" The Tole " Pusat Perubatan Herba Dan Akupunktur

 

Laman Utama

Pengenalan

Berita Terkini

Jerawat (ACNE)

ADD

ADHD

Angina Pektoris

Aplastic Anemia

Sindrom Asperger

Barah Payudara

Bronkitis Kronik

Kanser Prostat

Dimentia(Nyanyuk)

Disleksia

Epilepsi

Gout

Keguguran Rambut

Sakit Jantung

Kolesterol Tinggi

Akupuntur/Herba

Asma / Lelah

Alahan

Anaemia

Autisme

Awet Muda

Barah/Tumor

Barah Rahim

Darah Tinggi

Kencing Manis

Endometriosis

Putus Haid(Menopause)

Hepatitis

Hepatitis B

Insomia

Jaundis (Demam Kuning)

Sindrom Kaki Resah

Kardiovascular

Kayap

Migrain

Rawatan

Sakit Belakang(Slip Disc)

Sakit Kepala (Cluster)

Schizophrenia

Seks

Sinus /Resdung

SLE

Talasemia


Rundingan

ADHD (Attention-Deficit (Hyperactive) Disorder

Apakah "hyper-active, ADHD dan ADD?

      ADHD (Attention-Deficit (Hyperactive) Disorder. Secara biologikal, takrif bagi "hyper-active' adalah pengambilan gula yang berlebihan daripada kapasiti seseorang terutama kanak-kanak mengakibatkan tindakbalas dan rangsangan otak ke atas otot dan fungsi anggota badan. Kanak-kanak adalah lebih cenderung kerana pada peringkat usia ini mereka lebih gemarkan makanan rapu, gula-gula dan makanan ruji. Tanpa pengawasan yang sewajarnya kadar gula akan melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya. Sememangnya gula amat penting untuk pembekalan tenaga tetapi gula yang di perlukan untuk perkembangan otak adalah gula asli yang mempunyai unsur glukosa iaitu daripada sumber asli seperti sayuran, ubi kentang, ikan dan sumber lain. Namun, gula yang ada di pasaran sekarang adalah gula yang diproses melalui proses pengeringan dan tidak begitu sesuai dengan komposisi tubuh kanak-kanak.

       Pengambilan gula yang berlebihan oleh kanak-kanak boleh menyebabkan penigkatan suhu badan dan memberi tekanan pada perjalanan darah. Ini akan menyebabkan kanak-kanak hilang tumpuan dan kegagalan untuk memfokus kepada sesuatu perkara. Antara simpton perubahan kimia yang sering di hadapi kanak-kanak ialah mata memfokus terlalu cepat, badan kerap berpeluh, jari kaki dan tangan bergerak-gerak serta lutut meregang menyebabkan mereka kelihatan aktif dan tidak duduk diam. Faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak bersikap aktif selain pengambilan gula yang berlebihan ialah faktor genetik ibu bapa, cuaca dan alam sekitar.

         Antara ciri-siri kanak-kanak "hyper-active" ialah kurang penumpuan iaitu tidak dapat memfokus kepada pelajaran atau tidak berminat kepada sesuatu perkara yang penting. Yang kedua terlalu agresif, dimana mereka kelihatan tidak berdisplin, tidak memberi perhatian dan mengabaikan tugasan yang di berikan serta lebih suka kepada bermain dan mengusik rakan-rakan lain.Faktor ketiga ialah cepat terpengaruh. Mereka lebih suka meniru gaya atau perwatakan orang yang lebih besar, biasanya ianya berlaku pada peringkat usia 2 tahun keatas.

           Kebiasaannya pada usia 9 tahun sikap "hyper-active" mulai kurang kerana pada peringkat ini mereka sudah mulai berfikir dan ada sesetengahnya sudah mencapai akal baligh (dewasa). Namun jika masalah ini masih berterusan kemungkinan mereka menghadapi sindrom ADHD atau ADD. Kadangkala sindrom ini sukar di kesan di peringkat awal dan guru atau ibu bapa mengambil langkah mudah sekiranya masalah seperti menumbuk kawan, memukul haiwan, mengusik rakan dan perangai yang pelik di lakukan. Sebenarnya ini adalah tanda-tanda sindrom ADHD atau ADD.

Kebiasaannya kanak-kanak ini mengalami masalah :

- Sukar memberi tumpuan terhadap kerja (cuai).
- Sukar meneruskan kerja sebagai contoh kerja sekolah yang di berikan oleh guru untuk di selesaikan di rumah.
- Tidak dapat menjadi pendengar yang baik.Oleh itu mereka gagal menerima arahan yang di berikan.Ini memberi kesukaran kepada mereka menerima pembelajaran.
- Bagi kerja-kerja yang memerlukan daya pemikiran mereka akan mengelak dan tidak memberi komitmen.
- Mereka sering kehilangan barang walaupun melibatkan perkara rutin seprti kehilangan buku kerana tidak dapat mengingati dan kurang fokus.
- Mereka ini terlalu aktif dan lebih suka melakukan aktiviti yang lasak dan merbahaya. Oleh itu setiap pergerakan mereka perlukan perhatian yang rapi.
- Mereka lebih suka menguasai persekitaran, marah dan menjerit tanpa sebab tertentu.
- Ada di antara kanak-kanak ini mampu melakukan jenayah kecil seperti mencuri dan memaksa agar kemahuan mereka di turuti. 
- Mereka tidak suka di paksa atau menuruti perintah.

Perkara yang boleh di lakukan :

- Mereka tidak boleh di biarkan bersendirian atau bermain dengan kanak-kanak yang lebih muda dari mereka.
- Jauhkan alatan atau senjata yang merbahaya.
- Perlu memberi lebih perhatian dan tumpuan kepada mereka.
- Perlu mengajar perkara yang perlu seawal usia agar mereka boleh membezakan perkara yang perlu dan tidak.
- Perlu membuat teguran dengan cara yang betul sekiranya mereka melakukan kesalahan.
- Sekiranya di hadapan orang jangan selalu menyindir atau merendah-rendahkan kebolehan mereka.
- Percakapan perlu di jaga di hadapan mereka kerana mereka mudah meniru apa yang di lakukan.


THE TOLE NEURO AKUPUNKTUR DAN HERBA

         Menurut kajian pengambilan ubat secara tidak teratur dan keterlaluan semasa hamil boleh menyumbang kepada permasalahan ini. Hasil kajian menunjukkan kanak-kanak ini mempunyai tahap glukosa asli yang rendah berbanding kanak-kanak normal.Di THE TOLE kami menyediakan rawatan akupuntur dan herba. Rawatan ini mengambil masa selama 1 jam bagi setiap sesi dan mereka juga perlu mengambil ubat herba yang berbentuk serbuk halus.Tempoh atau jangka masa rawatan yang perlu di ambil adalah bergantung kepada setiap individu itu. Namun apa yang dapat di lihat pada setiap kali sesi akupunktur ialah perubahan pada mereka.Kami telah membantu ramai kanak-kanak mengecapi hidup yang lebih bermakna.

Laman Utama The Tole:
Rawatan Untuk Koma Dan Kes:
Rawatan Hiper Aktif.:
Rawatan Permasalahan Wanita:
Kaedah The Tole Untuk Merawati Autism.:
Kaedah The Tole Untuk Merawati Cerebral Palsy.:


The Tole

Email :

tole88@gmail.com

Atau

Hubungi kami 

603-21418370/21451671

Di alamat

( Utama )

Lot  4.08 & 4.10 , Tingkat 4  Menara KH (Menara Promet) Jln Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur

Berita Terkini
 
Sinar Harian
Bahasa Malaysia
09 January 2008