" The Tole " Pusat Perubatan Herba Dan Akupunktur | ||
|
MASALAH wanita Dan Penyelesaian - Malaysia Kerukunan rumahtangga yang di bina atas dasar kasih sayang harus di pupuk untuk menjadikan rumahtangga aman dan damai. Namun ada di kalangan kita yang menghadapi masalah dalam melayani kehendak batin pasangan masing-masing yang boleh membawa kepada kehancuran rumahtangga.Keadaan di mana seorang wanita bersikap dingin dan tak acuh di kenali sebagai frigiditi.Masalah lain yang sering membelenggu kaum wanita ialah masalah senggugut dan rahim sejuk. Ada di antara kaum wanita merasa curiga terhadap kaum lelaki dan berfikiran bahawa kasih sayang suami sudah berubah. Ini juga merupakan faktor di mana keinginan seks di kalangan wanita yang mempunyai perasaaan ini menurun.Sesetangah wanita merasai kehamilan adalah sesuatu perkara yang menakutkan ini menyebabkan mereka takut untuk melakukan persetubuhan dan takut mengalami luka pada alat kelamin.Bagi wanita yang pernah di rogol atau melakukan persetubuhan secara paksa kebiasaannya akan mengalami trauma atau mempunyai perasaan yang kurang senang dengan seks. Perasaan benci pada kaum lelaki dan sering mempunyai tanggapan yang negatif mengenai seks. Jika perasaan ini di biarkan berterusan maka ia akan membawa kepada gangguan mental dan jiwa. AWET MUDA Kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Bagi sesetengah wanita yang begitu menitik beratkan kecantikan, penjagaan dan ketrampilan selepas melahirkan anak di anggap penting. Ada di kalangan wanita yang tidak sanggup hamil dan melahirkan anak di sebabkan kerisauan akan mengalami perubahan bentuk badan yang mendadak seperti pertambahan berat badan dan badan akan berbentuk boyot. Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, bagi setiap wanita yang melahirkan akan perubahan bentuk badan akan berlaku begitu juga dengan bahagian sulit. Bagi wanita yang telah melahirkan anak bahagian alat sulit biasanya mengembang dan ada sesetengah wanita selepas melalui beberapa kelahiran nafsu seks mereka semakin kurang kerana sukar mencapai orgasme bersama pasangan atau pun takut untuk hamil lagi. Bagi suami juga akan merasa kurang senang dan tidak mendapat kepuasan yang di ingini.Di The Tole kami menawarkan rawatan akupunktur dan akar kayu. Dengan rawatan akupunktur yang di jalankan di sini, kaum wanita dapat mengembalikan keyakinan diri dan merapatkan kembali bahagian sulit mereka tanpa perlu melalui pembedahan. Pada zaman serba moden ini, pembedahan iaitu dengan menjahit kembali selaput dara. Namun rawatan ini memerlukan kos yang tinggi di samping pantang yang tertentu. Di The Tole rawatan yang hanya memakan masa selama 1/2 jam bagi setiap sesi mampu memberi kepuasan kepada pasangan suami isteri.Tempoh masa rawatan bergantung kepada faktor kesihatan dan umur. Sebarang permasalahan atau kemusykilan boleh lah menghantar email atau menelefon kami untuk maklumat lanjut. Ketidaksuburan/Mandul Masalah
besar lain yang di hadapi ialah masalah ketidaksuburan atau madul. Masalah
ini merupakan masalah besar bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga.
Namun rawatan di The Tole mampu membantu anda mengatasi masalah ini.
Rawatan akupunktur merupakan salah satu rawatan yang berkesan dan mampu
mengembalikan tenaga pada badan di samping memulihkan masalah yang
dihadapi. Master Leong mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini
disamping kajian-kajian yang di lakukan. Rawatan akupunktur dan akar
kayu(herba) di sini mampu mengembalikan kebahagiaan anda.
Di antara sebab mengapa penghidap penyakit ini menghadapi masalah kemandulan atau ketidaksuburan ini ialah ianya boleh merosakkan kilang telur dan menyebabkan benih tidak dapat keluar dan kemungkinan lain ialah kerosakan pada saluran fallopia yang menyebabkan benih lelaki tidak dapat masuk bertemu dengan telur perempuan. Endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang menyebabkan kematian benih dan telur atau embrio dan seterusnya akan mengganggu hormon yang mengawal kesuburan wanita. Namun ada juga wanita yang menghidap penyakit ini didapati mengandung KeguguranKeguguran juga boleh berlaku di peringkat awal bagi penghidap penyakit ini. Sebab sebenar tidak dapat di pastikan, namun kemungkinan besar endometriosis mengganggu hormon wanita dan menyebabkan keracunan yang boleh membunuh atau menggangu pertumbuhan janin. Kemungkinan wanita ini boleh mengalami keguguran yang berulang kali. Kebiasaannya pembedahan
di jalankan untuk membuang lapisan ini namun punca sebenar tidak di
ketahui, oleh itu kemungkinan besar ianya akan tumbuh kembali. Pembedahan
yang berulang kali akan memberikan kemudaratan, oleh itu di The Tole kami
hanya menggunakan kaedah rawatan akupunktur di samping akar kayu (herba)
yang di khaskan bagi setiap pesakit. Tiada pembedahan dan kesakitan.
Sebarang pertanyaan bolehlah di emailkan atau menelefon kami untuk
keterangan lanjut.
Laman Utama The Tole:
| ![]() The Tole Email : tole88@gmail.com Atau Hubungi kami 603-21418370/21451671 Di alamat ( Utama ) Lot 4.08 & 4.10 , Tingkat 4 Menara KH (Menara Promet) Jln Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur |