makan.
- Pengambilan ubat juga boleh meyebabkan migrain. Oleh itu minta
nasihat doktor sebelum mengambil ubat.
- Perubahan
cuaca juga boleh menyebabkan migrain. Ini termasuklah keadaan pancaran
matahari yang terang atau lampu.
- Bunyi dan bau yang kuat.
- Menonton TV atau menghadap skrin komputer dalam tempoh masa yang
panjang.
- Tekanan emosi atau stress. Ia bergantung kepada individu itu
sendiri, samada sebelum atau semasa menghadapi tekanan.
- Merokok.
- Jantina ( 3 - 4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding
lelaki).
Jenis-Jenis Migrain
Classic Migrain
Bagi penghidap migrain jenis ini,
kebiasaannya terdapat tanda-tanda awal yang di kenali sebagai aura atau
prodrome sebelum berlakunya migrain. Ia berlaku kira-kira 5-15 minit.
Antara tanda-tandanya ialah terlihat cahaya terang, garisan zigzag,
bayangan berganda, kebas, buta sementara, pening dan berpusing, sukar
bercakap dan fikiran bercelaru.
Ini di sebabkan oleh saluran darah yang berfungsi sebagai penghantar darah
ke otak dan tisu sekeliling mengecil sementara dan menghad penghantaran
darah. Seterusnya menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan
motor.
Common Migrain
Ramai menghidap migrain jenis ini dan
ianya terjadi tanpa amaran atau tanda-tanda.
Rawatan melalui kaedah THE TOLE
Jenis-Jenis Migrain :
1. Serangan angin hati
2. Ketidakseimbangan Qi
3. Hormon tidak stabil
4. Angin
RAWATAN
AKUPUNTUR THE TOLE - MALAYSIA
Di sini (THE TOLE) kami menyediakan rawatan akupunktur dan herba. Tempoh
rawatan bergantung kepada tempoh, cara hidup, kesihatan organ lain dan
beberapa faktor yang perlu di kenalpasti terlebih dahulu. Daripada
pengalaman Master Leong, ada pesakit yang di rawat hanya dengan sekali
rawatan akupunktur dan herba sudah mampu pulih sepenuhnya daripada masalah
migrain dan ada yang mengambil masa 3 hingga 4 kali rawatan. Migrain
merupakan penyakit yang kerap di hidapi oleh ramai individu terutamanya di
negara kita. Namun dengan rawatan dan kos yang berpatutan di sini, ramai
pesakit berpuas hati dengan rawatan yang di berikan oleh Master Leong.
Di samping itu, nasihat yang di berikan oleh Master Leong boleh di jadikan
panduan untuk mengurangkan masalah ini. Antaranya, penjagaan waktu makan
dan tidur yang sempurna dan pengurangan pengambilan garam bagi wanita yang
mengalami migrain sebelum sampai waktu haid. Senaman yang kerap dan
teratur boleh mengurangkan stress dan mengurangkan tegangan badan.
Laman Utama The Tole:
Rawatan Untuk Koma Dan Kes:
Rawatan Hiper Aktif.:
Rawatan Permasalahan Wanita:
Kaedah The Tole Untuk Merawati Autism.:
Kaedah The Tole Untuk Merawati Cerebral Palsy.:
| |

The Tole
Email : tole88@gmail.com Atau Hubungi kami 603-21418370/21451671
Di alamat ( Utama ) Lot
4.08 & 4.10 , Tingkat 4 Menara KH (Menara Promet) Jln Sultan Ismail 50250
Kuala Lumpur
|