" The Tole " Pusat Perubatan Herba Dan Akupunktur Menara KH (Menara Promet), Jalan Sultan Ismail Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Malaysia

 

Laman Utama

Pengenalan

Berita Terkini

Jerawat (ACNE)

ADD

ADHD

Angina Pektoris

Aplastic Anemia

Sindrom Asperger

Barah Payudara

Bronkitis Kronik

Kanser Prostat

Dimentia(Nyanyuk)

Disleksia

Epilepsi

Gout

Keguguran Rambut

Sakit Jantung

Kolesterol Tinggi

Akupuntur/Herba

Asma / Lelah

Alahan

Anaemia

Autisme

Awet Muda

Barah/Tumor

Barah Rahim

Darah Tinggi

Kencing Manis

Endometriosis

Putus Haid(Menopause)

Hepatitis

Hepatitis B

Insomia

Jaundis (Demam Kuning)

Sindrom Kaki Resah

Kardiovascular

Kayap

Migrain

Rawatan

Sakit Belakang(Slip Disc)

Sakit Kepala (Cluster)

Schizophrenia

Seks

Sinus /Resdung

SLE

Talasemia


Rundingan

  Penyakit Koronari Jantung

Kardiovascular adalah penyakit yang berkaitan dengan jantung. Di Malaysia kadar kematian yang melibatkan penyakit kardiovascular ini adalah yang paling  tinggi. Hasil kajian yang di jalankan kadar kemasukan dan penghidap sakit jantung bertambah dari sehari ke sehari, ini berkemungkinan kerana timbulnya kesedaran yang tinggi tentang pentingnya kesihatan dan lebih kerap melakukan pemeriksaan. Oleh sebab itu banyak pertambahan rekod baru yang tercacat.

Jantung merupakan organ penting dalam tubuh kita. Jika organ ini mengalami kerosakan, individu itu menanggung risiko yang tinggi dan berkemungkinan boleh membawa maut. Penyakit yang di kenali sebagai penyakit koronari jantung adalah di sebabkan oleh kerosakan pada koronari arteri dalam jantung. Arthrosklerosis adalah penyebab utama penyakit ini di hidapi, ia terjadi apabila terdapat gumpalan lemak dalam saluran darah dan seterusnya menyempitkan laluan darah beroksigen ke jantung. Keadaan ini akan menyebabkan bahagian jantung bertukar menjadi biru kehitaman akibat kekurangan oksigen. Arthrosklerosis biasanya mengambil masa yang lama untuk terbentuk, ia di percayai terbentuk daripada kolesterol yang tinggi dalam darah. Pengurangan pengambilan lemak tepu yang mengandungi kadar kolesterol yang tinggi dapat membantu menangani masalah ini.

Kesan-kesan yang dapat di lihat pada pesakit ini ialah sesak nafas, tercungap-cungap, sakit dan lemah jantung, angina pektoris, degupan jantung yang luarbiasa dan penghidap juga boleh mengalami kematian secara mengejut. Sakit jantung terjadi akibat terjadinya arthrosklerosis di mana saluran yang membekalkan darah ke otot-otot menghalang pengaliran darah kerana saluran menyempit dan berlakunya pembekuan darah dan menyebabkan sel jantung mati akibat tidak menerima oksigen. Antara serangan jantung ialah merasa sakit di bahagian jantung, kesukaran untuk bernafas, badan sering berpeluh dan merasa loya. Namun dalam kes-kes sakit jantung yang tertentu tiada tanda-tanda yang di tunjukkan.

Faktor-faktor yang menyebabkan berisiko mendapat Penyakit jantung koronari

  • Mempunyai keturunan yang menghidap penyakit jantung

  • Mempunyai masalah berat badan 

  • Berusia 40 tahun ke atas

  • Perokok

  • Penghidap kencing manis dan darah tinggi

  • Pengambilan makanan yang mempunyai kadar kolesterol dan lemak yang tinggi

  • Kurang bersenam

  • Kurang mengambil sayuran dan buah-buahan

Bagi mereka yang merasai berisiko mendapat penyakit jantung koronari ini adalah di nasihatkan supaya mengamalkan cara hidup yang sihat di samping senaman dan pengambilan makanan yang berserat tinggi. Pengambilan daging putih seperti ikan dan ayam dan mengurangkan pengambilan daging merah dapat membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit ini.

RAWATAN  DI THE TOLE AKUPUNKTUR - Malaysia

Di sini kami menyediakan rawatan yang di kenali sebagai THE TOLE'S NEURO AKUPUNKTUR berserta  herba (akar kayu) untuk membantu anda menangani masalah anda. Master Leong telah mempunyai pengalaman yang luas dalam merawati penyakit ini melalui rawatan akupunktur dan herba. Banyak kejayaan yang beliau perolehi di samping memberi sinar baru kepada mereka. Beliau telah berjaya membantu dan merawat pesakit dari dalam negara (Malaysia) dan luar negara. Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi atau menghantar email kepada kami.Talian kami ialah 03-21418370/21451671 dan alamat email tole88@gmail.com

Laman Utama The Tole:
Rawatan Untuk Koma Dan Kes:
Rawatan Hiper Aktif.:
Rawatan Permasalahan Wanita:
Kaedah The Tole Untuk Merawati Autism.:
Kaedah The Tole Untuk Merawati Cerebral Palsy.:

 

 


The Tole

Email :

tole88@gmail.com

Atau

Hubungi kami 

603-21418370/21451671

Di alamat

( Utama )

Lot  4.08 & 4.10 , Tingkat 4  Menara KH (Menara Promet) Jln Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur