" The Tole " Pusat Perubatan Herba Dan Akupunktur Menara KH (Menara Promet), Jalan Sultan Ismail Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Malaysia

 

Laman Utama

Pengenalan

Berita Terkini

Jerawat (ACNE)

ADD

ADHD

Angina Pektoris

Aplastic Anemia

Sindrom Asperger

Barah Payudara

Bronkitis Kronik

Kanser Prostat

Dimentia(Nyanyuk)

Disleksia

Epilepsi

Gout

Keguguran Rambut

Sakit Jantung

Kolesterol Tinggi

Akupuntur/Herba

Asma / Lelah

Alahan

Anaemia

Autisme

Awet Muda

Barah/Tumor

Barah Rahim

Darah Tinggi

Kencing Manis

Endometriosis

Putus Haid(Menopause)

Hepatitis

Hepatitis B

Insomia

Jaundis (Demam Kuning)

Sindrom Kaki Resah

Kardiovascular

Kayap

Migrain

Rawatan

Sakit Belakang(Slip Disc)

Sakit Kepala (Cluster)

Schizophrenia

Seks

Sinus /Resdung

SLE

Talasemia


Rundingan

 

Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

SLE adalah sejenis penyakit kronik yang tidak berapa di ketahui ramai namun ia tidak boleh di pandang ringan kerana ia boleh menyerang setiap anggota badan dan boleh membawa kepada kematian. Ia terjadi apabila sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri. Organ-organ dalaman yang biasanya turut terlibat ialah seperti jantung, paru-paru, buah pinggang dan juga sistem saraf. Diskoid Lupus pula adalah penyakit yang hanya melibatkan tisu kulit dan tidak menyerang organ-organ dalaman.

Faktor penyebab SLE

Faktor utama masih tidak dapat di kenalpasti, namun ia berkemungkinan besar terjadi daripada faktor genetik, jangkitan kuman atau virus, ubat-ubatan dan juga sinaran Ultraviolet. 

Wanita mempunyai peratus yang tinggi berbanding lelaki menghidap penyakit ini. Ini menunjukkan hormon pada wanita memainkan peranan penting. Apa yang pasti ianya bukanlah penyakit keturunan dan yang pasti risiko untuk mendapat adalah tinggi sekiranya mempunyai gabungan gen tertentu.Bagi wanita yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 50 tahun iaitu di peringkat usia yang boleh melahirkan anak mempunyai risiko yang paling tinggi.Ini tidak bermakna mereka di larang untuk mengandung, sebaliknya memerlukan rawatan yang rapi untuk mengelak sebarang komplikasi kepada ibu dan janin.

Tanda-tanda Diskoid Lupus

Biasanya terdapat ruam di muka, kepala dan anggota badan yang lain. Di pinggiran ruam tersebut akan kemerahan dan tidak merasa sakit atau gatal. Diskoid lupus hanya melibatkan tisu kulit dan tidak menyerang organ-organ lain. Ia akan meninggalkan parut sebaik sahaja ia pulih.

Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )

Antara simptom yang terdapat pada pesakit ialah :

 - Sering mengalami selesema

 - Demam yang berlarutan

 - Ulser mulut

 - Keguguran rambut

- Sakit sendi dan lesu

- Sensitif kepada cahaya matahari

- Ruam pada muka dan anggota badan yang lain.

- Muka dan batang hidung kemerah-merahan

- Mengalami radang pada organ dalaman dan kulit. Kesannya bergantung kepada organ yang terlibat. Contohnya jika berlaku inflamasi otak, pesakit akan merasa sakit kepala, sawan atau menghadapi masalah mental manakala jika ianya melibatkan buah pinggang, pengeluaran protein yang berlebihan akan berlaku dalam air kencing dan kaki akan membengkak. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan yang cepat kemungkinan besar boleh mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang.


Jika mengandung ketika SLE dalam fasa aktif, tahap kesihatan wanita akan merosot dan mereka biasanya menghadapi masalah tekanan darah tinggi, kulit menjadi merah dan berasa panas, keguguran atau bersalin tidak cukup bulan.

Jantung tersumbat

Dalam sesetengah kes, bayi mengalami masalah jantung tersumbat separa atau sepenuhnya. Kesan kulit merah dan rasa panas biasanya dialami ketika trimester kedua dan ketiga serta pos-partum (enam minggu selepas bersalin).

Pemeriksaan secara teratur sangat penting. Pesakit dinasihatkan pergi ke klinik gabungan yang turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan obstetrik, selain pemeriksaan biasa.

"Pesakit SLE perlu mematuhi jadual pemeriksaan bagi membolehkan doktor memantau keaktifan penyakit dengan membuat ujian darah. Ujian ini merangkumi pemeriksaan antibodi anti-Ro dan anti-La yang menjadi penanda kepada beberapa komplikasi ke atas janin, seperti jantung tersumbat sepenuhnya atau separa dan Sindrom Lupus Neonatal.

"Tidak perlu terlalu risau kerana walaupun anda mempunyai anti-Ro dan anti-La, kebarangkalian anak menghadapi masalah jantung adalah sangat rendah iaitu dua peratus saja," kata Dr Heselynn.

Sindrom Lupus Neonatal akan menyebabkan bayi sering mengalami masalah ruam, namun ia akan hilang dengan sendiri selepas enam bulan. Jantung tersumbat separa boleh diatasi dengan penggunaan ubat steroid, tetapi kes jantung tersumbat sepenuhnya hanya dapat diselamatkan melalui pembedahan.

Bagi pesakit yang dirawat menggunakan ubat steroid, mereka boleh mengandung ketika dos ubat yang diberi adalah rendah, iaitu penyakit dalam fasa tidak aktif. Malah, SLE boleh menyebabkan bersalin lebih awal, sama ada secara normal atau pembedahan yang ditentukan oleh keadaan pesakit sendiri.

Ibu SLE dinasihatkan memberi susu badan kepada bayi walaupun mengambil ubat steroid, kerana ia biasanya tidak meresap ke dalam susu; jika ada, jumlahnya terlalu sedikit dan ia tidak mempengaruhi anak.

"Jika risau, susukan anak dulu sebelum ambil ubat kerana ubat steroid biasanya boleh diambil sekali sehari, lebih baik daripada tiga kali sehari. Perlu diingat, ubat anti-gumpalan darah (anti-coagulants) seperti heparin adalah selamat, manakala cytotoxics, contohnya cyclophosphamide, tidak selamat," katanya.

Anak yang dilahirkan ibu SLE biasanya tidak mewarisi penyakit, tetapi kajian mendapati kanak-kanak lelaki berkemungkinan mengalami masalah lambat belajar berbanding kanak-kanak perempuan.

"Walaupun kedengarannya amat berisiko, tetapi dengan amalan rawatan yang baik, penghidap SLE boleh melahirkan anak. Amalkan gaya hidup sihat dan jangan nafikan hak untuk mempunyai zuriat hanya kerana anda ada SLE," katanya.

The Tole Neuro Akupunktur mampu membantu masalah anda ini. Dengan rawatan akupunktur yang di jalankan, disamping pengambilan herba yang di rumus khas oleh Master Leong untuk setiap pesakit ia mampu membantu dan memulihkan penyakit yang di hidapi.

Laman Utama The Tole:
Rawatan Untuk Koma Dan Kes:
Rawatan Hiper Aktif.:
Rawatan Permasalahan Wanita:
Kaedah The Tole Untuk Merawati Autism.:
Kaedah The Tole Untuk Merawati Cerebral Palsy.:

 

 


The Tole

Email :

tole88@gmail.com

Atau

Hubungi kami 

603-21418370/21451671

Di alamat

( Utama )

Lot  4.08 & 4.10 , Tingkat 4  Menara KH (Menara Promet) Jln Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur