" The Tole " Pusat Perubatan Herba Dan Akupunktur Menara KH (Menara Promet), Jalan Sultan Ismail Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Malaysia

 

Laman Utama

Pengenalan

Berita Terkini

Jerawat (ACNE)

ADD

ADHD

Angina Pektoris

Aplastic Anemia

Sindrom Asperger

Barah Payudara

Bronkitis Kronik

Kanser Prostat

Dimentia(Nyanyuk)

Disleksia

Epilepsi

Gout

Keguguran Rambut

Sakit Jantung

Kolesterol Tinggi

Akupuntur/Herba

Asma / Lelah

Alahan

Anaemia

Autisme

Awet Muda

Barah/Tumor

Barah Rahim

Darah Tinggi

Kencing Manis

Endometriosis

Putus Haid(Menopause)

Hepatitis

Hepatitis B

Insomia

Jaundis (Demam Kuning)

Sindrom Kaki Resah

Kardiovascular

Kayap

Migrain

Rawatan

Sakit Belakang(Slip Disc)

Sakit Kepala (Cluster)

Schizophrenia

Seks

Sinus /Resdung

SLE

Talasemia


Rundingan

Pengenalan THE TOLE

INSTITUT  " THE TOLE " - MALAYSIA

 

          "Saya percaya bahawa pengetahuan perlulah dikongsi bersama." Master Leong, Pengasas di bawah Institut Akupunktur & Perubatan Akar Kayu "The Tole", bercadang untuk berkongsi kepakarannya dengan datuk beliau disamping melatih secara rasmi di institut kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari kemahiran akupunktur.

 SEJARAH AKUPUNKTUR

Pada kurun ke 17, akupunktur sudah mula terkenal di China. Di negara ini ia mula bertapak kira-kira 150 tahun lalu. Akupunktur dan perubatan tradisional telah di ajar sama seperti kursus professional yang setaraf dan setanding dengannya. Di hospital barat, ia adalah rawatan yang sering di gunakan dalam merawat apa jua penyakit. Pembedahan juga adalah daripada akupunktur-narkotik (ubat pelali). Kini, kebanyakan hospital telah di lengkapi dengan pelbagai rawatan untuk penyakit di Malaysia.

Akupunktur mengalami revolusi kaedah perawatan yang lebih saintifik. Pada zaman dahulu, sebut sahaja akupunktur, secara spontan orang ramai pasti akan membayangkan rawatan tradisional Cina yang menggunakan jarum-jarum halus untuk "mencucuk kulit" satu keadaan yang sungguh menyakitkan.

Namun sebilangan besar masyarakat Cina mempercayai bahawa ia adalah satu kaedah berkesan bagi mengatasi pelbagai jenis penyakit, setelah di sahihkan berdasarkan amalan dan pengalaman sejak ribuan tahun.

Kaedah tradisional akupunktur adalah cara yang di lakukan oleh masyarakat China untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan masalah tenaga dalam tubuh. Akupunktur juga sering menjadi pilihan apabila pelbagai kaedah perubatan moden di cuba gagal memberi hasil yang sepatutnya.

Rawatan tradisional akupunktur mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit. Di sebalik kesakitan itu, orang ramai percaya bahawa akupunktur boleh merawat pelbagai penyakit termasuklah "stroke" dan asthma. Akupunktur telah mengalami beberapa perubahan sejak ia mula dipraktikkan.

Fungsi utama akupunktur ialah mampu mengalirkan semula qi atau tenaga di dalam badan seseorang. Apabila seseorang itu sakit, ia adalah di sebabkan Yin atau Yang iaitu 2 'tenaga' yang gagal di seimbangkan dengan baik. Akupunktur bertindak dengan mengimbangkan semula kedua-dua tenaga itu di dalam badan kita.

Bermula dari zaman primitif hinggalah ke penghujung abad ke-20, kaedah yang di gunakan dalam akupunktur diperbaharui dari semasa ke semasa bagi memastikan ia tidak ditenggelami oleh peralatan-peralatan canggih ciptaan para saintis.

Kira-kira lima ribu tahun lalu, Orang Asli telah mengetahui akupunktur. Bezanya ialah mereka menggunakan batu-batan yang di panaskan dan di balut dengan kulit binatang, seterusnya di tekankan di bahagian-bahagian tertentu pada badan bagi merawat penyakit-penyakit yang di hadapi seseorang. Kemudian 'jarum tulang' dan 'jarum buluh' telah di cipta sehinggalah jarum yang di perbuat daripada logam di perkenalkan. Di awal penggunaan jarum logam ini, ia bersaz besar dan ini menyebabkan orang ramai takut untuk mendapatkan rawatan dan ini menyebabkan rawatan ini sukar berkembang. Namun kini, jarum halus yang diperbuat daripada stainless steel dan 6 logam lain telah di perkenalkan. Jarum yang besar tadi masih di gunakan kira-kira 15 tahun lalu dan kini ianya hanya untuk perubatan pada haiwan.

Jarum-jarum halus ini akan di sambungkan pula dengan wayar-wayar elektrik ke mesin akupunktur selaras dengan perkembangan teknologi. Mesin akupunktur ini diimport khas  dari negara China. Sebagaimana yang kita ketahui, akupunktur mampu merawat pelbagai jenis penyakit seperti gastrik, sakit tulang, autistic, sakit pinggang, kanser, asma dan lain-lain lagi.Tempoh rawatan bagi setiap penyakit dan pesakit adalah berbeza bergantung kepada tahap kesihatan organ lain, sejarah perubatan, usia dan beberapa faktor lain.

Kini di Malaysia, rawatan akupunktur telah diterima oleh masyarakat Melayu, India dan masyarakat China sendiri. Malah ada sesetengah pesakit dari negara lain juga turut mempercayai rawatan ini seperti Sweeden, Singapura, Jepun, Korea, Amerika Syarikat, Britain, Switzerland, Perancis dan serata dunia. Ini terbukti di The Tole kerana di sini kami menerima pesakit dari seluruh pelosok dunia.

Pada tahun 1975, W.H.O. telah menerima akupunktur sebagai salah satu daripada sains perubatan.Akupunktur dan perubatan Herba Cina adalah penting dalam sejarah kebudayaan kaum Cina. Ia adalah satu bahagian dalam membawa warisan nenek moyang, begitu juga "The Tole".

AKUPUNKTUR DI THE TOLE - MALAYSIA

Akupunktur adalah salah satu daripada perubatan yang tertua didunia yang sering di gunakan untuk menyembuhkan penyakit. Ditemui di China pada 5000 tahun yang lalu, dan hanya selepas 3 dekad ia menjadi salah satu daripada perubatan yang terkenal di seluruh dunia. Kini, "THE TOLE Acupuncture-Herbal Medical Centre Sdn Bhd" adalah salah satu pusat perubatan yang tertua dan terkenal di Malaysia.

Akupunktur adalah kaedah memasukkan jarum halus, mendorong kuasa elektrik untuk berhubung ke permukaan badan secara teratur serta mempengaruhi fungsi fisiologi ke seluruh tubuh badan.Ilmu perubatan Tradisional Cina percaya bahawa terdapat lebih 2000 titik akupunktur pada aliran tubuh manusia, di mana ia akan berhubung dengan 20 aliran (14 aliran terbesar dan 6 aliran tambahan) yang di panggil meridian. Sebelum ini "The Tole" menumpukan rawatan akupunktur di bahagian telinga, tangan, tapak kaki, kulit kepala dan sekarang di bahagian otak pula.

Meridian akan mengalirkan tenaga atau "qi" (sebutan "chi") di antaranya permukaan badan dan dalaman badan. Setiap titik mempunyai kesan yang berbeza di setiap qi yang melepasinya. Dengan perbezaan kombinasi ini ia akan memberi kesan dan perubahan yang berbeza.

Qi dapat membantu mengatur keseimbangan di dalam badan. Ia adalah pengaruh dari kuasa bertentangan yin dan yang, di mana ia menggambarkan kuasa serta tenaga positif dan negatif yang terdapat di dalam badan manusia serta di alam semesta.Akupunktur percaya dengan menahan keseimbangan yin dan yang, ia akan membenarkan aliran normal dari qi ke seluruh badan dan menyimpan tenaga di minda dan terus ke badan.

Di "The Tole" kami mahir dalam rawatan akupunktur, perubatan herba, Qi Gong, rawatan makanan dan rawatan fisiologi. Setelah melebihi 140 tahun dalam sejarah perubatan di Malaysia, Master Akupunktur di "The Tole", Master Leong Hong Tole (generasi ke empat) lahir dari keluarga yang mewarisi ilmu perubatan tradisional cina yang mahir dan berpengalaman. Beliau di didik oleh bapa dan pakcik beliau seawal dalam kandungan ibunya. Kini, beliau telah menerima banyak pujian di atas bakatnya di dalam bidang ini.

Master Leong telah mencipta keajaiban dan memberi harapan kepada ribuan pesakit di seluruh Malaysia dan luar negara amnya. Sesetengah orang berkata, "IN HIS BLOOD", yang lain pula berkata "DALAM TULANG DIA". Reputasi beliau terkenal di seluruh dunia di atas bakat beliau dalam bidang rawatan ini.

Master Leong Hong Tole " THE TOLE "

          Di "The Tole", kami bertindak dalam menghasilkan akupunktur, perubatan herba, Qi Gong, rawatan makanan and rawatan fisiologi.  Dengan melebihi 140 tahun dalam sejarah perubatan di Malaysia, guru Akupunktur di "The Tole", Master Leong Hong Tole (generasi keempat) lahir dari keluarga yang mewarisi ilmu perubatan cina yang mahir.  Di didik oleh bapa dan pakcik beliau seawal dalam kandungan ibunya, beliau telah menerima banyak anugerah di atas bakatnya di dalam bidang ini. 

          Master telah mencipta keajaiban dan memberi harapan kepada ribuan pesakit di seluruh Malaysia dan luar negara. Sesetengah orang berkata, "IN HIS BLOOD",ada orang berkata "DALAM TULANG DIA".  Reputasi beliau terkenal di seluruh dunia di atas bakat beliau dalam bidang rawatan ini.


Laman Utama The Tole:
Rawatan Untuk Koma Dan Kes:
Rawatan Hiper Aktif.:
Rawatan Permasalahan Wanita:
Kaedah The Tole Untuk Merawati Autism.:
Kaedah The Tole Untuk Merawati Cerebral Palsy.:

 

 


The Tole

Email :

tole88@gmail.com

Atau

Hubungi kami 

603-21418370/21451671

Di alamat

( Utama )

Lot  4.08 & 4.10 , Tingkat 4  Menara KH (Menara Promet) Jln Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur