" The Tole " Pusat Perubatan Herba Dan Akupunktur | |||||
|
Apa itu kencing manisKencing manis atau diabetes mellitus adalah keadaan di mana didalam air kencing terdapat glukos (gula). Ini di sebabkan oleh glukos dalam darah tidak dapat dicernakan dan di keluarkan melalui air kencing. Punca ini terjadi adalah kerana kurangnya penghasilan insulin, kurang keberkesanan insulin atau kedua-duanya sekali. Malaysia merupakan negara keempat tertinggi di Asia mempunyai penghidap kencing manis. Secara purata lebih daripada 800,000 telah menghidap penyakit ini dan jumlah ini di jangka akan bertambah dari setahun ke setahun. Kencing manis ini juga terbahagi kepada beberapa kategori iaitu : Diabetes bersandar insulin (IDDM-Insulin Dependent) Perlu menerima suntikan insulin dengan teratur dan boleh membawa maut sekiranya tidak menerima suntikan.Ini kerana penguraian sumber tenaga lain akan menghasilkan bahan sampingan seperti ketones. Ketones merupakan asid molekul yang boleh menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel berfungsi.Sel beta kelenjar pankreas merupakan satu-satunya sel yang menghasilkan insulin untuk proses penghadaman glukos kepada tenaga.Apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel ini maka penghidap boleh menemui maut. Golongan yang berisiko mendapat kencing manis jenis ini ialah: Diabetes bebas insulin- Di kenali sebagai kencing manis peringkat permulaan dewasa kerana ianya terjadi pada peringkat umur 35 tahun keatas. Kebiasaanya ini berlaku apabila sel kelenjar pankreas gagal menampung kadar insulin dalam yang di perlukan badan. Faktor-faktor lain ialah usia lanjut, gemuk, terencat ketahanan glukos, keturunan dan bangsa (genetik) dan kurang bersenam. Tanda-tanda awal dan gejala - Kerap membuang air kecil Di The Tole kami mampu merawat penyakit anda. Dengan sentuhan akupunktur oleh Master Leong dan akar kayu (herba), anda mampu keluar dari pemasalahan ini. Antara kes yang berjaya di rawat :F.M.Woon telah mendapat penyakit diabetes lebih kurang 5 tahun lalu dengan tahap bacaan glukosanya ialah 12. Dia juga mengalami masalah peredaran darah dan qi yang lemah. Kedua-dua belah tangan dan kakinya sering sakit dan kebas terutama pada keadaan yang sejuk dan di awal pagi sehingga kadang-kadang ia bertukar kebiruaan. Setelah menjalani rawatan akupunktur beberapa kali, kesakitan yang di alami pada kedua-dua tapak kaki telah pulih. Dan rawatan masih di teruskan di samping ubat-ubatan herba yang turut di berikan untuk memberi keberkesanan yang lebih cepat untuk penyakit diabetes dan masalah kesakitan dan kebas di tapak tangan. Dari sehari ke sehari dia merasakan banyak perubahan yang dapat di lihat, dia makin sihat dan kesakitan pada tapak tangan makin berkurangan. Setelah 4 minggu menjalani rawatan, dia di sahkan bebas dari masalah diabetes. Bacaan glukosanya setelah 4 minggu ialah 5.0, ini menunjukkan perubahan yang amat ketara. Woon begitu gembira dan agak terkejut dengan rawatan yang di berikan oleh Master Leong. Ini kerana hanya dalam tempoh yang singkat penyakitnya dapat dirawati dan bebas sepenuhnya. Baginya rawatan akupunktur dan herba yang di sediakan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuklah diabetes. Laman Utama The Tole: |
|
![]() The Tole Email : tole88@gmail.com Atau Hubungi kami 603-21418370/21451671 Di alamat ( Utama ) Lot 4.08 & 4.10 , Tingkat 4 Menara KH (Menara Promet) Jln Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur |