" The Tole " Pusat Perubatan Herba Dan Akupunktur Menara KH (Menara Promet), Jalan Sultan Ismail Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Malaysia | ||||
|
Antara Soalan Yang di ajukan semasa sesi temubual di RTM untuk Rancanagan Wanita Sedar Sihat. Soalan Rawatan Akupunktur telah wujud sejak 5000
tahun yang lalu di negeri China, apakah perbezaan antara rawatan
akupunktur dahulu dan sekarang? Jawapan Perbezaan yang terdapat antara rawatan
akupunktur pada zaman dahulu dan sekarang ialah pada zaman dahulu iaitu
zaman yang di kenali sebagai zaman batu, alat yang di gunakan sebagai alat
akupunktur ialah daripada batu. Batu-batu ini di panaskan dan di balut
dengan kulit binatang dan di tekankan pada tempat-tempat tertentu di badan.
Kemudian mengikut peredaran zaman jarum tulang dan jarum buluh mula di
gunakan sebelum jarum logam d cipta. Di awal penggunaan jarum logam, jarum-jarum
ini bersaiz besar dan ini merupakan salah satu sebab mengapa rawatan ini
sukar berkembang walaupun mempunyai pakar dalam bidang ini. Pesakit merasa
takut untuk mendapatkan rawatan kerana bimbangkan kaedah rawatannya
menggunakan jarum yang bersaiz besar. Namun kini jarum akupunktur telah
berubah, sekarang jarum yang di perbuat daripada stainless steels telah di
perkenalkan dan bersaiz kecil dan halus. Jarum yang bersaiz besar itu
masih di gunakan pada 15 tahun dahulu namun kini ianya hanya untuk tujuan
rawatan kepada binatang. Jarum-jarum halus ini di perbuat daripada
stainless steels dan 6 campuran logam yang lain. Ia boleh di gunakan
berulang kali bagi penyakit-penyakit biasa seperti stroke, autistic (gila
esen), migraine dan penyakit lain selain daripada penyakit yang di
sebabkan oleh virus atau seperti penyakit kulit dan hepatitis. Jarum-jarum
ini kemudiannya akan di sambung kepada mesin elektrik untuk membenarkan
aliran tenaga ke seluruh badan melalui titik-titik akupunktur tertentu
secara teratur. Soalan Apakah kaitannya titik-titik tersebut kepada penyakit yang di deritai oleh seseorang? ![]() Jawapan Ilmu perubatan tradisional China percaya
bahawa terdapat lebih 2000 titik akupunktur pada badan manusia di mana ia
akan berhubung dengan 20 aliran meridien (14 aliran meridien yang terbesar
dan 6 aliran tambahan). Aliran meridien ini akan mengalirkan tenaga "qi"
(sebutan 'chi'), di antara permukaan dan dalaman badan. Setiap titik
mempunyai kesan yang berbeza di setiap qi yang melepasinya. Dengan
perbezaan kombinasi ini ia akan memberi kesan dan perubahan yang berbeza.
Terdapat 2 aliran yang penting yang di kenali sebagai "ren".
Satu terdapat di bahagian hadapan badan yang berfungsi untuk
mengawal aliran tenaga dan pernafasan dan satu lagi di bahagian belakang
iaitu berfungsi untuk mengawal urat saraf. Selain 2 aliran ini terdapat 12
aliran meridien yang lain yang berfungsi mengawal bahagian kanan dan
kiri badan dan menghubungi organ-organ lain dalam badan. Qi dapat membantu mengatur keseimbangan di
dalam badan. Ia adalah pengaruh dari kuasa bertentangan yin dan yang, di
mana ia menggambarkan kuasa serta tenaga positif dan negatif yang terdapat
di dalam badan manusia serta di alam semesta. Pakar akupunktur percaya
dengan menahan keseimbangan yin dan yang, ia akan membenarkan aliran
normal dari qi ke seluruh badan dan menyimpan di minda dan terus ke badan. Soalan Apakah fungsi jarum-jarum ini semasa rawatan
akupunktur dijalankan? Jawapan Fungsi jarum-jarum ini adalah untuk membantu
aliran tenaga ke titik-titik akupunktur dengar teratur. Semasa proses
permulaan, jarum ini akan di cucuk ke titik-titik akupunktur tertentu dan
sambungan wayar ke mesin elektrik akan di lakukan seterusnya aliran tenga
akan mengalir ke seluruh badan melalui titik-titik akupunktur tadi.
Sebagai contoh aliran meidien LI4 mempunyai hubungan dengan usus besar.
Sekiranya pesakit menghadapi masalah di bahagian ini jarum akan di cucuk
ke titik tersebut untuk membenarkan aliaran tenaga berlaku dan masalah
akan dapat di atasi. Soalan Adakah jarum-jarum ini akan memberi kesan
kepada pesakit setelah menjalani rawatan? Jawapan Kebisaannya, setelah menjalani rawatan
akupunktur ini ada peaskit yang akan merasa sedikit keletihan, sesetengah
pesakit tidak merasa apa-apa dan ada yang merasakan stamina mereka
bertambah. Ini bergantung kepada rawatan yang di berikan dan penyakit yang
di hidapi. Bagi pesakit insomia, kebiasaannya mereka akan merasa sedikit
keletihan dan ini membolehkan mereka berehat dan memenangkan fikiran. Soalan Biasanya apakah jenis penyakit yang paling
berkesan sekali untuk mendapatkan rawatan akupunktur ini? Jawapan Rawatan untuk penyakit seperti migrain,
alahan, barah, buah pinggang, buasir, darah tinggi, gastrik, hiperaktif,
kencing manis, lumpuh (stroke),lenguh sendi, mandul (tidak boleh
mengandung), sakip pinggang (slip disc), masalah tulang, rambut gugur dan
masalah beruban pada usia muda, menguruskan badan, parkinson (keadaan yang
bergoyang seperti Mohd Ali), penyakit kanak-kanak seperti autistic,
kecacatan otak dan air dalam kepala), hepatatis, radang hati dan pelbagai
lagi penyakit lain.Selalunya rawatan yang kami tawarkan mendapat kepuasan
dan keputusan yang baik. Soalan Berapa lamakah seseorang pesakit itu perlu
menjalani satu-satu rawatan dan tempoh masa yang di ambil untuk
mendapatkan kesan kepada penyakit tersebut? Setiap penyakit dan setiap orang mempunyai
rawatan dan tempoh masa yang berbeza. Ia bergantung kepada penyakit, tahap
kesihatan organ lain dan tempoh berapa lama penyakit itu telah di hidapi.
Contohnya migrain, bagi sesetengah pesakit dengan hanya sekali rawatan
sahaja penyakit tersebut telah sembuh dan mungkin ianya mengambil masa 5
atau 6 kali bagi sakit yang sama tetapi berlainan pesakit. Oleh sebab itu
ia bergantung kepada beberapa faktor yang telah di sebutkan tadi. Saya
(Master Leong) pernah merawat baru-baru ini dalam bulan Jun (2003) seorang
pesakit yang menghidap kanser hati peringat ke 4 (Puan Ng). Dia menjalani
rawatan selama 6 minggu dan dari hari ke sehari perubahan dapat di lihat.
Selepas menjalani rawatan di sini selama 6 minggu, kita menyarankan agar
membuat imbasan (scan) di hospital yang merawat dia dahulu. Keputusan dari
imbasan itu menyatakan bahawa dia telah sembuh sepenuhnya. Oleh sebab itu
rawatan akupunktur ini bergantung kepada tahap kesihatan pesakit itu
sendiri. Soalan Kata orang kalau kita menjalani rawatan
alternatif, mereka tidak dibenarkan untuk menjalani rawatan doktor. Adakah
perubatan secara akupunktur juga mempunyai larangan tersebut? Jawapan Salah konsep tersebut. Pada konsep The Tole
sekiranya pesakit menerima dan masih mengambil ubat-ubatan doktor, dia
juga boleh menerima rawatan akupunktur. Tetapi jarak masa pengambilan ubat
mestilah berbeza sekurang-kurangnya 2 hinga 4 jam selepas mengambil
mana-mana ubat. Ini kerana bagi pesakit seperti darah tinggi sekiranya
bacaan tekanan darah terlalu tinggi dan berhenti secara mendadak ia akan
memudaratkan atau pesakit juga boleh mengalami stroke. Sekiranya telah
menjalani rawatan akupunktur kita akan memberi ubat herba secara
berperingkat dan pesakit juga boleh meninggalkan ubat doktor juga secara
berperingkat mengikut keadaan kesihatan dan tekanan darah dari masa ke
semasa. Biasanya ke dua-dua ubatan ini di benarkan
dalam rawatan akupunktur bergantung kepada tahap kesihatan pesakit itu. Di
ICU (Pusat kawalan rapi) bagi pesakit koma mereka masih boleh menjalani
rawatan akupunktur dengan kebenaran doktor. Saya (Master Leong) juga
pernah memberikan rawatan akupunktur kepada pesakit yang sedang di berikan
rawatan oleh Neuro Sergeon. Ini berlaku semasa proses mengeluarkan tiub
dari otak untuk membuang darah beku. Pada masa yang sama saya memberikan
rawatan akupunktur dan pengalaman yang saya ada dalam menberikan rawatan
kepada pesakit di ICU ialah melebihi 15 tahun. Soalan Apakah nasihat Master Leong kepada penonton
kita bagaimana caranya untuk mereka mengenali seseorang yang benar-benar
pakar dalam bidang akupunktur ini sebelum mendapatkan rawatan? Jawapan Nasihat saya, bagi pesakit yang pertama kali
mahu mencuba rawatan akupunktur ini mereka haruslah mencari makalumat yang
berkaitan dengan rawatan dan kejayaan doktor tersebut. Maklumat tersebut
boleh di dapati di laman web atau mendapat maklumat daripada mereka yang
pernah menjalani rawatan dan memberikan kesan yang positif. Setiap doktor
juga mestilah mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun dan telah
merawat pesakit melebihi 10 ribu orang. Laman Utama The Tole:
| ![]() The Tole Email : tole88@gmail.com Atau Hubungi kami 603-21418370/21451671 Di alamat ( Utama ) Lot 4.08 & 4.10 , Tingkat 4 Menara KH (Menara Promet) Jln Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur |